Anda nak tahu tak cara nak buat biskut yang antara paling mudah nak dibuat untuk hidangan Hari Raya? Aha, salah satu resepi biskut paling sempoi dan senang nak dibuat ialah Kek Batik Milo. Tak perlu gunakan pembakar atau oven. Ia resepi yang sedap, dan sangat disukai anak-anak.

Erkk .. tak perlu pakai pembakar? Biar betul? Jimat banyak ni kalau tak gunakan dapur dan elektrik. Silap-silap boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan tambah duit raya .. betul tak?

Resepi Mudah Kek Batik Milo

Resepi Mudah Kek Batik Milo

Resepi kek Batik Milo ni dah banyak kali isteri saya buat... lebih-lebih lagi kalau ada lebihan biskut meri dalam Tupperware. Sampai satu tahap, kami semua dah jadi macam boring dah nak makan biskut atau kek Batik Milo ni ..haha.
[ads id='ads1']
Ya, memang mudah sangat nak buat biskut atau kek Batik Milo ni. Bahan-bahan pun tak adalah mahal atau susah nak cari. Anak-anak pun boleh tolong buatkan kek Batik Milo ni. Serius .. ia memang sangat mudah nak dibuat.

Tak percaya? Cubalah resepi biskut Kek Batik Milo ni ye.

Bahan-bahan Untuk Kek Batik Milo

  • 2 cawan Milo
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 buku mentega (jenama buttercup lebih baik)
  • 1 paket biskut meri 


Cara Buat Kek Batik Milo

  1. Masukkan sebuku mentega dan susu pekat ke dalam periuk.
  2. Cairkan dengan panaskan gunakan api sederhana.
  3. Gaul sehingga sebati tanpa nampak ketulan mentega.
  4. Masukkan milo dan serbuk koko dalam periuk.
  5. Gaul hingga semua sebati dan pastikan tiada milo yang berketul-ketul.
  6. Masukkan esen vanilla, gaul sehingga sebati dan kemudian padamkan api.
  7. Masukkan biskut meri yang telah di patahkan ke dalam periuk tadi dan gaul sekata bersama sebatian milo tadi.
  8. Letakkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik.
  9. Padatkan sebatian kek dengan menekan-nekan bahagian atas.
  10. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga ia keras.

Amacam? Tak susah kan? Ia boleh menjadi hidangan yang sedap dalam bulan ramadan dan juga semasa perayaan atau majlis tertentu.

Boleh juga rujuk sini - Resepi Kek Batik Lembut untuk variasi lainnya ya.

Oh ya, sedikit tips untuk anda yang nakkan kelainan pada Kek Batik Milo ni ..

[Dah Baca?] Rahsia Kesedapan Milo Ais Kepal Tok Abah Kuala Kangsar

Tips Resepi Kek Batik Milo

Kalau suka resepi kek batik milo yang rangup, jangan campur biskut meri dalam campuran milo tetapi susun je lapisan biskut lapis coklat. Kalau lebih suka kek batik lembut, patah-patah kan biskut meri dulu dan biarkan ia lemau sikit. Kek batik akan terasa lebih lembut dan sedap dimakan anak-anak.

Jika tak berapa jelas cara nak buat, boleh rujuk pada video di bawah ini ... ahh mudah je dik nonn ..


*Jika video tak keluar, bermaksud pelayar anda tak benarkan cookies dari Facebook, jadi, jika nak tengok juga video ni, boleh ke sini - https://www.facebook.com/watch/?ref=external&v=2015442218529973

Nak juga beritahu, kek ni agak manis, bergantung dengan jumlah Milo yang anda masukkan. Jika nak kurangkan rasa manis tu, boleh tambahkan sedikit air.

[ads id='ads2']

Benda manis macam ni akan membuatkan anak-anak yang makan jadi hyper .. so, pandai-pandailah anda kekang anak-anak daripada makan terlalu banyak. Buat pesakit kencing manis, hadkan pengambilan ya ... :)

Selamat mencuba semua.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement