Tahun 2017 dah lama berlalu. Dalam tahun tersebut, blog saya telah berjaya mencapai trafik atau pageviews lebih 25 juta. Satu pencapaian peribadi yang menggembirakan, walaupun saya tahu ada banyak blog lain lebih hebat pencapaiannya daripada ini. Daripada statistik diperoleh menerusi Google Analytics, saya telah kenalpasti 10 top referral terdiri daripada kalangan blog rakan blogger.

Google Analytics sangat bagus dijadikan petunjuk untuk mengetahui sumber trafik blog. Ia mempunyai tools untuk ketahui data terperinci berkaitan trafik (pageviews) yang masuk daripada banyak sudut. Kalau anda mempunyai blog atau laman web, memang wajar menggunakan Google Analytics ini dalam merekodkan segala aktiviti dan statistik blog atau laman web anda. Lagipun, ianya percuma.

Top 10 Referral 2017 Blog HasrulHassan.com

Top 10 Referral 2017 blog HasrulHassan.com
Top 10 Referral 2017
Hari ini saya sukacita nak dedahkan kepada anda mengenai top 10 referral tahun 2017, yang telah menyumbang sejumlah trafik yang agak besar sehingga memungkinkan blog saya mencapai angka 25 juta pageviews pada tahun 2017. Nak tahu blog manakah yang telah memberikan sumbangan trafik ke blog ini?

Inilah 10 blog yang menjadi top 10 referral di tahun 2017..

Dapur Tanpa Sempadan

Blog masakan antara paling popular di Malaysia, malah blog ini menjadi rujukan beberapa rakan saya yang berada di luar negara. Ia adalah sebuah blog masakan dengan sentuhan peribadi yang tiada pada mana-mana blog masakan popular. Dikendalikan dengan penuh kasih sayang oleh Che Mat Gebu. Blog ini telah menjadi antara pemberi trafik tertinggi ke blog ini sejak sekian lama, bermula seawal tahun 2010. Terima kasih kepada Che Mat Gebu yang sentiasa murah hati berkongsi apa yang beliau ada.

Bantal Ilmu Blogspot

Blog baru, dan sebelum ini memang saya tak tahu pun wujud. Namun, blog ini adalah antara top 10 referral 2017 untuk blog ini. Tak pasti siapa yang kendalikan blog ini yang menjadi top 2 pemberi trafik untuk blog saya.

CikZa.com

Blogger aktif di dalam komuniti Kelab Blogger Ben Ashaari dan AirAsia Blogger Community (AABC). Blog yang sangat baik dibaca oleh mereka yang mahu tahu kehidupan seorang wanita yang berkhidmat sebagai seorang pegawai khidmat pelanggan di salah sebuah badan berkanun. Cik Za sebenarnya sudah lama mempunyai blog peribadi sendiri, iaitu sejak tahun 2009 lagi .. kini semakin aktif disebabkan tahu kaitan kerjaya hakikinya dan pengaruh yang ada pada blogger. Respek dan Rileks adalah motto blog Cik Za.

AddinDeen.com

Sebuah blog yang penuh dengan cerita berkisar politik dan produk ubat-ubatan tradisional. Terangkum juga adalah kisah-kisah sensasi yang memang boleh mengumpan trafik. Tempias trafik daripada blog AddinDeen ini telah memberikan kesan ke atas blog saya, menjadikan ia antara top referral untuk tahun 2017.

Namee Roslan

Siapa tak kenal dengan beauty blogger ni. Walaupun sudah beranak-pinak, Namee Roslan antara blogger cantik yang saya kagumi. Saya agak bertuah kerana blog saya berada di dalam bloglist Namee sejak sekian lama. Blog Namee Roslan telah menjadi top 10 referral sejak sekian lama, sebaris dengan blog Dapur Tanpa Sempadan. Blog Namee juga adalah rujukan saya untuk mengetahui soal wanita, dan saya pernah mendapat tempias trafik sangat tinggi dek kerana kisah cinta Namee Roslan yang menjadi viral sedikit waktu dahulu.
[post_ads]
Top 10 referral blog hasrulhassan 2017
Tu dia .. 5 blog yang telah saya dedahkan yang menjadi top 10 referral 2017 yang sudi berkongsi trafik dengan blog ini. Top 5 ini telah memberikan trafik secara puratanya sehingga 100 hits atau pageviews setiap bulan. Alhamdulillah, dan terima kasih buat pemilik-pemilik blog tersebut.

Sekarang mari lihat lagi 5 blog yang tersenarai sebagai top 10 referral untuk tahun 2017.

Life 101

Blog dikendalikan oleh Puan Yana. Blog ini antara blog yang boleh dikatakan menerima trafik tinggi juga. Akibat tempias trafik diterima blog Life 101, maka blog saya pun turut sama dapat trafik yang agak baik menerusi blog list Life 101. Alhamdulilah, dan terima kasih Puan Yana. Blog ini ada banyak kisah travel, termasuklah percutian ke luar negara selain kehidupan Puan Yana bersama suami dan dua orang anak comel. Salah seorang blogger yang aktif dalam komuniti Kelab Blogger Ben Ashaari.

Tyara NY

Walaupun blog ini dah lama tak berupdate, tapi masih mampu menjadi antara penyumbang trafik ke blog ini sepanjang tahun 2017. Entri berkaitan Telinga Berdesing didapati punca utama blog saya menerima trafik tinggi daripada blog Tyara NY ni.

Cik Lily Putih

Beruntung blog saya dapat tempias trafik tinggi daripada blog Cik Lily Putih ni. Siapa yang tak kenal dengan blogger  ni, acapkali kot masuk TV, masuk akhbar dan majalah. Saya kenal Cik Lily Putih sebagai blogger makan-makan yang memang tekun dan komited mencari tempat makan dan menu best untuk dijadikan panduan dan rujukan. Saya suka blog Cik Lily Putih ni sebab ia sangat kemas, dan mudah nak baca coretan-coretan best yang dikongsikan.

Suria Amanda

Blog lifestle yang sering berkongsi tips berkaitan kecantikan. Blog ini juga banyak berkongsi tentang resepi. Uhh normallah bagi sebuah blog dikendalikan oleh seorang wanita .. ye kan? Blog dikendalikan oleh seorang ibu tunggal yang cekal dan berfikiran positif. Kadang ada entri blog daripada Suria Amanda yang akan menyentap rasa - membuatkan kita berfikir kembali tentang persepsi kehidupan seorang ibu tunggal.

Ana Jingga

Blog Ana Jingga adalah antara blog yang konsisten memberikan trafik kepada blog saya sepanjang tahun. Alhamdulillah, keaktifan blogger Ana Halim dari Perak ni update blog telah memberikan tempias trafik ke blog saya. Walaupun tidak menyumbang sampai puluh ribu trafik ke blog saya, namun ia tetap memberikan impak positif dan menyumbang ke arah merealisasikan target blog saya untuk cecah 25 juta pageviews.
[post_ads_2]
Ya .. begitulah senarai top 10 referral 2017 untuk blog hasrulhassan.com.

Selain 10 disenaraikan ini, antara blog lain yang telah menyumbang trafik sepanjang tahun 2017 adalah:

  • Denaihati.com
  • Dawaihati.com
  • KisahSiDairy.com
  • Shakiddo.com

Blog saya juga menerima trafik dari laman web Berita Harian Online untuk tahun 2017. Sesuatu yang tidak disangka. Nak tahu cara nak dapat trafik dari laman web berita begini tak? Aha .. teruskan baca blog saya dalam Tips Blogging. In Sha Allah, saya akan dedahkan bagaimana nak lakukan.
[Dah Baca?] 3 Blogger Terkenal Jadi Duta Spritzer
Ok. Harapnya anda 'terhibur' dan dapat 'sesuatu' daripada entri ini. Terima kasih kepada blog-blog yang telah menyumbang dan berkongsi trafik blog dengan blog ini. Alhamdulillah.

36 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wah 25juta views tu tuan. Tahniah. Boleh dijadikan pemangkin semangat buat kami ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih. Tu ambil kira tempoh dan jangka hayat blog ni, dari tahun 2010.

      Padam
  2. perghhh tahniah.. Saya masih newbie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Newbie pun leh berikan impak .. jangan perkecil kemampuan blogger dan blog baru ooo ..

      Padam
  3. Alhamdulillah....semoga kita sama-sama menyumbang dalam dunia blog..terima kasih HH diatas pengiktirafan ini...bangga plus terharu SA...

    BalasPadam
  4. Tahniah buat mereka yg tersenarai...

    BalasPadam
  5. alhamdulillah,tahniah HH.murah rezeki..

    BalasPadam
  6. Tahniah.. Tumpang bangga dengan kawan-kawan yg berada dalam list. Syoknye jd blogger

    BalasPadam
  7. Mmg terbaik dan tahniah pd En Hasrul Hassan kerana mencapai view 25 juta..

    BalasPadam
  8. Tahniah HH.. wow byk betul traffic sepanjang tahun lepas..

    BalasPadam
  9. hebat PV HH.
    blog2 yg HH listkan ni mmg antara blog yg hebat jgk

    BalasPadam
  10. Tahniah kepada Blogger yang bertuah dan bersungguh dalam dunia blogging. Hui, bukan senang Oii nak struggle.

    25 Juta Pageviews gila betul ni .. Terbaiklah sifu ..

    BalasPadam
  11. Waaa...hebatnya...nnti share tips cmne nk jd hebat

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah tahniah tuann .. keep it up

    BalasPadam
  13. singgah di sini. Banyak betul PV sampai 25 juta!

    BalasPadam
  14. terima kasih untuk list ni, kesemuanya hebat belaka ^_^

    BalasPadam
  15. Salam, bestnya, moga blog saya juga dapat ranking yg baik, masih belajar.

    BalasPadam
  16. tahniah bloggers, wow tingginya PV, terbaik

    BalasPadam
  17. penyumbang terbaik dengan memberikan trafik yang tinggi. semoga terus mencanak tinggi trafiknya.

    BalasPadam
  18. 25 juta views..kalau sorang seposen dah berapa tu hahaha

    BalasPadam
  19. hadoiii..sebulan belum tentu dapat sejuta..inikan pulak setahun...ada jugak eh terselit blog kita...hehe

    BalasPadam
  20. Tahniah HH, blog yang sentiasa menjadi rujukan saya selama mengenali dunia penulisan blog, Alhamdulillah dapat menyumbang semula trafik ke blog sifu saya... :)

    BalasPadam
  21. Tahniah tuan...terbaikla...25juta view..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu tahun lepas, tahun ni nampak susah sikit nak capai juta PV ni.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement