Wuhu.. sedih lak rasa sebab tak dapat menikmati suasana Ramadan unik di Parit Buntar. Aha .. buat mereka yang tak tahu, setiap kali bulan Ramadan, pekan Parit Buntar dan kawasan sekitar akan penuh dengan restoran, kedai makan dan gerai yang menjual kerang rebus. Ia hanya berlaku dalam bulan Ramadan sahaja, tidak dalam bulan lain.

Menu ini dijadikan snek sedap selepas selesai sholat terawih di masjid. Bukan sahaja kerang rebus, tetapi juga pelbagai jenis siput yang jarang ditemui. Biasanya ia dihidang bersama kuah kacang - satu lagi keunikan untuk menikmati snek ini di bulan Ramadan.

Sedapnya Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang - Snek Sedap di Bulan Ramadan

Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang - Snek Sedap di Bulan Ramadan

Tahun ini (2020), dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan untuk membendung wabak Covid-19 yang mengancam nyawa, maka hidangan ini tidak lagi dijual seperti kebiasaan bulan Ramadan sebelum ini.

Jika ada pun, ianya dibuat secara beli dan bungkus atau take-away.


Tetapi setakat ini, semenjak PKP di bulan Ramadan ini, saya tak nampak lagi mana-mana pengusaha yang menjual kerang rebus kuah kacang di media sosial seperti kebiasaan.

Hmm ...

Nikmati Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang Selepas Sholat Terawih

Pun begitu, ini tidak bermakna saya dan keluarga tidak boleh menikmati snek Kerang Rebus cicah Kuah Kacang di bulan Ramadan seperti selalu selepas sholat terawih berjemaah.

Yang penting mesti ada kerang segar dan juga kuah kacang yang sedap.

Alhamdulillah, bekalan kerang segar tidak susah untuk diperoleh. Di pasar basah Parit Buntar dan beberapa kedai menjual barangan basah, ada sahaja kerang segar dijual. Harga dari RM8 hingga RM10 sekilogram.

Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang - Snek Sedap di Bulan Ramadan

Manakala kuah kacang pula boleh sahaja diperoleh daripada beberapa jenama kuah kacang segera. Cuma, kalau nak memenuhi citarasa, boleh sahaja buat kuah kacang anda sendiri. Google je resepi .. in Sha Allah, mesti jumpa.

Sedap weih ..

Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang - Snek Sedap di Bulan Ramadan

Jika anda tidak pernah mencuba makan kerang rebus cicah kuah kacang, bolehlah cubanya kali ini.

[ads id='ads2']

Anda tak perlu letak apa-apa untuk rebus kerang, hanya rebus kosong sahaja, tetapi kena pastikan kerang tersebut telah dibersihkan dengan betul.

Tips Membasuh Kerang Segar

Tips untuk membasuh kerang ialah dengan memasukkan sedikit cuka dan digaul menggunakan sudu besi. Biarkan selama beberapa minit, dan kemudian bilas dan basuh dengan air bersih.

Ok ya.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement