8 Jenama Sardin/Mackerel Dalam Tin Ada Cacing

Sebelum ini telah tular mengenai isu ikan sardin dalam tin yang didapati mengandungi cacing mati. Saya ikuti juga perkembangan isu ini. Mana tidaknya, saya merupakan antara ramai pengguna di Malaysia yang meminati menu masakan ikan sardin dalam tin ini.

Disebabkan ada perkembangan terkini mengenai isu jenama ikan sardin yang ada cacing mati ini, beberapa post berkaitan ikan sardin di dalam blog saya ini turut menerima tempias trafik, antaranya entri-entri berkaitan resepi ikan sardin.

8 Jenama Sardin/Mackerel Dalam Tin Ada Cacing

Jenama Sardin/Mackerel Dalam Tin Ada Cacing
Isteri saya memaklumkan kepada saya, bahawa ada kenyataan akhbar terkini dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Malaysia mengenai isu ikan sardin tin mengandungi cacing mati ini, bertarikh 27 Jun 2018.

Menerusi laman web KPK Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan perkembangan terkini tentang laporan yang tular di media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk sardin dalam tin ini.

Dari kenyataan akhbar tersebut, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah mengenal-pasti beberapa jenama sardin dalam tin yang telah dikesan mengandungi cacing ini.
Jenama Sardin/Mackerel Dalam Tin Ada Cacing

Jenama sardin di dalam tin tersebut telah dikesan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp. sebelum ini ialah dari jenama ikan sardin dalam tin - TL Tan Lung dan TLC,  malah menurut laporan siaran akhbar tersebut, hasil pemantauan terkini mendapati terdapat tiga lagi jenama produk ikan sardin dalam tin iaitu jenama Cinta, Sea Fresh dan HS Brand juga mengandungi cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp..

Manakala, produk ikan mackerel dalam sos tomato jenama King Cup, Bintang dan TC Boy juga telah didapati mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Ini bermakna, pihak KKM telah mengesahkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya lapan jenama produk sardin dan mackerel dalam tin mengandungi cacing iaitu:
  1. TL Tan Lung
  2. TLC
  3. Cinta
  4. Sea Fresh
  5. HS Brand
  6. King Cup
  7. Bintang
  8. TC Boy
Berikutan penemuan tersebut, pihak KKM telah mengambil tindakan penguatkuasaan di mana syarikat terlibat telah diarah menarik balik produk tersebut dari pasaran.

Cuba lihat senarai jenama-jenama yang dikesan oleh pihak KKM mengandungi bendasing atau cacing tu, ada jenama kegemaran anda tak?

Aha .. satu waktu dulu, saya pernah tanya rakan-rakan facebook saya mengenai jenama ikan sardin atau mackerel kegemaran mereka, dan lihat apa respon yang telah diberikan ...




Sekarang, cuba anda tengok video di bawah, ia ada tunjukkan mana satu jenama sardin/mackerel dalam tin yang ada terjumpa cacing ni, dan yang tak ada cacing.


Anda juga perlu ambil maklum bahawa KKM juga telah mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

Ia merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini, cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp..

Manakala bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran akan dijalankan oleh pihak KKM.

Sukacita juga pihak KKM maklumkan, bagi produk ikan dalam tin, risiko kepada kesihatan adalah amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan. Jadi, anda tidak perlu risau mengenainya. Pun begitu, adalah lebih baik anda bersikap berhati-hati jika membeli produk-produk seperti ini.

Berdasarkan undang-undang sedia ada, iaitu Seksyen 13 Akta Makanan 1983, mereka yang terlibat di dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya yang memudaratkan kesihatan adalah dianggap sebagai melakukan suatu kesalahan.

Dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya anda sebagai pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, bolehlah menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian yang terdekat.

Anda juga boleh hubungi pihak KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau menerusi laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di pautan berikut - www.facebook.com/bkkmhq seandainya terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.

Jika anda lihat daripada kenyataan akhbar oleh KKM dan juga video yang saya selitkan tu, ternyata kebanyakkan jenama sardin atau mackerel dalam tin yang didapati mengandungi cacing adalah produk yang diimport dari luar negara. Menurut beberapa laporan berita yang saya lihat, produk tersebut dipercayai diimport dari China.

Pun begitu, adalah lebih baik supaya diperiksa terlebih dahulu, sebelum kita masak ye. Manalah tahu kan .. lebih baik berwaspada dan berhati-hati.

Huhu .. seriau gak bila dapat tahu dari kenyataan akhbar KP Kesihatan tu, jenama Cinta, King Cup dan TC Boy sebelum ini ada didapati mengandungi cacing .. uhh jenama kesukaan saya kot tu .. huhu.

Sumber: Blog KP Kesihatan

Post a Comment

10 Comments

  1. Dah lama tak makan sardin sejak naik harga ni tapi tak sangka banyak jugak cacing membiak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sahabat saya beritahu, cacing ni mungkin baru menetas dari telur ... yelah, ikan kan ke makan macam2 ...

      Delete
  2. Syukur tak makan sardin...hehehe...

    ReplyDelete
  3. erkk ngerinya.. nasib baik mama x makan semua brand tu

    ReplyDelete
  4. Adoi loya tekak bila baca berita tentang ni, memang tak sanggup tengok video.. Biasa LZ guna sardin Adabi tapi kalau makan roti sardin di restaurant tak tahu pula jenama apa yang digunakan. Biasa mereka guna sardin murah untuk untung lebih.. Lepas ni memang no more roti sardin, huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... saya pun tgh berkira-kira pasal nak makan ikan sardin ni. Wife saya memang tak suka ... :)

      Delete
  5. bahayanya.. nasib baik dah lama jugak tak makan sardin..


    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  6. alahai kita dah la penggemar sardin, dapat tahu berita nih terus loya nak makan.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.