Tuesday, March 13, 2018

12 Tips Panduan Cegah Kulit Kering

Tips Untuk Cegah Kulit Menjadi Kering. Ada masalah dengan kelembapan kulit anda? Boleh cuba tips ini. Saya pun sering alami masalah serupa. Kulit kering akan menjadikan kita nampak macam manusia bersisik, dan tidak bermaya. Jadi bagaimana cara mudah untuk merawat dan mencegah kulit seperti ini?

Tips Mencegah Kulit Kering

12 Panduan Mencegah Kulit Kering

  1. Kulit kering memerlukan penjagaan yang lebih teliti berbanding jenis kulit yang lain. Ini kerana kulit kering memerlukan pelembap serta urutan yang lembut secara teratur untuk meningkatkan peredaran darah dan mengaktifkan kelenjar yang menghasilkan sebum.
  2. Sebaik mencuci wajah, lapkan wajah anda secara lembut. Jangan cuba mengeringkan kulit kering anda itu dengan cara menggosok secara kasar.
  3. Gunakan krim pelembap pada waktu malam iaitu sebelum tidur. Krim yang lebih bagus serta sesuai untuk kulit kering ialah jenis losen kerana produk ini memiliki kandungan minyak yang lebih banyak.
  4. Sapukan krim atau minyak bayi selepas mandi. Cara ini dapat membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit anda. Salah satu cara lagi untuk mengekalkan kecantikan kulit termasuklah menyapu krim susu pada waktu malam iaitu sebelum tidur.
  5. Kulit kering boleh mencepatkan penghasilan kedutan. Gunakan krim di sekitar bahagian mata dan mulut. Kedua-dua bahagian ini merupakan tempat paling awal untuk kedutan muncul.
  6. Ylang ylang, mawar, cendana dan chamomile merupakan antara minyak pati yang berkhasiat untuk mendapatkan kulit yang halus.
  7. Sental sel kulit mati sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  8. Pilihlah pelembap yang memiliki kandungan minyak yang tinggi. Sekiranya anda memiliki kulit wajah yang sangat kering, pelembap yang mengandungi minyak dalam jumlah tinggi akan bekerja dengan baik untuk kulit anda. Namun, jika tahap kekeringan kulit wajah sederhana, anda harus menggunakan pelembap yang sedikit kandungan minyaknya serta yang berasaskan air.
  9. Dapatkan produk yang dapat membantu memperbaiki kulit wajah. Beberapa jenis produk yang boleh meningkatkan kecantikan kulit iaitu losen, pelembap, penyegar,cecair penanggal solekan dan skrub wajah. Jika kulit kering gunakan produk yang tertera ’untuk kulit kering’ atau ‘untuk kulit sensitif’.
  10. 12 Tips Panduan Cegah Kulit Kering
  11. Jauhi produk jenis sabun yang akan menyebabkan kulit bertambah kering. Kebanyakan sabun mandi boleh menyebabkan kulit kering. Mungkin ada yang sesuai dengan sabun tertentu tetapi belum tentu sesuai dengan kita kerana setiap orang memiliki tahap sensitiviti kulit yang berbeza. Kebanyakan sabun mengandungi sodium lauryl sulfate atau bahan pembuat buih sabun yang boleh menyebabkan kulit kering .Anda boleh memilih sabun yang disesuaikan dengan jenis kulit dan mengandungi pelembap yang baik untuk kulit kering.
  12. Elakkan mandi terlalu lama. Menggosok sabun pada kulit terlalu lama juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Malah, penggunaan air panas untuk mandi juga boleh menyebabkan kulit kering.
  13. Gunakan air yang bersih. Apabila air dipersekitaran anda kualitinya adalah kurang baik ser ta mengandungi bahan berbahaya untuk kulit seperti logam berat, cubalah saring terlebih dahulu dengan alat-alat penyaring air bersih.
Dapat sesuatu dari perkongsian ini tak? Amalkan mana yang baik tu ye. Lelaki pun patut memelihara kesihatan kulit. Kulit adalah salah satu organ tubuh yang Allah S.W.T kurniakan, jadi berikan hak sepatutnya.

12 Tips Panduan Cegah Kulit Kering Hasrul Hassan 4.5 of 5
Tips Untuk Cegah Kulit Menjadi Kering . Ada masalah dengan kelembapan kulit anda? Boleh cuba tips ini. Saya pun sering alami masalah serupa....

Artikel Terkait

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon