Dah pernah rasa Milo Ais Kepal tak? Saya dan anak-anak dah merasa banyak kali dah Milo Ais Kepal ni, tapi kami belum lagi merasa Milo Ais Kepal Tok Abah di Kuala Kangsar yang tetiba jadi tular di media sosial. Sebelum ni, kami cuma merasa di Warung D'Bukit di Kg Chengal Jantan sahaja.

Kalau ikutkan tak susah pun nak membuat Milo Ais Kepal ni. Isteri saya pernah mencuba untuk buat sendiri Milo Ais Kepal di rumah. Bahannya mudah, hanya perlu serbuk milo, susu, ais kisar. Boleh juga letak sedikit cip coklat untuk penambah rasa dan sedikit rangup.

Resepi 'Rahsia' Milo Ais Kepal Tok Abah, Kuala Kangsar

Rahsia Milo Ais Kepal Tok Abah, Kuala Kangsar
Tentu ramai nak tahu apa rahsia Milo Ais Kepal Tok Abah di Kuala Kangsar tu sehingga ia jadi tular atau viral, kan? Sebenarnya rahsia menu resepi tu bukan mudah nak dibuat.

Milo Ais Kepal Sudah Lama Terkenal di Perak

Menu resepi Milo Ais Kepal bukannya baru. Malah dah bertahun wujud terutama di negeri Perak ni. Banyak gerai, kedai makan dan restoran yang hidangkan menu Milo Ais Kepal. Namun, biasalah .. bukan semuanya punyai rasa yang sama.

Di tempat saya, iaitu Parit Buntar pun ada beberapa kedai makan yang hidangkan menu ni kepada pelanggan. Ais Kepal, memang dari zaman saya kanak-kanak dah wujud, cuma mungkin bezanya adalah kepelbagaian rasa.

Resepi Rasa Berbeza Jadi Keunikan

Memang lain. Begitu juga halnya dengan Milo Ais Kepal Tok Abah di Kuala Kangsar ni.

Pemilik gerai Milo Kepal Tok Abah di Kuala Kangsar ini, iaitu pasangan suami isteri Saed Lamin dan Shariah Hashim ambil masa sehingga hampir 4 bulan agar rasa Milo Ais Kepal jadi sempurna dan sesedap yang kini menjadi tular.

Kena bijak eksperimentasi untuk hasil sempurna.

Resepi Milo Ais Kepal Tok Abah terhasil daripada pembuatan kek coklat Puan Shariah Hashim sebelum ini. Ia kemudiannya ditukar dengan menambah ais yang dikisar yang disalut coklat Milo dan juga susu.

Kalau anda nak tahu, pasangan ini dah lama menjual Milo Ais Kepal ni di Kuala Kangsar ... aha .. dah hampir 3 tahun tu (sehingga 2018).

Cuma baru-baru ini tular kerana resepi rahsia Milo Ais Kepal Tok Abah telah jadi sempurna.

Coklat Dimasak Bersama Susu dan 'Diperam'

Rahsia Milo Ais Kepal Tok Abah, Kuala Kangsar
Kelebihan pada Milo Ais Kepal Tok Abah ini adalah pada rasa coklat Milonya. Ia sangat pekat, dan saya ketahui bahawa Milo yang dicampur dengan air serta susu perlu dimasak sehingga sebati pekat sebelum 'diperam' selama 3 jam!

Aha. Nampak tak specialnya di situ.

Coklat Milo digunakan adalah dari jenama original Milo yang sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi 'misleading advertisement' untuk kanak-kanak. Bukan coklat atau serbuk koko timbang yang berharga murah.

[Dah Tonton?] Milo Misleading Ads

Hanya gunakan serbuk Milo original dan juga susu; begitulah menurut apa yang dikata oleh Saed Lamin (Tok Abah). Tak ada campuran lain. Cuma ada ditambah sedikit topping kepingan coklat pada Milo Ais Kepal yang telah siap dibungkus untuk pelanggan.

Yang mungkin membezakan rasa adalah sukatan yang betul untuk hasilkan rasa Milo yang sedap sehingga membuatkan pelanggan tak mudah lupa dan mahu kembali lagi menikmatinya.
Resepi Rahsia Milo Ais Kepal Tok Abah, Kuala Kangsar
Ramai pelanggan yang datang sukakan Milo Ais Kepal Tok Abah di Kuala Kangsar ini kerana rasa sedap dan pekat Milonya, selain ais kepalnya yang tidak mudah cair.

Jika anda nak mencuba, boleh terus ke Kuala Kangsar di tingkat bawah ruang niaga Sinar Mekar Abadi.

Kredit: Suara Perak

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dulu cendol...

    sekarang Milo ais kepal ...

    pergh memang sedap la nie

    BalasPadam
  2. ni yang keluar kat tv semalam kan..uih..ramai nau orang dok beratur..panas² ni memang sesuai ler pekena milo ais kepal ni

    BalasPadam
  3. Keluar di tv baru tahu ada ais kepal milo..mee udang parit 30 pula di kmpg saya..

    BalasPadam
  4. baru td baca kat blog mana ntah pasal ni.
    sodap nyer nampak!!!
    kat melaka so far lom ada yg buat.
    nak ke sana mak aii jauh beno, HH :)

    BalasPadam
  5. dah macam cite boboiboy hehe..koko tok abah..harap adudu tak serang kuala

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement