Resepi Masak Ikan Sardin Tin Bujang ala House Husband

Resepi Masak Sardin Bujang ala House Husband. Cari kelainan pada rasa.

Resepi Masak Sardin Bujang. Hah .. ini sepatutnya bukan satu resepi, tetapi manalah tahu kot-kot ada yang tak reti nak masak ikan Sardin dalam tin .. ekekeke. Sardin dalam tin adalah antara menu serta resepi mudah yang semua orang boleh buat. Tak kira anak bujang teruna mahupun anak dara. Jika dah terdesak tak tahu nak berlaukkan apa, beli sahaja sardin dalam tin .. dan masuk je dalam kuali.

Tapi .. tak syok juga kalau buka tin terus terjunkan sardin tu dalam kuali, ye tak? Apakata ikut cara saya, cara House Husband masak ikan sardin dalam tin...huhu..

Kadangkala, rasa ikan sardin dalam tin tidak kena dengan anak tekak. Ada yang hanyir, ada yang ketulannya keras, ada pula yang hancur ... dari segi tu je .. dah buatkan sesetengah orang rasa malas nak makan sardin dalam tin, walhal ia antara resepi dan menu paling mudah nak dibuat.

Resepi Masak Sardin Tin Untuk Orang Bujang ala House Husband

Resepi Masak Sardin Dalam Tin Untuk Orang Bujang

Ok. Saya nak kongsikan sedikit cebisan kreatif untuk memasak ikan sardin dalam tin. Harap adalah yang sudi nak cuba nanti .... khususnya anak-anak dara yang baca blog saya ni .. hehehe (ada ke?).

Bahan-Bahan

  • Ikan Sardin Tin, cukup beli yang kecil. 
    • Saya lebih suka beli sardin tin yang tulis 'mackerel'. Ia lebih sedap. Jenama pula, saya suka pilih Ayam Brand, Rex dan King Cup. Tapi tengok juga tin macamana, kalau yang besar ... saya suka beli Ayam Brand dengan King Cup. Saya suka beli Rex sebab kilang dia dekat sini-sini je .. huhu.. so harganya agak murah berbanding lain.
  • 3-4 biji Cabai Masak
  • Dua biji Bawang Besar
  • Setengah inci Halia
  • Sebiji tomato
  • 2-3 ulas Bawang Putih
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu cili giling/cili boh
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • 1 sudu kecil air Asam Jawa

Cara Masak

  1. Hiris halua Bawang Besar, Bawang Putih dan juga Halia. Kalau saya, lebih banyakkan Bawang Besar.
  2. Masukkan minyak masak dalam kuali, dan panaskan.
  3. Tumis bawang dan halia. Masukkan juga potongan tomato.
  4. Bila dah naik bau wangi, masukkan sardin beserta sosnya sekali.
  5. Masukkan pula sos cili, sos tomato, dan cili giling.
  6. Masukkan sedikit air asam jawa. 
  7. Kacau dan tunggu sehingga mengelegak.
  8. Cuba rasa ... kalau perlu, tambah sedikit garam.
  9. Akhir sekali, masukkan cabai masak yang dah dihiris kasar.
  10. Siap.
Ini cara saya masak ikan sardin dalam tin .. khas untuk orang bujang yang mungkin nak cari kelainan dalam memasak dan mahu menambah perisa dalam resepi mudah masak ikan sardin dalam tin.

Rasa? Kalau korang ikut cara saya masak ni ... ikan sardin dalam tin korang akan ada rasa pedas-pedas dan masam manis (manis dari sos tomato).

Dan sebagai satu tips tambahan ... jangan kacau terlalu kasar .. kacau masakan dengan ayu, dengan api yang sederhana.

Nak lagi best ... anda boleh goreng ikan sardin dalam tin tu dengan minyak yang banyak ... huhu .... ini cara arwah Abah saya ajar .... sedap juga buat cara ni. :)

Orait. Semoga berjaya.

COMMENTS

BLOGGER
Sistem Saham
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,73,Abah Blogger,38,Advertorial,126,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,39,advertorial 2015,7,ARTIKEL KEHIDUPAN,10,ARTIKEL KEKELUARGAAN,7,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,150,Bicara Minda,72,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,76,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,56,Buat Duit Online,367,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,diskaun saman PDRM,2,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,818,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,334,FAKTA MENARIK,106,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,34,Giveaway,9,Hari Raya,57,Hartanah,59,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,607,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,59,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,36,Info GST,14,Informasi,564,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,9,Inspirasi,9,Inspiration,5,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,44,Kekeluargaan,128,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,92,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,58,KISAH KELUARGA,49,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,22,KONGSI PETUA,2,KTM,17,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,362,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,11,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,406,Panduan Adsense,19,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,4,PDRM,1,Pelaburan,24,Pendapat,31,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,78,Percutian Keluarga,14,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,18,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,54,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,524,Semesti,2,SENI,3,Shopping,129,Shopping Online,4,Sihat Cantik,9,SIHAT SOKMO,18,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Menarik,194,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,112,Tips Blogging,323,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,54,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,48,widget blog,35,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,114,Work From Home,13,
ltr
item
BLOG HASRULHASSAN.COM™: Resepi Masak Ikan Sardin Tin Bujang ala House Husband
Resepi Masak Ikan Sardin Tin Bujang ala House Husband
Resepi Masak Sardin Bujang ala House Husband. Cari kelainan pada rasa.
https://1.bp.blogspot.com/--k9Nvi8Yocg/WBlAOiX5UZI/AAAAAAAAV0c/DWHfouXx9mEfm7pbJpffBD2dljIGZvoaQCLcB/s1600/Masak%2BSardin%2BTin%2BSempoi%2BAla%2BHouse%2BHusband.jpg
https://1.bp.blogspot.com/--k9Nvi8Yocg/WBlAOiX5UZI/AAAAAAAAV0c/DWHfouXx9mEfm7pbJpffBD2dljIGZvoaQCLcB/s72-c/Masak%2BSardin%2BTin%2BSempoi%2BAla%2BHouse%2BHusband.jpg
BLOG HASRULHASSAN.COM™
https://www.hasrulhassan.com/2016/11/resepi-masak-sardin-bujang.html
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/2016/11/resepi-masak-sardin-bujang.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Muatkan Semua Post Tidak ditemui sebarang post PAPAR SEMUA Seterusnya Balas Batal balas Padam Oleh Utama LAMAN POST Papar Semua PILIHAN KHAS UNTUK ANDA TAG ARKIB SEARCH SEMUA POST Tidak ditemui sebarang post berkaitan Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis sebentar tadi 1 minit lalu $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Semalam $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy