Hari ini saya nak kongsi satu resepi best, menu masakan tradisional iaitu Resepi Rendang Ayam. In Sha Allah, kalau anda mencuba resepi ini, rendang ayam anda pasti sedap menyelerakan .. hehe. Kalau saya, seorang lelaki yang tak ada kelulusan chef pun boleh masak resepi ni dengan selamba, anda pun boleh!

Tak susah sebenarnya nak masak Rendang Ayam yang sedap lagi menyelerakan. Janji, bahan-bahan kena cukup. Bila ada bahan-bahan yang menjadikan masakan tu sedap dan lazat, in Sha Allah .. tak ada masalah dalam menyediakan apa jua resepi.

Resepi Sedap Rendang Ayam

Resepi Sedap Rendang Ayam

Awalnya saya memang tak tahu pun cara nak memasak menu resepi rendang ayam ni. Saya pernah tanya isteri cara nak masak rendang .. hmmmm bila isteri saya cerita je sekian-sekian bahan diperlukan untuk memasak, saya terus rasa .. err susahnya.

Tapi itulah. Tak cuba takkan tahu.

Sekali saya cuba masak, saya terus jadi seronok nak masak rendang ayam sendiri. Setakat ini, dah dua kali saya masak Rendang Ayam. Sedap tau .. haha.

Cara masak rendang ayam yang sedap

Ok, meh saya kongsikan resepi sedap Rendang Ayam versi seorang House Husband .. haha.

Bahan-Bahan

  1. Ketulan ayam 500/600 gram
  2. 1 helai daun kunyit yang dirincik halus.
  3. 1-2 helai daun limau purut.
  4. 1-2 asam keping
  5. 200 gram kerisik 
  6. 200 gram santan segar
  7. Garam
  8. Gula
  9. Madu (kelulut lebih baik)
  10. 1 sudu teh minyak masak
  11. Air
 

Bahan-Bahan Kisar

  1. 3 biji bawang besar
  2. 5 ulas bawang putih
  3. 3 inci halia
  4. 3 inci lengkuas
  5. 2 inci kunyit hidup
  6. 1 batang serai
  7. 10 helai cabai kering (tambah kalau pedas)
 

Cara Penyediaan

Cara nak jadikan rendang ayam sedap
  1. Kisar bahan-bahan yang tersenarai sebagai bahan-bahan kisar tu ... kisar bagi halus, sehalus yang mungkin .. hehe. Nak tumbuk pun boleh, tapi jenuh weihh .. baik gunakan blender, saya gunakan blender Pensonic.
  2. Panaskan kuali dengan minyak masak.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali, masukkan asam keping.
  4. Gaul sehingga naik bau yang harum. Kacau sehingga sebati. Anggaran dalam setengah jam.
  5. Biarkan sedikit kering.
  6. Lepas tu, masukkan kerisik dan santan.
  7. Gaul bahan-bahan ini sehinggalah ia sebati dan pecah minyak. Anggaran dalam 1 jam.
  8. Masukkan ayam dan tambahkan sedikit air. Kacau biar sebati.
  9. Tambah sedikit garam atau gula secukup rasa.
  10. Kacau dari semasa ke semasa sehinggalah ia mendidih selama 1 jam. 
  11. Lepas tu, masukkan daun limau purut dan juga daun kunyit.
  12. Kacau lagi sehingga rendang nampak sedikit kering. Jika ayam tak berapa masak lagi, tambah sedikit air dan kacau lagi.
  13. Lepas dah nampak kering, tuang sesudu kecil madu dan gaul hingga rata.
  14. Biarkan mendidih selama 5 minit.
  15. Siap untuk dihidangkan.

Okeh. Anggaran masa untuk menyediakan resepi sedap rendang ayam versi saya ini adalah lebih kurang 3 jam! Aha .. memang lama. Ia adalah untuk pastikan rendang ayam ni tahan lama, dan pastinya untuk tingkatkan kelazatannya.

Cubalah ya.

Sedap tau... hehe.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terbaik BRO HH..memang hebat di blog, hebat juga di dapur..hummm! bapa mithali ni

    BalasPadam
  2. lelaki kalau da masuk dapur, pegang sudip & kuali... hmmm akan jadik ohsem lah :)
    terbaik ni, HH.
    aida sendiri lom pernah masak rendang sendirian berhad.
    biasa nyer couple dgn mak & kakak-kakak kat kampung.

    BalasPadam
  3. OOO..masuk madu ek. Hmm apa rasa ye ?? Dah lama tak masak rendang ayam. Last masak raya puasa hari tu.

    BalasPadam
  4. masak untuk 3 jam ...mak oii lama sungguh tu..

    yang penting berbaloi dan sedap

    hahahaha

    BalasPadam
  5. Wowww terbaekkk ar Tuan..Boleh cuba ni..Nampak power sungguh rendang tu..Mantop!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement