Saya pasti ramai yang nak mula berniaga di Shopee tetapi nak mulakan cara dropship. Al maklumlah, cara buat bisnes dengan dropship ni semakin popular, dan kosnya pun lebih rendah daripada menjual produk sendiri.

Apa yang saya nak kongsikan ini adalah datangnya daripada seorang usahawan wanita yang dah lama berbisnes di Shopee ni. Malah, beliau antara penjual di Shopee yang berjaya.

Bagaimana Cara Nak Buat Dropship Menerusi Shopee?

Cara buat dropship di kedai Shopee

Nak buat bisnes di Shopee dengan cara buat dropship? Orait. Baca betul-betul. Simple je sebenarnya.

Ada dua kaedah dropship.

Cara Pertama

Pertamanya iaitu secara berdaftar dengan seller terus di Shopee tu sendiri, atau boleh cari mana-mana pemborong atau bisnes orang lain yang tawarkan peluang untuk buat dropship. Kadang anda boleh dapatkannya di laman web shopping online lain seperti di Lazada, Taobao dan macam-macam lagi.

Anda daftar dengan peniaga (seller) yang tawarkan dropship tu, anda buat promosi serta dapatkan pelanggan. Bila ada orang beli produk, seller tu akan berikan anda komisen wang atau anda diberikan baucer atau juga hadiah khas.

Bagaimana nak daftar dengan seller di Shopee tu? Anda pergi je ke kedai mereka, biasanya mereka ada tulis deskripsi bisnes mereka dan tawarkan peluang untuk buat dropship. Anda perlu hubungi mereka dan kemudian buat pendaftaran.

Pendaftaran biasanya berbayar (sekali sahaja). Anda mungkin dikenakan serendah RM50 untuk pendaftaran sebagai agen dropship.

[Dah Baca?]Senarai Produk Tersedia Untuk Anda Jual di Shopee



Cara Kedua

Cara kedua ialah dengan bina kedai Shopee anda sendiri tetapi upload gambar produk yang ingin anda jual di Shopee. Gambar produk ini boleh anda ambil daripada mana-mana seller di Shopee tu.
Kemudian anda tetapkan harga sedikit tinggi dengan harga produk tersebut di kedai asal. Ia kaedah konvensional biasa digunakan dalam mana-mana program dropship, di mana anda akan dapat untung hasil perbezaan harga ini.

Kedua-dua kaedah, anda tak perlu simpan stok. Namun di Shopee anda perlukan sedikit modal, dalam RM500 supaya anda boleh beroperasi. Ini adalah kerana anda perlu bayar kepada seller tersebut terlebih dahulu, dan bayaran hasil pembelian dari pelanggan hanya akan dilepaskan oleh pihak Shopee bila pelanggan dah dapat produk.

Ok.

Dalam cara kedua, anda perlu pastikan meletakkan alamat pelanggan yang membeli di kedai Shopee anda di ruangan alamat seller anda - pada item atau barangan yang sama. Jangan pula pelanggan di kedai Shopee anda beli handbang, anda bayar item purse pula di seller anda.

Aha .. tu ada pelanggan yang asalnya beli baju dapat seluar atau baju yang dibeli warnanya tak sama.. huhu. Jadi, ini adalah risiko yang perlu diperhatikan baik-baik bila nak buat dropship.

Baik.

Jika anda nak belajar cara nak berniaga di Shopee, boleh gunakan ebook panduan di bawah ini.

Semoga bermanfaat.

21 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. baru mama tau boleh buat dropship melalui shopee.. bestnya.. boleh jana income ni

    BalasPadam
  2. wow.. sgt menarik peluang niaga ni.. shopee pun sekrg makin top.. thanks for the info..

    BalasPadam
  3. Info yang berguna, sekarang ni pun dah ramai seller2 ada akaun shopee dan CCL sendiri pun suka shopping melalui shopee

    BalasPadam
  4. memang untung menjual di Shopee ni sebab senang takde banyak prosedur yang melecehkan

    BalasPadam
  5. hai, boleh saya tanya sebagai seller, saya baru bertapak di shopee. Ada yang nak jadi dropshipper, dan suruh potong logo shopee. Saya dah survey kedai lain yang buat dropship, diaorang boleh enable to remove shopee logo. Macamana buat macam tu? puas saya google cara tak jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm mungkin cik kena dapatkan panduan bervideo yang saya syorkan tu. Join grup derang dan bincang dalam tu.

      Padam
  6. SALAM...CMNE YE SY NK JOIN GROUP NIE??TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. PErlu dapatkan panduan tu dulu, baru akan diberikan akses untuk masuk group

      Padam
  7. Sy nak jual produk shadira dlm shoppe. Bagaimana caranya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy tak ada supplier so dari mana sy nak dapatkan barang untuk di jual?

      Padam
  8. sy tak ada supplier so dari mana sy nak dapatkan barang untuk di jual?

    BalasPadam
  9. Nk tanya tuan, kedai sy apply free shipping belian rm 40 keatas, masalah nya sy juga nk jd dropshipper utk kedai lain.. Jika cstrmr beli brg dgn kedai shoppe sy dan shoppe ke luarkan waybill, bagaimana sy nk beli dgn suppllier lain utk waybill sy.. Harap tuan faham maksud sy. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat dua kedai, satu untuk jualan sendiri, satu untuk dijadikan dropshipper.

      Padam
  10. Klau sya dh join dropship dri supplier mcm mne sya nk buat kedai sendiri di shopee?

    BalasPadam
  11. Sya dh join dropship dri supplier tpi sya buat dropship dkt shopee tu mcm mne yee?tq

    BalasPadam
  12. Saya Dropship Kat shopee,selepas customer order Kat shopee Saya,Saya Akan order Kat seller.bila dah Ada tracking seller bagi.. tracking tu yang Saya guna untuk customer Saya di shopee. yg Penting alamat sama,klau Tak nak ada waybill just klik free shipping included ..jadi Korang boleh masukan curier apa² pun boleh...

    BalasPadam
  13. Satu artkel yang baik mengenai buat bisnes dropship dengan shopee...

    BalasPadam
  14. mcm mne nk setup account supaya jdi oversea sbb saya nk dropship brg dri china...satu lagi mcm mne nk setup alamat dan courrier utk dropship tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya kita buat preorder sahaja. Ambil alamat dari dropshipper tu, kenalah beritahu mereka yang anda adalah dropshipper mereka. baru ada perjanjian sah yang membolehkan anda niaga secara halal guna cara ni. Tak boleh main letak barang tapi tak beritahu mereka.

      Padam
  15. t.kasih utk artikel. tp sy masih xfhm nk start dr mana

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement