As-Salam. Belajar SEO untuk blogspot bukan ambik masa sehari dua. Ia satu pembelajaran berterusan. Mana mungkin anda dapat mencapainya dalam masa sesingkat itu, hatta untuk sampai separuh dari ilmu SEO (Search Engine Optimization) ini. Ia satu proses berterusan dan berpanjangan. 

Ramai yang ternyata dah jadi 'pakar' SEO pun sebenarnya belum dapat benar-benar jadi pakar. Kerana algoritma untuk enjin carian mengesan kata kunci ini tidak akan tetap, ia pasti akan berubah. Dunia komputer berevolusi, dan semakin ramai bijak pandai lahir dari sehari ke sehari.

Bukan mudah untuk jadi juara dalam SEO ini. Ada yang kata, ia adalah nasib, tapi HH percaya ... perkara paling penting dalam SEO ini ialah pemberian informasi tepat, berkualiti dan bermanfaat. Ia mestilah original daripada pengalaman sendiri.

Pakar SEO Blogspot Malaysia

Sehari dua hari belajar SEO tidak akan menjadikan anda pakar sebenar.... tetapi menjadikan anda seorang yang bijak SEO kerana anda menguatkan azam dan semangat untuk terus belajar. Itu yang penting ... kalau anda tidak belajar, anda tidak akan tahu .... dan apabila sudah belajar, anda perlu praktikkan. Jika menjadi... maka kongsikan untuk apa yang anda pelajari dan ketahui itu diberkati.

Buat blogger baru, jangan gentar dengan perkataan pelik SEO ini. Anda mungkin gerun bila ada blogger yang petah berkata soal SEO, dan dakwa merekalah paling hebat dan cekap dalam hal demikian. Hakikatnya, tiada seorang pun yang benar-benar pakar SEO .... kerana pendekatan SEO akan berubah dari semasa ke semasa.

Macam anda pakai telefon bimbit, dulu orang akan ingat Nokia .... tapi kini tidak lagi sebab telefon bimbit sudah jadi pintar .... yang orang kini sedang ingat ialah iPhone 4, iPhone 5 dan Samsung Galaxy ....tak gitu?


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya dgr seo.. Mmg x phm. Skrg bjinak dgn domain. Pergh ketinggalan zaman tol sy ni.. Tunggu sy beli ferari erk nk kejar u all... Hioi

    BalasPadam
  2. sampai sekarang aku tak teror bab seo

    BalasPadam
  3. memang ilmu yang setiap hari akan berubah kan... seo ni takkan tetap.. dia bukan macam ilmu sejarah..

    BalasPadam
  4. BETUL2... susah nak betul2 jadi seorang yg pakar dalam seo

    BalasPadam
  5. ilmu teknologi amat luas,,hanya yang peka dan konsisten akan berjaya memanfaatkannya..=)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement