Traveloka Banner

Resepi Mudah Kek Batik Milo

Anda nak tahu tak cara nak buat biskut yang antara paling mudah nak dibuat untuk hidangan Hari Raya? Aha, salah satu resepi biskut paling sempoi dan senang nak dibuat ialah Kek Batik Milo. Tak perlu gunakan pembakar atau oven. Ia resepi yang sedap, dan sangat disukai anak-anak.

Resepi Mudah Kek Batik Milo

Resepi kek Batik Milo ni dah banyak kali isteri saya buat... lebih-lebih lagi kalau ada lebihan biskut meri dalam Tupperware. Sampai satu tahap, kami semua dah jadi macam boring dah nak makan biskut atau kek Batik Milo ni ..haha.

Ya, memang mudah sangat nak buat biskut atau kek Batik Milo ni. Bahan-bahan pun tak adalah mahal atau susah nak cari. Anak-anak pun boleh tolong buatkan kek Batik Milo ni. Serius .. ia memang sangat mudah nak dibuat.

Tak percaya? Cubalah resepi biskut Kek Batik Milo ni ye.

Bahan-bahan Untuk Kek Batik Milo

  • 2 cawan Milo
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 buku mentega (jenama buttercup lebih baik)
  • 1 paket biskut meri

Cara Buat Kek Batik Milo

  1. Masukkan sebuku mentega dan susu pekat ke dalam periuk.
  2. Cairkan dengan panaskan gunakan api sederhana.
  3. Gaul sehingga sebati tanpa nampak ketulan mentega.
  4. Masukkan milo dan serbuk koko dalam periuk.
  5. Gaul hingga semua sebati dan pastikan tiada milo yang berketul-ketul.
  6. Masukkan esen vanilla, gaul sehingga sebati dan kemudian padamkan api.
  7. Masukkan biskut meri yang telah di patahkan ke dalam periuk tadi dan gaul sekata bersama sebatian milo tadi.
  8. Letakkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik.
  9. Padatkan sebatian kek dengan menekan-nekan bahagian atas.
  10. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga ia keras.

Kalau suka resepi kek batik milo yang rangup, jangan campur biskut meri dalam campuran milo tetapi susun je lapisan biskut lapis coklat. Kalau lebih suka kek batik lembut, patah-patah kan biskut meri dulu dan biarkan ia lemau sikit. Kek batik akan terasa lebih lembut dan sedap dimakan anak-anak.

Jika tak berapa jelas cara nak buat, boleh rujuk pada video di bawah ini ... ahh mudah je dik nonn ..

Resepi Kek Batik Milo

Resepi Kek Batik Milo simple dan mudah nak dibuat. Ia boleh jadi hidangan menarik dan sedap ketika Hari Raya. Resepi kek ini pernah viral kerana mudahnya nak dibuat tanpa perlu gunakan tepung dan oven pembakar. Bahan utama pastilah Milo, serbuk Koko dan juga Biskut Merry. . Dah cuba?

Posted by HASRULHASSAN.COM on Tuesday, 5 June 2018

Kek ni agak manis, bergantung dengan jumlah Milo yang anda masukkan. Jika nak kurangkan rasa manis tu, boleh tambahkan sedikit air.

Selamat mencuba ye.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

2 Comments

  1. asben aida ada request kek batik ni.
    lom sempat buat, lupa aje nak beli biskut marie.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.