2 Cara Nak Buat Dropship di Shopee

Saya pasti ramai yang nak mula berniaga di Shopee tetapi nak mulakan cara dropship. Al maklumlah, cara buat bisnes dengan dropship ni semakin popular, dan kosnya pun lebih rendah daripada menjual produk sendiri.

Apa yang saya nak kongsikan ini adalah datangnya daripada seorang usahawan wanita yang dah lama berbisnes di Shopee ni. Malah, beliau antara penjual di Shopee yang berjaya.

Bagaimana Cara Nak Buat Dropship Menerusi Shopee?

Cara buat dropship di kedai Shopee

Nak buat bisnes di Shopee dengan cara buat dropship? Orait. Baca betul-betul. Simple je sebenarnya.

Ada dua kaedah dropship.

Cara Pertama

Pertamanya iaitu secara berdaftar dengan seller terus di Shopee tu sendiri, atau boleh cari mana-mana pemborong atau bisnes orang lain yang tawarkan peluang untuk buat dropship. Kadang anda boleh dapatkannya di laman web shopping online lain seperti di Lazada, Taobao dan macam-macam lagi. 

Anda daftar dengan peniaga (seller) yang tawarkan dropship tu, anda buat promosi serta dapatkan pelanggan. Bila ada orang beli produk, seller tu akan berikan anda komisen wang atau anda diberikan baucer atau juga hadiah khas.

Bagaimana nak daftar dengan seller di Shopee tu? Anda pergi je ke kedai mereka, biasanya mereka ada tulis deskripsi bisnes mereka dan tawarkan peluang untuk buat dropship. Anda perlu hubungi mereka dan kemudian buat pendaftaran.

Pendaftaran biasanya berbayar (sekali sahaja). Anda mungkin dikenakan serendah RM50 untuk pendaftaran sebagai agen dropship.

[Dah Baca?] Senarai Produk Tersedia Untuk Anda Jual di Shopee

Cara Kedua

Cara kedua ialah dengan bina kedai Shopee anda sendiri tetapi upload gambar produk yang ingin anda jual di Shopee. Gambar produk ini boleh anda ambil daripada mana-mana seller di Shopee tu.
Kemudian anda tetapkan harga sedikit tinggi dengan harga produk tersebut di kedai asal. Ia kaedah konvensional biasa digunakan dalam mana-mana program dropship, di mana anda akan dapat untung hasil perbezaan harga ini.

Kedua-dua kaedah, anda tak perlu simpan stok. Namun di Shopee anda perlukan sedikit modal, dalam RM500 supaya anda boleh beroperasi. Ini adalah kerana anda perlu bayar kepada seller tersebut terlebih dahulu, dan bayaran hasil pembelian dari pelanggan hanya akan dilepaskan oleh pihak Shopee bila pelanggan dah dapat produk.

Ok.

Dalam cara kedua, anda perlu pastikan meletakkan alamat pelanggan yang membeli di kedai Shopee anda di ruangan alamat seller anda - pada item atau barangan yang sama. Jangan pula pelanggan di kedai Shopee anda beli handbang, anda bayar item purse pula di seller anda.

Aha .. tu ada pelanggan yang asalnya beli baju dapat seluar atau baju yang dibeli warnanya tak sama.. huhu. Jadi, ini adalah risiko yang perlu diperhatikan baik-baik bila nak buat dropship.

Baik.

Kalau anda betul-betul nak belajar cara berniaga di Shopee dan dapatkan jualan tinggi termasuklah dengan cara atau kaedah dropship ini, maka baca ebook Panduan Part-Time Shopee.

Ebook panduan ini boleh anda dapatkan dengan harga promosi di link berikut:

[+] https://tinyurl.com/shopeewow

Panduan ini akan dedahkan segala cara, kaedah, tips, teknik nak buat sales yang tinggi dan kaut keuntungan yang anda harapkan berniaga di Shopee.

Diingatkan panduan ini jualannya TERHAD. Ianya hanya boleh didapati sebelum 12.12.2018. Selepas tarikh ini, anda perlu cari panduan Shopee yang lain. :)

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

4 Comments

  1. baru mama tau boleh buat dropship melalui shopee.. bestnya.. boleh jana income ni

    ReplyDelete
  2. wow.. sgt menarik peluang niaga ni.. shopee pun sekrg makin top.. thanks for the info..

    ReplyDelete
  3. Info yang berguna, sekarang ni pun dah ramai seller2 ada akaun shopee dan CCL sendiri pun suka shopping melalui shopee

    ReplyDelete
  4. memang untung menjual di Shopee ni sebab senang takde banyak prosedur yang melecehkan

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.