Saya memang dah lama teringin nak masak rendang ayam sendiri. Bukan apa, kesian pulak pada isteri yang setiap kali saya nak makan rendang, saya minta isteri sediakan. Walhal, saya boleh je belajar memasak menu masakan popular ini.
Yahoo, Saya Dah Pandai Masak Rendang Ayam Sedap Sendiri
Isteri saya memang pandai masak rendang, malah resepi masakan isteri saya ada nama lain. Isteri saya gelarkan Rendang Oren.Aha .. bukan sebab letakkan oren dalam resepi Rendang Ayam, tetapi kerana warnanya yang agak keoren-orenan (ada ke perkataan ni?). Sedap memang sedap. Dah ramai yang puji masakan isteri saya ni. Kalau isteri saya masak Rendang Oren ni, in Sha Allah, nasi yang ditanak boleh habis seperiuk.
Anak-anak saya pun suka dengan Rendang Ayam. Jadi, bila jadi house husband yang memasak di rumah, teringinlah juga saya nak masak rendang versi sendiri.
Lagi-lagi sekarang ni dah sediakan Lemang Segera hanya masak di rumah.
Cari Resepi Dan Buat Sendiri
Alhamdulillah, berpandukan resepi rendang ayam dari MyResipi, saya pun buatlah rendang ayam saya sendiri. Malah, saya ubah sedikit bahan-bahan dalam resepi asal rendang ayam yang saya baca tu mengikut tips diberikan oleh isteri saya.Weihh ...
Senang rupanya nak masak Rendang Ayam yang sedap ni.
Cuma bahan-bahan tu kena cukup syaratnya. Blend je, pastu tuang dalam kuali. Masukkan ayam .. dan biar ia masak.
Nak tengok hasil masakan Rendang Ayam pertama saya?
Aha .. inilah hasil akhirnya .. nampak sedap tak?
Best sangat dapat masak Rendang Ayam sendiri. Dah tak lagi harapkan isteri saya yang sibuk dengan tugas rasmi di pejabat kerajaan untuk sediakan menu ni setiap kali sebelum pergi kerja. Kesian isteri saya tu tau ... huhu.
[Dah Baca?] Terbongkar !! Rahsia Resepi Rendang Ayam Isteri Saya Sedap Sangat
Tak sangka pula pertama kali masak, ia jadi sedap .. haha. Isteri saya pun berikan pujian pada masakan saya ni. Seronok betul hati saya.
Isteri saya pun seronok sebab sekarang dia dah tahu suaminya seorang house husband sudah boleh masak rendang sendiri. Kali ini, kalau isteri saya teringin nak makan rendang, saya dengan senang hati akan menyediakan menu resepi tradisional Melayu ini, in Sha Allah.
Err ada yang nak saya kongsikan resepi Rendang Ayam saya ni tak? Komen la ye di bawah, saya nak tahu respon. :)
Alhamdulillah...sedap ni makan dengan ketupat..tak pun lempeng..
ReplyDeleteTahniah Tn HH dapat ilmu masak rendang setanding masakan isteri..
ReplyDeleteLZ suka rendang jadi bolehlah cuba resepi rendang oren isteri Tn HH tu nanti..
Nampak sedap..
Resepi dia sama je dgn yang lain, cuma ada letak madu pada akhir sekali
Deletelagi best kalau dapat share resepi sekali if tak keberatan :D
ReplyDeleteIn sha Allah .. saya akan kongsi.
DeleteWuuu menarik! Saya sendiri tak pernah masak rendang lagi
ReplyDeleteBaik baik .. nanti saya tulis
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.