Jangan Biadap Angkuh Kerana Kereta Besar
Baru-baru ini tular satu video berdurasi 2 minit yang memaparkan sebuah kereta Mercedes Benz yang dipandu melawan arus (jalan sehala) di salah satu lorong di Petaling Jaya. Yang menyakitkan hati dan membuatkan ramai orang marah ialah kereta tersebut memaksa kereta di hadapannya untuk berundur, walhal sudah terang lagi bersuluh kenderaan itu yang menyalahi undang-undang jalanraya.Masih berlagak dan angkuh walaupun ramai yang tegur tu ..
Video Mercedes Benz Angkuh
Kejadian ini berlaku di sebuah jalan berdekatan gerai makan di PJU5/10, Petaling Jaya. Video yang tular itu dirakam lebih kurang jam 11:00 malam pada khamis 8 Mac 2018. Seperti biasa, netizen akan memberikan komen tentang kejadian itu. Macam-macam komen ada.Apa yang sebenarnya berlaku?
Menurut laporan berita, seorang lelaki berusia 36 tahun yang memandu kereta Mercedes Benz telah berada melawan arus di laluan PJU5/10, pemandu itu kemudiannya memaksa pemandu Perodua Bezza mengundurkan kenderaannya di laluan berkenaan.
Kedua-dua pemandu Mercedes Benz dan Perodua Bezza sudah direkodkan keterangan oleh pihak polis, dan ujian saringan air kencing juga telah dilakukan terhadap pemandu Mercedes Benz. Keputusannya negatif dadah.
Difahamkan kejadian pemandu Mercedes berlagak dan bersikap biadap ini berlaku selama 30 minit, sebelum lelaki tersebut mengundurkan kenderaannya dan beredar dari situ.
Menurut pemandu Perodua Bezza berusia 26 tahun, bumper keretanya juga dilanggar secara sengaja oleh pemandu Mercedes Benz.
Laporan Polis Dibuat Ke Atas Pemandu Kereta Mewah
Satu laporan polis telah dibuat oleh pemandu Perodua Bezza dan pihak polis sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1982.Jika melihat pada laporan akhbar dan juga video yang tular tersebut, memang nampak kebiadapan dan tingkah-laku angkuh si pemandu kereta besar berjenama mewah itu terhadap pemilik kereta Perodua Bezza.
[post_ads]
Aduh. Sayang sekali pemilik kereta mewah itu ambil jalan untuk kelihatan biadap dan angkuh. Lalu terpalitlah segala cacian dan kecaman yang sebenarnya boleh diterbalikan menjadi satu pujian.
Alangkah bagus jika keadaan sebaliknya berlaku.
Saya pasti ramai akan memuji sikap pemandu kereta mewah berjenama Mercedes Benz itu andai di awalnya beliau mengaku silap dan salah, dan ambil keputusan untuk undurkan kereta dan berikan laluan yang sepatutnya pada pemandu Perodua Bezza itu.
Tak perlu nak berbalah dari dalam kereta masing-masing. Tahu silap, mengaku sahaja dan buat apa yang sepatutnya dibuat.
Orang takkan marah, dan benda ni takkan tular.
Jika perkara ini tidak berlaku, laporan polis dan siasatan pun tak perlu dibuat. Polis ada banyak tugas lain yang lebih mencabar dari perkara ini.
[post_ads_2]
Jadilah pengguna jalanraya yang baik, tidak biadap, tidak angkuh dan paling penting patuhi tanda arah jalan. Papan tanda di jalanraya bukan hiasan .. ia satu ingatan supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan.
aida tgk video ni. menakutkan!
ReplyDeletesib baik lah di tempat ramai org. saksi ramai.
if tempat sunyi, mahu nyer bergaduh ke hape ke.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.