13 March 2018

Dah Update Lazada App? Ada diskaun 15%

Anda kaki shopping online di Lazada? Ok, jika ya .. maka cepat-cepat update atau muat-turun aplikasi Lazada (Lazada app) untuk menikmati diskaun sebanyak 15% menerusi kod baucer yang disediakan.

Kod diskaun baucer Lazada ini hanya boleh digunakan untuk pembelian menerusi aplikasi Lazada sahaja. Jadi, jika belum muat-turun, baik anda muat-turun secara percuma di Google Play dan App Store.

Kod Baucer Diskaun 15% Selepas Update Lazada App

Update Lazada App dapat kod baucer diskaun 15%
Saya dan isteri selalu gunakan Lazada App kalau nak shopping beli barang di Lazada. Tawaran menerusi Lazada App agak berbeza sedikit dengan apa yang disediakan di laman web rasmi shopping online Lazada Malaysia.

Kalau anda dah muat-turun dan update Lazada App, gunakan kod baucer disertakan ini:

'ILIKENEWAPP' untuk tebus diskaun sebanyak 15% (maksima RM20).
Kod Baucer Diskaun 15% Selepas Update Lazada App
[post_ads]
Saya memang seronok dapat baucer diskaun ni. Ia datang tepat pada waktunya, sebab saya memang nak beli sesuatu dari Lazada.

Apatah lagi, sekarang ni ada kempen shopping online sempena Matta Fair 2018.

Saya nak beli beberapa keperluan untuk memburu ikan Kelah di Taman Negara Pahang bersama rakan-rakan sekolah lama saya nanti, pada 23-26 Mac 2018.

Keperluan yang saya target nak beli tu adalah beg galas untuk tujuan masuk hutan dan perkhemahan. Harap ada tawaran menarik dengan harga mampu di Lazada App untuk beli beg tu nanti.
[post_ads_2]
Ada sesapa nak shopping online dan dapatkan tawaran menarik sempena Matta Fair 2018, bolehlah gunakan kod diskaun baucer tu ye. Update dulu Lazada App, baru boleh guna untuk diskaun sebanyak 15%.

Cara Muat Turun Lazada App

Tak tahu bagaimana nak muat-turun Lazada App ke smartphone anda?

Orait, pergi ke laman web Lazada Malaysia (klik), anda nampak 'Get The App' di bahagian atas laman web tu, lepas tu klik dan isikan nombor telefon bimbit anda. Ia akan hantar satu pautan khas terus smartphone anda untuk donwload. Mudah je.
Cara Muat Turun Lazada App
Moga ada manfaat untuk anda yang kaki shopping tu .. huhu.

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

2 Komen

wah
15% tu
okay juga diskaun nya
nak kena update nih

Yehh... saya dah guna dah. Tunggu barang sampai je.

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon