Bahaya Hubungan Kelamin Ketika Isteri Dalam Tempoh Berpantang Bersalin

Samada percaya atau tidak, ada ibu-ibu muda zaman sekarang yang ambil mudah soal berpantang selepas bersalin. Paling mengecewakan saya, ada pulak wujudnya produk set selepas bersalin yang mempromosikan sesuatu yang menjadi tegahan - contohnya 'boleh bersama suami selepas 14 hari' atau 'boleh buat kerja rumah selepas 20 hari'.

Come on, ini soal kesihatan dalaman, bukan setakat luaran. Mungkin dari segi fizikal luaran nampak okey je, tapi bahagian organ dalaman tu tak siapa tahu .... yang pastinya ialah kesihatan dalaman ambil masa untuk pulih.

Bahaya Hubungan Intim Ketika Berpantang Selepas Isteri Bersalin

Bahaya Hubungan Intim Ketika Berpantang Isteri Bersalin
Zaman sekarang sudah terlalu moden, sehinggakan banyak amalan berpantang tradisional dilupakan oleh ibu-ibu muda yang berpantang selepas bersalin. Mereka sudah tidak ambil berat soal tertib dan adab dalam berpantang ini.

Ramai ibu muda yang tidak lagi ikut pesanan orang tua lama. Tiada rasa risau dan takut akan bahaya yang mungkin terjadi di kemudian hari. Semuanya diambil mudah.

Jika ibu itu bekerjaya, kalau boleh mereka mahu habiskan waktu pantang bersalin awal. Ada tu siap dah rancang dari awal sebelum kelahiran bayi lagi.
Bahaya Hubungan Intim Ketika Berpantang Isteri Bersalin
[post_ads]
Ada yang rancang mahu bersalin cara pembedahan, kononnya mahu berpantang lebih pendek dan kembali bekerja. Ada juga yang kononnya mahu cepat 'bersama' suami dengan alasan suami susah dan jarang bertemu kerana bekerja luar kawasan.

Soal nifas dibuat perkara yang diambil mudah, walhal ia sesuatu yang sangat-sangat penting diambil peduli secara serius; baik untuk si ibu yang sedang berpantang mahupun si suami.

Kurang 30 Hari Dah Berjalan Merata

Saya pernah lihat, ada ibu muda yang baru sahaja berpantang kurang 30 hari sudah merayap ke shopping compleks, buat kerja-kerja berat mengemas rumah, naik kereta ke sana ke mari dan bersiar-siar waktu malam. Soal pemakanan pun ambil mudah je. Makan ikut selera dan keinginan seolah bukan dalam berpantang.

Tempoh nifas tak sama seperti tempoh haid. Ia berbeza dan boleh datang mudarat di kemudian hari yang akan membuatkan si ibu atau isteri menyesal tak sudah.

Ehemm ... Suami perlu prihatin dan ambil tahu. Ini bukan perkara yang hanya terletak di bahu isteri anda.

Bahaya jika ambil mudah, contohnya melakukan hubungan intim ketika isteri masih berpantang, walaupun si isteri menjalani proses kelahiran bayi secara pembedahan. Jangan paksa isteri. Jangan mudaratkan isteri. Kekang sikit nafsu tu. Nak juga ...buat cara lain.

[Dah Baca?] 7 Manfaat Hebat Melakukan Hubungan Kelamin Berkualiti untuk Pasangan Suami Isteri

Jika nasihat ini tidak diambil peduli, nanti akan datang isteri dan ibu-ibu muda yang tidak endahkan larangan dan adab dalam berpantang yang akan terima padah.

Mudah Sakit Sendi dan Boleh Lumpuh

Tahu tak, jika ambil mudah soal berpantang bersalin ni, akibatnya nanti ibu-ibu ini mudah diserang sakit-sakit badan dan sakit sendi seperti arteritis, rhuematoid arteritis juga reumatisme. Malah ada juga di kalangan mereka ini diserang masalah terencat urat besar atau urat sum di bahagian pinggul yang mengganggu pergerakan.

[Dah Baca?] Menu Sihat Nasi Lemuni Untuk Ibu Pantang Bersalin

Lagi malang mereka boleh menderita seumur hidup. Ada sesetengah kes, si isteri atau ibu yang baru lepas pantang bersalin (tak ikut cara sepatutnya) diserang penyakit lumpuh dan terpaksa berkerusi roda seumur hidup.

Nak jadi begitu?

Tahu apa bahaya jika melakukan hubungan kelamin ketika dalam pantang? Si ibu muda dan suami perlu ambil ingatan berikut:

  • [col]
    • Hal yang paling tragis ialah bila dalam pantang melakukan aktiviti ‘bersama’ ini. Tindakan ini boleh merosakkan saluran bahagian intim, pintu rahim dan rahim secara keseluruhannya kerana rahim masih lagi uzur dan dalam keadaan lemah. 
    • Urat saraf, otot-otot juga tisu saluran bahagian intim belum bersedia lagi menerima untuk melakukan pergerakan kuat dan geselan. Ini boleh mengakibatkan masalah turun darah, peranakan rendah, terkeluar rahim atau tombong!

Sebagai suami, pastinya tak mahu masalah di atas berlaku pada isteri tercinta anda, bukan?
Berpantang bersalin
Pesanan saya buat ibu dalam pantang supaya merawat dan menjaga diri sebaik mungkin. Mohon suami anda sedar dan faham akan kemampuan yang terbatas ini. Beritahu suami anda, apa yang anda sedang lakukan dalam waktu berpantang adalah untuk keintiman di masa hadapan.

[Dah Baca?] Bahaya Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Secara Caesarean

Beri masa untuk diri sendiri sihat segar pulih sebaiknya. Bahaya fikir anda sudah cukup sihat sebelum tempoh berpantang anda tamat. Jangan kita rasakan kita ini sihat. Padahal urat dan dalaman belum lagi pulih sepenuhnya.

Tak perlu segan untuk mohon kerjasama suami serta keluarga.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat dijadikan pedoman berguna buat anda, baik kepada isteri atau ibu yang baru lepas melahirkan anak mahupun untuk si suami.

Post a Comment

2 Comments

  1. perkongsian amar bermmanfaat.

    moga memberi info kepada pasangan muda..

    pasangan tua dah boleh tersenyum kerana tiada pantang lagi..

    kecuali pantang diajak pasti mau..!

    ReplyDelete
  2. kena jaga time pantang.
    asben kena faham. bantu. support.
    sekarang memang x nampak efek kalau tak jaga-jaga.
    nanti tua, hah baru tau susah bila badan x sihat!

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.