Tuesday, March 13, 2018

Sup Ikan Merah, Ikan Merah Goreng dan Masak Lemak Jantung

HASRUL HASSAN Online Blog

Antara hidangan menu tengahari yang best, Sup Ikan Merah, Ikan Merah Goreng dan Jantung Pisang Masak Lemak. Fuh .... ada lauk dan ada sayur. Kira makanan seimbang la kan? Ekekekekekee...

Menu Mudah - Sup Ikan Merah, Ikan Merah Goreng dan Masak Lemak Jantung

Ni antara hidangan yang pernah saya masak untuk keluarga di rumah. Apabila dah biasa masuk ke dapur dan sering memasak, in Sha Allah, kerja-kerja memasak macam menu tu tak akan berasa susah.
Sup Ikan Merah
Sup Ikan Merah, Ikan Merah Goreng dan Masak Lemak Jantung
Bagi para suami, jangan risau pasal sedap ke tak menu masakan tu, percayalah .. kalau dah selalu ke dapur, masakan akan jadi perfect. Yang penting ialah, kena memasak dengan penuh kasih sayang, itu sebab masakan ibu kita sentiasa rasa sedap.

Dalam banyak-banyak resepi, masak Sup Ikan Merah adalah antara kelebihan saya. Hatta isteri dan emak saya pun tak berapa nak pandai sangat masak Sup Ikan Merah ni.

Setiap kali saya bawa Ikan Merah yang dibeli dari pasar, pasti keluarga saya akan minta saya masakkan Sup Ikan ni. Memang sangat jaranglah, samada isteri atau emak saya nak masak menu ni.

Ketika isteri saya sedang berpantang, dan ketika emak saya demam, menu ini antara yang paling kerap saya masak. Bukan sekadar mudah nak sediakan, tetapi juga cepat. Tak macam nak masak Sup Daging yang perlukan daging tu empuk baru best menikmatinya.

[Dah Baca?] Menu Khas Untuk Isteri Pantang Bersalin

Rahsia Masak Sup Sedap

Sup Ikan Merah Sedap
[post_ads]
Jika nak masak Sup Ikan Merah, benda paling penting ialah menggunakan ikan yang segar. Kalau ikan tu dah lama, sup akan jadi tak berapa sedap dan tawar. Ikan Merah segar inilah yang memberikan rasa tu.

Ketika menumis, gunakan sedikit sahaja minyak. Lepas tu, bahan menumis tu juga mesti dah dimesin dengan sangat halus. Buah Keras adalah satu kemestian, begitu juga dengan ikan bilis yang dicampur ke dalam bahan-bahan seperti bawang, halia untuk dikisar.

Masak Lemak Jantung Pisang - Tak Susah Mana Pun

Untuk menu Jantung Pisang Masak Lemak, ia sama je macam membuat resepi masak lemak yang lain, cuma bahan utama bukan ikan, bukan daging, bukan pucuk paku, tetapi Jantung Pisang. Jantung Pisang ni perlu dirincik halus supaya mudah nak makan.

Aha ... semua asas memasak sesuatu menu tu sama je, cuma beza adalah bahan utama.
Ikan Merah sedap digoreng
Ikan Merah Goreng memang sedap makan panas-panas. Ikan Merah adalah spesies atau jenis ikan yang sedap digoreng. Kalau anda pergi ke kedai makan, mesti akan ada menu Ikan Merah Goreng atau Ikan Kerisi Goreng.
[post_Ads_2]
Agak-agak tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari, bolehlah cuba kombo menu di atas tu ye. Jangan lupa, sediakan juga Sambal Belacan atau Sambal Tumis untuk dikenakan dengan Masak Lemak Jantung tu .. fuh .. baru terangkat.

Rasa panas berpeluh, hirup Sup Ikan Merah ... nyummm .. nyumm ...

Sup Ikan Merah, Ikan Merah Goreng dan Masak Lemak Jantung Hasrul Hassan 4.5 of 5
Antara hidangan menu tengahari yang best, Sup Ikan Merah, Ikan Merah Goreng dan Jantung Pisang Masak Lemak. Fuh .... ada lauk dan ada sayur....

Artikel Terkait

2 Komen

Sedapnyaaaa..ok dah dapat idea dah nak masak apa untuk bekal esok

Ohh .. esok bawak sup? Alhamdulillah, bagus makan sup ni.

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon