Aha .. baru ni, kecoh isu mengenai ada yang bergaya raya dengan sanggup menyewa kereta mewah sehingga puluh ribu ringgit seminggu. Ia sesuatu yang agak mengejutkan pada saya memandangkan selalunya kaedah beraya begini boleh dianggap sebagai satu pembaziran luar biasa.
Bergaya Raya Sakan Dengan Menyewa Kereta Mewah Sehingga RM10K Seminggu
Sejak dua menjak ni, trend menyewa kereta mewah untuk berhari raya sudah semakin popular, terutama di kalangan mereka yang bekerja di bandar-bandar metropolitan. Gaya hidup yang mementingkan untuk nampak mewah, megah dan bergaya di hari raya ini semakin menjadi-jadi apabila ada yang sanggup menyewa kereta mewah sehingga RM19,000 seminggu!Lifestyle Apakah Ini Sanggup Membazir Duit Sebegitu Rupa?
Fuh .. alangkah baiknya andai harga sewaan RM19,000 itu digunakan untuk keperluan yang lebih baik dari semata menyewa sebuah kereta BMW mewah untuk hari raya?Kalau sewaannya dari lingkungan RM1000 hingga RM2000 tu, kira maaflah juga. Tapi ini sampai berhabis lebih RM10,000 hanya untuk kegunaan seminggu di hari raya, memang susah saya nak terima. Hmm ... mungkin ini gaya hidup orang-orang kaya dan banyak duit di ibukota tu kot.
Bayangkan, harga sewaan kereta dalam minggu-minggu raya tu untuk BMW - RM19,600 ... Toyota Vellfire sehingga RM14,000 seminggu dan Mercedes-Benz disewa pada kadar RM10,000 seminggu.
Menurut syarikat yang menyediakan servis sewaan kereta, seperti dilaporkan akhbar ... trend sebegini wujud apabila ada golongan yang mahu nampak lebih bergaya luar biasa di hari raya. Mana yang ada kereta biasa, mahu sewa kereta sederhana mewah... mana yang ada ada kenderaan sederhana mewah, mahu nampak lebih gah dengan menyewa kereta lebih mewah daripada apa yang dimiliki.
[Dah Baca?] Pengalaman Menyewa Kereta dengan KLEZcar Secara Online
Saya tak pasti apa sebabnya trend sebegini boleh menjadi satu kegilaan orang di zaman ini.
Tatkala ada di antara kita yang nak mendapatkan sepasang baju raya untuk anak-anak berharga RM30 sepasang pun dah nampak banyak rintangan, alih-alih wujud pula golongan manusia yang sanggup berhabis duit ribuan ringgit semata nak pakai kereta mewah selama seminggu di hari raya.
Oh manusia, mungkinkah syaitan yang dibelenggu itu waktu Ramadan sudah terbelenggu dalam jiwa dan hati manusia golongan ini?
Bukankah menyewa kereta mewah sehingga ribuan ringgit untuk tempoh terhad itu satu pembaziran yang nyata?
Salahkah balik kampung halaman dengan apa yang ada? Salahkah balik kampung tanpa kenderaan sendiri? Salahkah bertemu sanak sedara balik kampung dengan menaiki bas ekspress atau teksi sewa?
Zaman saya dulu, dari Kuantan nak ke Perak, kami sekeluarga naik bas ekspress di tengah malam nak tiba awal pagi raya untuk balik kampung. Dah tu, siap bawa ketupat lemang yang disimpan dalam kotak, diletakkan di tempat bagasi bawah bas ekspress.
Walau tak pernah ada kereta, taklah pula hari raya kami jadi tak meriah.
Mungkin ramai orang zaman sekarang sudah tiada roh semangat berhari-raya sebenar. Tak mahu nampak susah, tak mahu nampak kekurangan barangkali ...
Alangkah baiknya jika duit tersebut digunakan untuk buat jamuan hari raya, beri makan pada fakir miskin dan anak yatim ataupun meraikan sanak-sedara yang pulang ke kampung. Cer bagi duit raya RM100 seorang buat anak-anak kecil atau warga emas... uhh pasti duit yang guna menyewa sehingga RM19,000 seminggu tak terluak pun ....
Muncul di hari raya untuk tunjukkan kemegahan, kebanggaan dengan berkereta mewah .. mana hikmahnya? Apa manfaatnya?
Lainlah kalau kenderaan sedia-ada tu tak mampu nak bawa semua anggota keluarga pulang beraya... kenderaan 4 seaters kena sewa kenderaan 7 seaters .. tu bolehlah saya terima akal ... itupun cukup sekadar menyewa yang penuhi keperluan, dan tak perlulah nak megah dengan kenderaan mewah.
Lihat balik apa tujuan hari raya ini dari segi fahaman keimanan dan ketakwaan kita pada Allah S.W.T, dan bukan kerana kehendak nafsu yang sepatutnya dikekang erat di waktu bulan Ramadan.
banyak duit depa... janji dpt bergaya raya mereka...
ReplyDeleteIni salah satu pembaziran saja, alangkah baiknya sedekah atau simpan buat pelaburan untuk masa depan, tapi apa boleh buat duit mereka..kita mampu berhuhu saja lah
ReplyDeletesayangnyaa duitt. membaziaqqq betul.. baik buat deposit beli rumah ka, keta kee.. kan?
ReplyDelete10,000 dah boleh buat duit depo beli rumah dah
ReplyDeleteBaik bagi LeYa yang nak repair kereta LeYa problem ni ha.. Ekeke.. Adeh... pembaziran betul zaman sekarang ni..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.