SEO Expert. SEO Specialist. Ramai dah wujud di Malaysia. Melihatkan trend terkini bahawa ramai yang menggunakan enjin carian terutama Google untuk mencari info, maka keperluan untuk mendapatkan khidmat dan servis pakar SEO atau SEO expert dan juga specialist berkaitan ranking di Google telah meningkat.

Apatah lagi bila dah semakin banyak syarikat, organisasi, pemilik bisnes, serta ramai usahawan samada yang berbisnes online atau tidak, telah menggunakan platform internet untuk tujuan memperkenalkan bisnes, mempromosi dan menarik perhatian pencari info.

SEO Expert & Specialist di Malaysia

SEO Expert dan Specialist di Malaysia
Internet menjadi medium berpengaruh untuk memperlihatkan kredibiliti, kebolehpercayaan dan juga kepopularitian. Apatah lagi enjin carian adalah servis percuma, dan SEO adalah teknik terbaik tanpa kos untuk tujuan ini.

Pun begitu, permainan SEO bukanlah semudah disangka. Ia adalah teknik penyenaraian laman web dan juga blog serta aplikasi termasuk video untuk berada di halaman utama enjin carian yang memerlukan kepakaran atau specialist bagi melakukannya dengan baik.

Teknik SEO adalah cara mendapatkan trafik ke laman web serta blog atau kedai online secara organik (menerusi carian tanpa kos) dan bukan menerusi paid search ads (Google Ads/Adwords).

[Dah Baca?] SEO Bantu Usahawan Lariskan Jualan

Dua benda penting dalam SEO - kata kunci (keyword) dan juga konten. Nak pastikan sentiasa dapat trafik percuma dari enjin carian, kena kuasai keyword dan kena mempunyai konten yang berkualiti.

Saya sendiri yang telah bergiat aktif mempelajari teknik SEO sejak lebih 8 tahun dahulu pun masih lagi terkial-kial untuk menguasai teknik ini. Serius, ia sangat susah.

Teknik SEO memerlukan effort yang besar dan kerajinan untuk belajar benda baharu memandangkan SEO ini sentiasa berkembang dan berubah faktor. Ia bukan teknik statik. Banyak kerja perlu dibuat supaya apa yang kita mahukan itu muncul di enjin carian.

Enjin carian adalah lubuk mempromosi tanpa kos yang sangat hebat, dan berjangka-masa panjang.

Banyak syarikat dan pemilik bisnes di Malaysia sedar akan keperluan SEO ini, terutama yang mempunyai laman web atau blog, serta kedai online. Internet adalah dunia tanpa sempadan - sesiapa pun boleh akses dari mana-mana ceruk dunia asalkan capaian internet itu wujud.

Menggunakan keyword ditaip di ruangan carian seperti Google atau Bing, maklumat akan terpapar dalam bentuk senarai.

Kewujudan Ramai SEO Expert dan Specialist di Malaysia

Kewujudan ramai pakar SEO dan specialist di Malaysia
Dengan adanya permintaan tinggi daripada mereka yang mahukan bisnes serta produk mereka berada di top enjin carian ini, maka wujudlah juga mereka yang mendakwa sebagai SEO expert serta specialist di Malaysia.

Dari bulan ke bulan, saya melihat sudah semakin ramai individu termasuklah syarikat yang menyediakan servis kepakaran SEO ini di Malaysia.

Anda buat sahaja carian SEO expert atau SEO specialist mahupun pakar SEO samada di Google atau Bing, anda akan lihat banyak senarai yang menyediakan servis ini.

Yang menariknya ialah, masing-masing mendakwa merekalah pakar SEO sebenar dan nombor satu dalam memberikan servis Search Engine Optimization ini.


Jika anda pemilik bisnes dan usahawan, tentu akan pening kepala untuk memilih khidmat ini di kalangan yang terbaik. Harus diingat, kos atau caj untuk servis ini bukannya murah, apatah lagi apabila anda memerlukannya untuk memberikan pulangan tinggi untuk bisnes.

Ok, katakan anda seorang pemilik bisnes atau usahawan yang mahu mendapatkan servis pakar SEO untuk menaikkan ranking website, blog atau kedai online anda di enjin carian, kriteria apa yang patut anda ambil tahu sebelum mendapatkan servis mereka ini?

Saya akan cuba membantu dalam menyenaraikan aspek-aspek am tersebut bagi memilih expert atau specialist dalam teknik Search Engine Optimization ini.

#1 - Buktikan

Bukti mereka pakar SEO Malaysia sebenar
Proven. Ada bukti yang memperlihatkan pakar-pakar ini berjaya ranking sesuatu keyword itu di enjin carian. Keyword tersebut pula adalah mesti keyword untuk industri atau keyword menjual bukan keyword am atau yang kurang nilai dari segi Google Ads.

Pilih pakar SEO yang membuktikan bahawa mereka boleh ranking keyword yang tinggi persaingan dari segi paid ads (lihat pada nilai cost-per-click dan juga volume carian). Kalau mereka berjaya buktikan, maka pilihlah mereka untuk servis SEO expert.

Lihat keyword - samada keyword dua patah, tiga patah atau long-tail keyword.

Jika pakar atau specialist SEO tersebut boleh ranking dengan baik keyword dua patah untuk bisnes atau produk mahupun servis, maka dialah pakar SEO sebenar yang boleh dipertanggungjawabkan.

Lihat siapa yang pernah mendapatkan khidmat atau servis mereka. Jika syarikat besar seperti syarikat dalam industri automobil, syarikat industri pelancongan, syarikat menjual domain atau penyediaan web, syarikat pelaburan atau hartanah .. pernah menggunakan servis SEO daripada mereka, maka pilihlah mereka. Ini adalah kerana persaingan dalam industri ini sangat tinggi.


#2 - Kelayakan

Kelayakan, ada SEO expert yang mempunyai sijil kelayakan yang diiktiraf oleh Google sendiri. Jika ada, maka pastilah mereka ada kebolehan dan kelebihan ini, jika tidak takkan Google berikan pengiktirafan kan?

#3 - Cari Yang Ada Team

Seorang SEO expert atau specialist bukan bekerja seorang diri, tetapi dia ada team yang akan bantu dalam banyak faktor. Jika ada team, tempoh atau jangka masa untuk satu-satu keyword itu dapat rank di enjin carian akan jadi lebih cepat dan lebih mudah.

Kalau seorang yang memang hebat dalam SEO, bekerja seorang diri untuk menaikkan satu-satu keyword carian itu, ia mungkin akan ambil tempoh yang lebih panjang dan lama untuk berada dalam top enjin carian.

Ini adalah kerana SEO memerlukan proses. Ia bukan seperti soalan matematik yang boleh dapat jawapan terus dan cepat.

Proses itu pula mesti proses berterusan dan sentiasa dikemaskini, sejajar dengan perubahan algorithma enjin carian.

#4 - Apa Nasihat Pakar SEO?

Sepertimana keyword yang digunakan untuk ranking dalam enjin carian, seorang SEO expert juga akan tekankan mengenai konten berkualiti. Anda tidak boleh mewujudkan sebuah laman web kosong dan gunakan hanya keyword untuk ranking di enjin carian.

Laman web, blog mahupun kedai online jika mahukan trafik dari enjin carian mesti kaya dengan konten. Maksudnya kena penuh informasi berkualiti dan original.

Paling terbaru, saya dapat tahu .. jika mahu laman web, blog atau kedai online berada di top enjin carian mestilah ada konten dalam satu-satu page itu mempunyai sehingga lebih 1000 patah perkataan. Jika kurang, dan hanya tekankan soal keyword semata, ia mungkin dikenakan penalti.

Itu sebab saya katakan bahawa tugas dan tanggungjawab seorang SEO expert atau specialist bukannya mudah, dan memang berat kalau dilakukan secara berseorangan. Namun begitu, saya tidaklah menidakkan bahawa memang ada pakar SEO sebenar yang hebat mengungguli satu-satu keyword itu.

Biasanya seorang SEO expert akan berikan nasihat dari segi layout laman web atau blog, tatacara meletakkan keyword dalam konten, cara menulis tajuk-tajuk konten untuk keyword yang ingin dikuasai, cara membina autoriti, cara membina backlink dan beberapa perkara berkaitan aspek teknikal untuk SEO.

Banyak benda nak kena buat sebenarnya kalau nak pastikan keyword tersebut 'kita punya'.

Maka, tidak perlu hairan andai SEO expert kenakan bayaran atau caj perkhidmatan yang agak tinggi.

#5 - Gunakan Teknik Sah Bukan Cara Salah

Nasihat pakar SEO untuk ranking keyword di enjin carian
Saya ada beritahu anda, keyword dan konten adalah perkara utama dalam SEO. Dua perkara ini sangat penting untuk mendapatkan backlink. Kalau orang percaya dengan konten yang kita tulis, berdasarkan keyword yang dicari, orang lain takkan teragak-agak untuk berikan backlink.

Backlink inilah antara kekuatan untuk pastikan artikel keluar dan kekal berada di top enjin carian secara percuma.

Susah sebenarnya nak dapatkan backlink yang benar-benar berkualiti. Ada yang gunakan cara edit info di Wikipedia, ada yang beli backlink, dan ada juga yang bijak mendapatkan backlink dari blogger yang memang dah ada blog.

Pakar SEO mesti ada cara untuk dapatkan backlink ini. Jika anda gunakan servis SEO expert atau specialist, tanya mereka akan hal ini. Bukan apa, kalau backlink itu dibuat secara salah, ia akan merugikan di masa akan datang.

Backlink. Serius sangat penting walaupun Google tak pernah sebutkan secara detail.

Baik. Itu sahaja yang ingin saya kongsikan mengenai tajuk SEO expert dan specialist di Malaysia ini. Jika anda menemukan artikel yang saya tulis ini di halaman pertama enjin carian Google, ini tandanya saya telah membuktikan kepada anda sesuatu. :)

Jika anda membaca ini kerana adanya link dari laman web atau blog lain, ini bermakna anda terpukau dan ada rasa ingin tahu mengenai topik yang saya tulis. Ia memberikan satu bentuk autoriti kepada artikel ini secara tak langsung.

Terima kasih kerana sudi membacanya. Jadilah sebahagian dari mereka yang memberikan sokongan kepada saya untuk terus menulis blog, mohon berikan 'like' anda pada Fanpage blog ini di sini - https://www.facebook.com/hasrulhassancom

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Asalam..hebatnya penemuan HH ni..nanti akan rujuk..memang SEO ni perlu dalam aspek berblog..

    BalasPadam
  2. saya mula2 belajar seo ni dar blog HH. tq mentor!

    BalasPadam
  3. Teebaik.sy mula tahu ttg seo bila sy terbaca artikel hh dan mula tahu apa yg sy buat selama ini rupanya seo

    BalasPadam
  4. Belajar tips SEO dari SEO Guru... interesting...

    BalasPadam
  5. SEO..SEO..SEO, yeah..mmg x mudah spt yg Tuan ckp,

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement