Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean
Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah menjadi antara petua paling popular untuk sembuhkan luka luaran dan dalaman. Mana-mana tanya pun, mereka akan syorkan makan ikan haruan untuk ibu pantang bersalin. Menu wajib kata mereka.
[post_ads]

Nasihat Dari Doktor

Tapi itulah, saya agak terkejut apabila diberitahu oleh doktor dan jururawat .. bahawa makan ikan haruan, samada ikan segar mahupun dalam bentuk pati ikan haruan adalah tidak sesuai dan boleh mendatangkan masalah serta bahaya di kemudian hari - andai mengandung lagi.

Uhh apalagi, saya terus simpan ikan-ikan haruan yang telah diberikan oleh rakan sekerja isteri saya. Agak banyak ekor juga .. jenuh tu saya siang seekor demi seekor. Susah nak menyiang, sebab lendir ikan haruan agak banyak. Asyik terlepas je dari tangan, kalau tidak berhati-hati boleh terpotong jari tu...
Bahaya Makan Ikan Haruan Ibu Bersalin Caesarean
Saya juga dah siap beli satu pek pati ikan haruan. Apalagi, saya bungkus balik dalam kotak dan simpan dalam almari.

Maka, saya cari kepastian dan minta pendapat dari rakan-rakan kenalan di Facebook .. lihat apa kata mereka, sebab saya fikir ramai yang dah ada pengalaman tersendiri ketika berpantang bersalin ni.

Perkongsian Dari Pengalaman Sebenar Ibu Bersalin Caesarean

Berikut adalah beberapa komen yang saya highlight untuk nyatakan kenapa bahaya makan ikan haruan untuk ibu bersalin secara pembedahan caesarean (c-section) ini. Untuk post penuh boleh rujuk status saya di sini - Cabaran Wife Berpantang Bersalin - Kali Ini Tidak Boleh Makan Haruan

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean
Pengalaman sebenar bahaya makan ikan haruan
Walaupun ada yang mengatakan makan ikan haruan selepas pembedahan caesarean berisiko tinggi, namun ada yang memberikan gambaran bahawa ikan haruan terutama yang segar tidak ada kesan negatif pun untuk ibu yang bersalin secara pembedahan ini.

Ada pula yang mengatakan bahawa ikan haruan termasuk pati elok diambil selepas satu hingga dua minggu selepas bersalin, dan bukannya di awal-awal waktu berpantang. Mungkin kerana sistem tubuh masih lagi belum kembali normal.

[Dah Baca?] 47 Perkara Harus Tahu Apabila Si Isteri Lahirkan Anak Secara Pembedahan Caesarean

Ya, mungkin ada benarnya. Ikan haruan memang bagus untuk penyembuhan luka, tetapi ... ia tidak boleh diambil secara berlebihan, dan perlu sesuai dengan keadaan si ibu. Tubuh badan manusia mempunyai sistem pemulihan dan ketahanan yang berbeza antara individu. Samalah juga dengan mengambil ubat, ia perlu ada dos yang sesuai, waktu pengambilan dan pantang lain yang terbabit.

Petua Makan Ikan Haruan Untuk Pantang Bersalin

Petua makan ikan haruan selepas bersalin adalah petua lama. Dulu, corak pemakanan serta jenis pemakanan tak sama. Banyak yang dah berubah. Dan sekali lagi, ia juga bergantung pada individu - keadaan tubuhnya, dietnya, amalan seharian dan macam-macam lagi.
[post_ads_2]
Kalau ikutkan petua lama, ikan haruan elok dibuat sup atau dimasak salai/panggang dicampur dengan lada hitam. Sesetengah pula jadikan ikan haruan dalam masak asam.

Kisah Sengsara Lahirkan Anak Akibat Makan Ikan Haruan

Bercakap pasal bahaya makan ikan haruan untuk ibu bersalin secara pembedahan caesarean ini. saya kongsikan satu kisah benar seorang ibu bernama Nor Farra Farihan yang telahpun menjadi tular sejak awal tahun 2017 ini.

Kisah pengalaman puan ini telah mendapat lebih daripada 3,000 perkongsian (share) dan mendapat lebih hampir 4,000 likes selain beribu-ribu komen.

Mari sama baca ehh ... sumber asal - Puan Nor Farra Farihan

Sayangku Muhammad Umar Dhiaurrahman. Baby dah usia setahun sekarang walaupun mama lambat wish. Saya nak cerita pengalaman yang boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu yang bersalin secara caeser. Bila ingat balik, rasa nak menangis dan rasa besarnya kekuasaan Allah swt menyelamatkan nyawa saya.

Umar lahir secara caeser. Bukan saya tak pernah bersalin caeser, dah tiga kali saya bersalin secara caeser. Kakak Batrisyia bersalin caeser sebab jalan lambat terbuka. Kak Ardini bersalin normal tak cukup bulan, adik bambam pun caeser juga. Doktor paksa sebab besar sangat, 4.3 kilogram. Baby Umar kena paksa juga sebab dah dua kali caeser.

Pernah tak ibu-ibu di luar sana merasa sakit semasa doktor sedang membuat pembedahan? Kenapa saya berkata begitu? Kerana saya mengalami situasi tersebut.

Saya masuk dalam dewan bedah jam 4 petang. Selepas salam dan minta maaf pada suami serta call mak ayah di kampung, saat masuk bilik bedah, rasa macam dunia ini kecil saja.

"Adakah selepas ini aku masih hidup untuk melihat anak-anakku membesar?" soalan tersebut terlintas di minta.

"Jangan menangis, nanti emosi puan terganggu. Inggat Allah swt sahaja. Sekejap lagi baby nak keluar. Semoga dia dipermudahkan," kata jururawat sambil mengelap air mata saya.

Selepas dibius, dalam jam 5 petang, pembedahan bermula. Doktor pakar maklumkan yang dia akan bedah di tempat yang sama dengan pembedahan sebelum ini. Jururawat bagi minum ubat, selepas minum saya terus muntah sebab angin. Nak menjalani pembedahan, kita kena berpuasa. Saya berpuas sejak dari malam lagi.

Doktor pakar mulakan pembedahan, saya dapat merasakan bau hangit pisau sedang membelah perut. Zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran bermain di bibir. Semasa pembedahan sedang berlangsung, doktor pakar tiba-tiba berhenti seketika.

"Puan tunggu sekejap ye. Saya tak dapat teruskan pembedahan di tempat yang melekat di antara dinding rahim dengan usus. Sukar untuk saya teruskan," jelasnya.

Dalam hati saya hanya berdoa.

"Selamatkan anakku walaupun nyawa aku tidak panjang ya Allah. Anak ini hadiah keempat untuk suami tersayang."

Doktor pakar kemudian mengarahkan jururawat menghubungi doktor pakar yang lebih senior daripadanya. Masa itu, saya rasa sudah setengah jam berlalu. Selepas 10 minit kemudian doktor pakar yang dinanti-nantikan itu pun tiba. dengan kelam kabut. Kasihan saya tengok dia berlari untuk menyelamatkan pesakit. Kalau dia tengah makan, mesti dia tinggalkan makanan dia dan berlari untuk selamatkan saya.

Dia datang dengan senyuman.

"Sabar ya puan," doktor pakar berbisik di telinga saya.

Saya berzikir banyak-banyak dan sentiasa ingat Allah swt. Dia mulakan dengan bismillah. Bila sudah sejam lebih usaha untuk mengeluarkan baby, tiba-tiba saya rasa sakit sangat. Doktor menekan-nekan perut saya untuk mengeluarkan baby. Saya cuba sedaya upaya bersabar dan menanggung kesakitan apabila pembedahan sedang berlangsung.

Ya Allah, ya Allah. Saya sudah tidak boleh menahan sakit, saya menjerit minta tolong.

"Tolong doktor! Tolong, saya rasa sakit sangat pembedahan kali ini. Saya merayu doktor tambah ubat bius. Saya dapat rasa sakit, tak tahu nak cakap pedihnya," kata saya.

Doktor pakar bius datang dekat pada saya dan menjelaskan bahawa permintaan saya tidak dapat diberikan.

"Bahaya puan kalau tambah ubat bius, puan sakit sangat ke?" tanya pakar bius berkenaan.

"Ya doktor, tolonglah doktor, saya tak boleh tahan dah doktor, sakit sangat ni," rayu saya dan menangis pada masa itu.

Pakar bius itu kemudian beri gunakan oksigen. Dia masukkan ubat pelali. Tiba-tiba saya rasa tak sedar diri dan hanyut. Ayat terakhir saya sebut, Ya Allah.. Ya Allah..

Saya rasa saya tidur tetapi saya rasa sakit semasa tidur. Tapi saya tak boleh buka mata. Bila saya sedar, saya tengok jururawat tengah mengangkat bayi dan bawa keluar untuk dimandikan. Waktu itu jam 8 malam. Saya mengucap syukur kepada Allah swt kerana masih hidup untuk melihat anak-anak membesar. Ya Allah, lamanya proses nak keluarkan baby kali ini. Hampir tiga jam lebih. Biasanya caeser ini hanya mengambil masa di bawah satu jam sahaja.

"Puan ada makan pati haruan atau ikan haruan semasa berpantang anak yang lepas?" soal doktor.

"Ya, saya makan selama dua minggu pertama," jawab saya.

"Puan mengalami adhesion colic iaitu di mana usus-usus melekat-lekat akibat dari pemakanan yang lalu. Nak ambil boleh tetapi selepas sebulan dengan kuantiti yang sederhana. Pati haruan memang tidak digalakkan kerana kepekatannya untuk caeser kerana boleh menyebabkan adhesion colic yang puan alami tadi," jelas doktor.
...
...
Dari kisah ini, istilah Adhesion Colic digunakan untuk gambarkan keadaan yang boleh berlaku pada ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Sebenarnya, apa-apa jua luka pada tubuh badan terutama bahagian dalaman boleh terkena keadaan Adhesion Colic ini. Dari pembacaan saya, keadaan ini boleh juga berlaku pada mangsa kemalangan jalanraya, pembedahan pada buah pinggang, pembedahan jantung dan sebagainya.

Dan berdasarkan apa yang saya faham, ikan haruan atau pati ikan haruan boleh menjadi penyebab kepada Adhesion Colic disebabkan kita memaksa tubuh untuk pulih pada kadar di luar kebiasaan. Umum tahu, ikan haruan mempercepatkan penyembuhan luka.

Maka, untuk kes ibu bersalin secara pembedahan caesarean, penyembuhan luka yang terlalu cepat telah mengakibatkan ada bahagian-bahagian organ yang tercantum dalam proses tersebut.

Secara peribadi, saya memang melarang isteri saya untuk ambil ikan haruan kali ini sebagai menu dalam makanan ketika berpantang. Apatah lagi ketika mengandungkan anak saya yang keempat ini, isteri saya mengalami masalah kegatalan seluruh badan yang agak kronik.

Jadi, saya syak fisiologi tubuh isteri sudah berubah. Ia mungkin berlaku kerana faktor usia yang sudah melebihi 40 tahun.

Saya harap post ini dapat memberikan gambaran kenapa bahaya memakan ikan haruan untuk ibu bersalin secara caesarean. Kenapa ia membahayakan, sebab dan faktor, selain info berdasarkan pengalaman ibu-ibu yang telah mengalaminya.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Owh baru tahu ni. Selalu dengar elok je utk semua. rupanya tak semua sesuai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm boleh bawa nyawa di hujung tanduk tu .. bukan memain .. memng bahaya untuk ibu yang lahirkan cara pembedahan.

      Padam
  2. besar sangat pengorbanan orang bersalin...antara hidup dengan mati tu..

    BalasPadam
  3. Terima kasih HH.. baru tahu
    Sebelum ni ingat elok kalau amalkan pengambilan pati haruan ni

    BalasPadam
  4. Salam. CikLa pernah dgr gak pasal kisah ni. Nauzubillah... Ngeri pulak bila baca. Kdg2 di sebalik yg baik ni terselit jugak keburukan. Thanks atas perkongsian..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement