Kalau anda biasa memasak, terutama sekali menggoreng; ini mungkin post yang tidak mungkin menarik minat anda. Tetapi, jangan tak tahu ... ada juga insan yang tak tahu jenis ikan yang dijual di pasar, apatah lagi mengetahui jenis ikan yang sedap digoreng. Yelah, resepi paling ringkas yang senang nak disediakan ialah ikan goreng, nak nak kalau ikan goreng itu dimakan bersama nasi panas serta ulam segar dan sambal belacan .. perghh terangkat kening ooo dibuatnya.

Bukan semua ikan itu sedap untuk digoreng. Ada ikan apabila digoreng akan lunyai, akan jadi kering, dan banyak juga yang menghasilkan banyak minyak. Namun, ia juga bergantung dengan selera orang. Apapun, saya suka nak berkongsi pengalaman sebagai seorang house husband yang gemar menggoreng ikan. Apakah spesies atau jenis ikan yang paling sedap digoreng? Meh lihat pilihan saya ...

12 Jenis Ikan Sedap Digoreng

Ikan Kembong atau Mabong

Ikan ini memang sedap digoreng tak kira saiz. Jika mengoreng ikan kembong yang bersaiz kecil, gunakan api bersaiz sederhana agar ikan tidak nampak kering atau terlalu garing .... nanti hilanglah manis rasa ikan. Saya lebih suka menggoreng ikan Mabong, spesies kembong saiz besar yang juga sangat sesuai dibuat gulai masak lemak tempoyak atau cili api.

Ikan Kerisi

Ikan ini memang menjadi pilihan utama kalau saya nak menggoreng ikan. Bukan sahaja sedap, malah ia kena dengan selera andai dijamu bersama masak lemak pucuk paku, ulam-ulam dan sambal belacan. Ada yang suka menggoreng ikan ini sehingga rangup ... tapi awas ... agak bahaya untuk anak-anak jika tidak berhati-hati sebab apabila terlalu rangup, isinya akan jadi sedikit keras; dan jika silap boleh mencederakan gusi.

Ikan Rebus atau Lengat

Ikan Rebus memang sedap kalau digoreng atau dimasak sambal. Di sesetengah negeri, ada masakan Nasi Goreng Ikan Rebus lagi ... Ini disebabkan oleh rasa ikan rebus yang sedikit masin. Tak perlu menggoreng menggunakan serbuk kunyit, cukup hanya dengan membuang isi perut ikan ini, dan goreng dengan minyak yang sedikit. Untuk memudahkan anda buang isi perut, masukkan dulu ke dalam petiais ruang sejuk beku. Ikan Rebus dihasilkan dari ikan kembong, dan selalunya dari saiz sederhana besar.

Ikan Keli

Ikan Keli memang sesuai digoreng ... disebabkan ia ikan sungai, maka ia agak berlemak ... maka proses menggoreng perlu berhati-hati kerana ada masa ia akan 'meletop'. Anak-anak saya memang sukakan Ikan Keli Goreng. Sesetengah orang, akan tambahkan sambal tumis untuk jadikan ia lebih kick ... Di Parit Buntar, ikan keli goreng madu sangat disukai ramai, dan menjadi antara menu menarik di Nasi Kandar Ali - Nasi Kandar Beratur yang terkenal di Malaysia.

Ikan Talapia

Ikan ini selain sedap dipanggang, ia juga sedap jika digoreng. Seperti mana ikan keli, rasanya agak lemak manis. Andai ikan Talapia anda agak berbau hamis dan hanyir, cuba goreng sehingga rangup dan jadikan ia gorengan bersambal ... in Sha Allah, ia pasti menyelerakan. Ikan Talapia ada beberapa jenis, tetapi jenis yang popular ialah Ikan Talapia Merah dan Ikan Talapia Hitam. Ikan Talapia Merah (Putih), rasanya lebih sedap berbanding Ikan Talapia Hitam.

Ikan Kerapu

Ikan Kerapu bersaiz kecil dan sederhana memang sedap kalau digoreng. Andai ia bersaiz besar,  boleh digoreng dan dijadikan masakan Tiga Rasa atau Sweet Sour. Isinya yang kenyal juga sesuai untuk dijadikan gulai, terutama masak lemak cili api dan juga kari. Ikan kerapu yang bersaiz besar tidak berapa sedap digoreng kerana isinya agak keras, lebih sesuai untuk sup.

Ikan Jenahak

Seperti juga Kerapu, saiz sederhana ke bawah sahaja yang sedap untuk digoreng. Kalau besar, elok dijadikan gulai kari. Sangat sesuai untuk menggoreng bagi masakan Tiga Rasa atau Sweet Sour. Ia juga sesuai untuk dipanggang.

Ikan Bawal

Di sesetengah tempat, masakan Ikan Bawal Goreng Tepung agak popular dan digemari ramai. Apatah lagi andai ia dihidangkan panas-panas. Bagi saya, saya lebih suka menggoreng ikan Bawal yang bersaiz kecil iaitu dari jenis Ikan Bawal Putih. Sedap digoreng sehingga rangup dan makan seperti memakan keropok. Manakala ikan Bawal Emas, dan Bawal Hitam selalunya digoreng untuk dijadikan masakan Sweet Sour.

Ikan Nyok-Nyok

Saya suka menggoreng ikan ini, dan jadikan ia sebagai bahan untuk Masak Asam. Saya pernah sediakan resepi mudah Ikan Nyok-Nyok Masak Asam yang kini menjadi antara menu sedap kami setiap minggu. Boleh dikatakan ia merupakan resepi mudah turun-temurun, dari emak saya .. memang lazat ... terbaik.

Ikan Selar Kuning

Ikan Selar .. ikan yang sangat mudah didapati di pasar. Ikan ini memang tak ada resepi lain dah yang lebih sedap selain digoreng.

Ikan Sardin

Seperti juga ikan Selar Kuning, ikan Sardin sesuai untuk digoreng ... dan boleh juga dijadikan ikan alternatif untuk dijadikan bahan utama Masak Asam. Ada juga yang jadikan ikan ini untuk menu Asam Pedas. Sangat sesuai untuk dijadikan isi ikan untuk membuat kuah laksa.

Ikan Bilis

Ahhh .. ikan ni tak yah cerita ... memang sedap kalau digoreng, lagi-lagi ikan bilik Tamban ... :) boleh divariasikan menjadi sambal bilis. Mudah, memang mudah .. dan pada masa sama menyelerakan dan menjadi hidangan bajet terbaik.

[Baca] Rahsia Menjadikan Sambal Tumis Ikan Bilis Sedap Menyelerakan

Orait. Sebenarnya hampir semua ikan yang dijual di pasar boleh dijadikan ikan goreng. Cumanya nak menggoreng itu kena gunakan teknik berbeza. Ada yang kena guna api kecil, ada api sederhana.. dan ada yang sedap digoreng jika menggunakan api besar.

Goreng adalah cara asas untuk menyediakan lauk. Jika tak pandai menggoreng ... saya fikir memang ada yang tak kenalah. Cukup hanya ketahui dua benda - masak nasi dan goreng ikan .. in Sha Allah, orang muda yang baru berkeluarga boleh survive dan berjimat.



16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Fida suka ikan temenung..memang boleh ratah biarpun 5 ekoq..hahaha

    ReplyDelete
  2. ikan sepat satu lagi bang sedap...aummmm

    ReplyDelete
  3. SA tak kisah ikan apa kalau goreng sedap je..baru2 ni SA suka ikan tamban yang baru naik dari laut..beli kat nelayan..goreng garing sedap betul cuma kena hati2 sebab ikan ni banyak tulang

    ReplyDelete
  4. tengok ikan goreng pon dah terliuq nie. haha

    ReplyDelete
  5. ikan goreng lauk simple tetapi menyelerakan

    ReplyDelete
  6. Ikan yang paling Mrs. A suka goreng aje ikan kembong yang besar-besar tu. Kalau makan nasi dengan itu pun aje dah cukup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya .. Mabong .. badan ada sikit warna hijau .. baru sedap.

      Delete
  7. Xpandai pakai api selain medium...semua kasik.medium je

    ReplyDelete
  8. Xpandai pakai api selain medium...semua kasik.medium je

    ReplyDelete
  9. Wahh.. mmg sesedap ikan2 tuh.. dapt pulak mkna ngan nasik panas yang lelembek.. perhh....

    ReplyDelete
  10. terima kasih tuan tanah HH... sekarang ni saya baru berjinak-jinak dalam hobi memasak...keluar pula post macam ni...memang terbaik =)

    ReplyDelete
  11. Ikan jenahak tak pernah rasa lagi kalau digoreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan Jenahak orang suka masak stim, dan 3 rasa. 3 rasa atau sweet sour ikan mesti kena goreng dulu kan? Huhuhu .. panggang pun banyak orang buat

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement