7 Manfaat Hubungan Kelamin Berkualiti Untuk Bahagia Suami Isteri
Samada anda mahu terima atau tidak, salah satu faktor yang mengukuhkan hubungan suami isteri, sudah tentu hubungan kelamin atau seks! Kajian turut membuktikan seks yang berkualiti dan hebat adalah salah satu faktor kekuatan satu-satu rumahtangga untuk bertahan lama, mesra, bahagia dan setia.Walaupun tak ramai mahu berbicara mengenainya, namun saya percaya ramai yang akan angguk bila saya katakan bahawa hubungan kelamin yang berkualiti dan memuaskan pasti akan membuatkan hubungan kasih sayang antara pasangan itu bertambah kuat.
Angguklah tanda setuju. :)
Hmm ... Cuba anda ikuti beberapa kes penceraian yang berlaku di Malaysia.
Sebagai pasangan yang berkahwin, anda patut tahu antara penyebab yang menjadi 'bahan' untuk penceraian adalah kerana ketidakmampuan pasangan untuk mengendalikan kehendak seksual pasangan mereka. Tak kira lelaki mahupun perempuan.
Hubungan kelamin dalam rumahtangga bukan satu kehendak tetapi keperluan penting untuk memenuhi tuntutan batin pasangan masing-masing. Sebagai pasangan anda harus sedar perkara ini, dan paling penting memastikan bahawa hubungan kelamin antara anda dan pasangan adalah yang terbaik dan memuaskan keperluan.
[Tips] Nak tips dan rahsia kebahagiaan 'sebenar' dalam hubungan kelamin? Dapatkan info percuma di Rahsia Fridaus.
Dalam agama sekalipun, ia adalah perkara wajib dipenuhi oleh pasangan masing-masing. Ia sangat penting dan tidak boleh diendahkan begitu sahaja. Anda wajib untuk berikan hubungan kelamin yang best, sedap, puas atau dengan kata lain berkualiti kepada pasangan jika menuntut untuk kekal bahagia bersama.
Ketahui Apakah 7 Manfaat Diperoleh Suami Isteri Menerusi Hubungan Kelamin Berkualiti
Sebenarnya, hubungan kelamin atau seks bukan sekadar untuk penuhi tuntutan batin.Dengan hubungan kelamin yang berkualiti, banyak kesan positif kepada suami mahupun isteri. Usah anggap seks menguntungkan satu pihak sahaja. Ianya tidak benar sama sekali! Hubungan kelamin juga sebenarnya memberikan lebih manfaat kepada kita.
Ingin tahu manfaat-manfaat tersebut?
Memulihkan Kesihatan Jantung
Menurut Journal of Epidemiology & Community Health, hubungan seks akan memberi manfaat kepada kesihatan jantung. Jurnal tersebut menyatakan bahawa hubungan kelamin sekurang-kurang dua minggu sekali menurunkan risiko serangan jantung di kalangan lelaki.Malah, seks yang dikaitkan dengan strok sebelum ini adalah sebenarnya satu mitos.
Perbaiki Deria Bau
Jangan anda gelak dengan kenyataan ini. Hubungan kelamin turut memberi kesan positif pada deria bau. Usai hubungan seks, tubuh akan menghasilkan dan meningkatkan hormon prolaktin, yang mana sel tunjang di bahagian otak akan mencipta sel saraf baru pada bahagian olfaktori otak yang juga dikenali sebagai pusat deria bau.Kalau anda nak tahu, pasangan yang telah mendapat dan menerima hubungan kelamin yang berkualiti akan sentiasa berbau wangi dan harum. Malah, rumah kediaman dan bilik tidur mereka juga akan berbau harum dan menyenangkan. Itu tanda bahawa deria bau menjadi semakin baik dan lebih sensitif.
Meningkatkan Imunisasi
Hubungan kelamin yang sihat juga boleh meningkatkan imunisasi tubuh. Melakukan hubungan kelamin paling minima dua kali seminggu mempunyai hubungkait dengan peningkatan antibodi dikenali sebagai immunoglobulin A atau IgA yang bertindak melindungi daripada sejuk dan jangkitan lain.Malah, saya pernah membaca, hubungan kelamin yang berkualiti dapat hindarkan penyakit biasa berlaku seperti selsema dan demam. Kalau pasangan anda ada masalah selsema dan demam, cubalah untuk melakukan hubungan kelamin ... hehe. Tapi janganlah kasar-kasar pula ye.
Membakar Kalori
Fakta sains menunjukkan bahawa hubungan kelamin yang terjalin selama setengah jam akan membakar lebih 85 kalori dalam tubuh. Bunyinya memang sedikit, tetapi jika dikira-kira dalam jangka masa setahun, banyak juga jumlah kalori yang berjaya dibakar, malah anda mungkin boleh kehilangan satu atau dua paun hanya dengan melakukan hubungan kelamin.Menurut Presiden Persatuan Terapi dan Pembimbing Seksualiti Amerika, Dr Patti Britton; beliau mengatakan seks adalah senaman terbaik kerana ia merangsang fizikal dan minda.
Ini adalah senaman paling mudah dan paling 'sedap' dilakukan. Jadi kenapa tidak dibuat sekerap yang boleh? Mana tahu, tubuh anda mungkin akan kelihatan lebih sado atau lansing selepas kerap berhubungan kelamin dengan pasangan.
[post_ads]
Redakan Stress
Menurut kajian di Scotland, menerusi jurnal Biological Psychology antara kebaikan utama hubungan kelamin berkualiti ialah ia menurunkan tekanan darah dan juga mengurangkan stress. Kajian yang dijalankan ke atas 24 orang wanita dan 22 orang lelaki itu mendapati mereka yang menjalankan hubungan kelamin mempunyai respons komunikasi yang lebih baik.Pasangan akan jarang marah-marah dan lebih tersenyum. Keputusan yang dibuat antara pasangan juga menjadi lebih baik dan tepat.
Malah, menurut kajian tersebut pelukan juga memadai untuk menurunkan tekanan darah di kalangan wanita.
Aha, buat para suami sekalian, jika anda nampak isteri anda seolah stress, cubalah peluk dan belai mereka. Pasti selepas itu, pasangan akan tersenyum manis pada anda dengan renungan yang mempesonakan.
Tingkatkan Keyakinan Diri
"Hubungan seks juga boleh meningkatkan keyakinan diri," itulah kenyataan Gina Ogden, pakar terapi seks di Amerika Syarikat. Menurut Gina, hubungan kelamin atau seks yang berkualiti meningkatkan keyakinan diri kerana apabila semuanya sudah selesai, seseorang itu akan berasa positif dan mood mereka berada pada paras yang memuaskan.Kukuhkan Hubungan Suami Isteri
Tidak dapat tidak, ia satu fakta yang patut disedari oleh semua pasangan suami isteri. Inilah manfaat paling besar daripada hubungan kelamin yang berkualiti.Tanyalah sesiapa pun, termasuk pakar kekeluargaan, mereka pasti setuju bahawa hubungan kelamin atau seks boleh merapatkan kemesraan suami dan isteri. Seks menjadi salah satu medium untuk pasangan berkomunikasi dalam suasana yang berbeza. Ia satu perhubungan intim yang tidak boleh dikongsi oleh orang lain, hatta anak sendiri.
Hubungan kelamin adalah ekslusif pasangan suami isteri.
Mungkin anda tak tahu, faktanya ... Jika dinilai dari sudut sains, hubungan kelamin atau seks berkualiti akan menerbitkan oxytocin, iaitu sejenis hormon yang bertindak untuk membina rasa percaya dan merapatkan hubungan.
Kalau anda boleh nampak hormon ini dirembeskan, tentu anda akan nampak ia seperti magis ketika melakukan hubungan kelamin... huhu.
Nah. Nampak? Banyaknya manfaat melakukan hubungan kelamin yang berkualiti.
Tetapi kan, ada juga pasangan yang hadapi masalah untuk mendapatkan hubungan kelamin yang berkualiti. Ia mungkin akibat masalah hormon dalam tubuh, mungkin juga sebab kesihatan, mungkin juga disebabkan kecacatan dan macam-macam lagi.
Ok. Jangan risau.
Guna Kaedah Selamat Untuk Dapatkan Nikmat Hubungan Kelamin Berkualiti
Zaman sekarang sudah ada macam-macam kaedah perubatan dan perawatan yang dapat membantu pasangan yang bermasalah untuk mewujudkan hubungan kelamin yang berkualiti.- [message]
- ##check## Cari Sesuatu Untuk Pasangan Nikmati Hubungan Kelamin Berkualiti?##check##
- Boleh jenguk laman web berikut - Rahsia Firdaus - Lubuk Kebahagiaan Suami Isteri
Penting ni. Bukannya apa; seperti mana saya katakan di awal tadi ... perbincangan pasal seksual ini masih lagi satu taboo dalam membina perhubungan intim sesama pasangan, terutama di dalam masyarakat Melayu di Malaysia.
[post_ads_2]
Tapi, dalam diam-diam ... mereka sebenarnya sangat 'terdesak' untuk mendapat apa yang diinginkan dalam hubungan kelamin sesama suami-isteri. Diam dan malu tapi mahu!
Perawatan dan kaedah perawatan dalam mewujudkan hubungan kelamin berkualiti ini bergantung dengan apa yang dimahukan oleh pasangan. Ada ubat berbentuk pil, ada krim, ada minyak dan macam-macam lagi. Malah ada alatan khas yang boleh diguna-pakai oleh pasangan dalam membantu memberikan hubungan kelamin yang berkualiti.
Apapun, pastikan penggunaannya adalah selamat serta tidak memudaratkan.
- [message]
- ##check## Mahu Hubungan Kelamin Extra Hebat?##check##
- Boleh jenguk laman web berikut - Rahsia Firdaus - Lubuk Kebahagiaan Suami Isteri
Anda tentu tidak mahu dalam mencari cara, teknik, tips serta panduan untuk mewujudkan hubungan kelamin yang berkualiti untuk pasangan, anda sebenarnya menempah jalan untuk keruntuhan rumahtangga.
Semoga bermanfaat.
Banyak juga manfaat hubungan kelamin ni ye. Bukan semata-mata untuk nafsu sahaja
ReplyDeletesungguh rugi jika tidak melakukan hubungan kelamin bagi suami isteri yang sah
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.