Hmm .. apa agaknya pemanis mulut yang sedap ya? Apakata anda mencuba resepi Puding Jagung Manis yang dikongsikan oleh rakan blogger saya, Puan Yatie. Resepi ini sangat mudah dan saya pasti ramai yang boleh membuatnya.

Juadah ini boleh dihidangkan untuk minum petang mahupun ketika berbuka puasa di bulan Ramadan. Ia pasti akan menjadikan menu hidangan berseri dengan hadirnya Puding Jagung Manis ini.

Resepi Sedap Pemanis Mulut - Puding Jagung Manis

Resepi Puding Jagung Manis

Baik. Sebenarnya, resepi ini pernah saya kongsikan sekitar tahun 2014. Malah, ia menjadi antara resepi tular dan dikongsikan ramai pembaca blog ini. Alhamdulillah, rata-rata mencuba resepi ini memberikan komen yang positif, malah memuji cara penyediaan puding ini yang dikongsikan oleh Puan Yatie.

Maka, kali ini saya kongsikan kembali untuk panduan mereka terutama surirumah yang mencari menu mudah untuk hidangan pemanis mulut.

[ads id='ads1']

Bahan-Bahan Menyediakan Puding Jagung Manis

  1. 1 cawan tepung kastard
  2. 3 cawan air
  3. 3/4 cawan gula
  4. 400 ml susu cair - jika tiada, boleh sahaja diganti dengan santan segar
  5. Satu tin jagung manis
  6. 1 sudu besar mentega - untuk membuatkan ia nampak berkilat 

Cara Membuat Puding Jagung Manis

  1. Masukkan semua bahan-bahan di atas dalam periuk/kuali, kecuali mentega dan masak dengan api yang sederhana hingga adunan tadi menjadi sedikit pekat.
  2. Bila adunan dah pekat, masukkan mentega atau butter dan terus kacau hingga mendidih atau kelihatan gelembung-gelembung udara meletup dan kelihatan berkilat.
  3. Padam api dan tuangkan terus dalam loyang atau bekas atau acuan.
  4. Biarkan sekejap hingga adunan tadi sejuk.
  5. Akhir sekali adunan dimasukkan ke dalam peti ais.



Amacam? Cukup mudah kan?

Oh ya, cuma satu nak diingatkan. Jangan sesekali anda ganti mentega dengan marjerin, kerana nanti akan jadi lain. Kena tahu, mentega atau butter tak sama dengan marjerin ni.

Satu lagi nak beritahu, pastikan anda cari jenama jagung manis dalam tin yang berkualiti. Sebab kadangkala, ada jenama yang isinya dicampur terlalu banyak air dan mengurangkan rasa jagung tersebut.

Apabila kata jagung manis, maka seharusnya isi dalam tin tentulah dari jagung manis dan bukan jagung biasa. Maka, baca label pada tin tersebut dengan baik. Jangan guna jagung manis dalam paket tu.

Jika nak sedap, pastikan beli jagung manis di dalam tin. Ok? Selamat mencuba.

Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle