Salah seorang rakan IM saya yang berjaya telah sudi nak kongsi cerita dan pengalaman bagaimana nak hasilkan pendapatan pasif dengan menjual ebook di internet, lebih tepat lagi menerusi platform Amazon. Menerusi platform yang ada dalam Amazon.com, anda yang minat menulis boleh jana income dalam USD dari pelanggan serata dunia.

Amazon.com adalah salah satu laman web terkenal dan terbaik untuk mencari produk-produk seperti buku, ebook, video dan penerbitan lainnya. Malah, sekarang Amazon sudah menjadi laman web shopping online untuk pelbagai produk termasuklah produk elektrik dan elektronik, pakaian termasuklah mainan kanak-kanak.

Pendapatkan Pasif Jual Ebook Di Amazon

Pendapatkan Pasif Jual Ebook Di Amazon
Anda tahu tak, salah satu ebook berkaitan blogging, kali pertama saya beli adalah menerusi Amazon.com. Ketika itu, belum ada lagi laman web shopping online seperti yang ada sekarang. Saya masih ingat lagi, ketika saya beli tu, harga ebook tersebut cuma USD1 sahaja .. saya bayar guna Paypal.

Sekarang ramai dah tahu Amazon adalah lubuk buat duit terutama untuk penulis-penulis ebook. Nak jual ebook di Amazon, tak perlu kos yang tinggi pun, perlu tahu bagaimana nak jual ebook anda di situ. Bila ebook dah masuk dalam senarai jualan Amazon, maka tunggu sahaja income masyuk menerusi pembayaran royalti yang boleh menjadi sumber pendapatan pasif anda setiap bulan!

Terima Royalti Sehingga 70% Bagi Setiap Jualan Ebook

Pendapatkan Pasif Jual Ebook Di Amazon Guna Kindle
Amazon sebenarnya telah lama membenarkan penulis bebas atau freelance untuk menerbitkan penulisan mereka menerusi platform Kindle Direct Publishing singkatannya KDP.

Royalti ditawarkan adalah setinggi 70% daripada harga ebook yang telah kita setkan sendiri harganya. Contohlah ye ... jika kita dah setkan atau tetapkan harga ebook kita tu USD2.99; ini bermakna royalti adalah USD2++ bagi setiap ebook terjual menerusi Amazon.

Berbeza industri ebook di Malaysia, industri ebook sangat berkembang di negara maju seperti di Amerika Syarikat. Malah, kalau ikut trend masakini, dah semakin banyak penerbit buku bercetak kini beralih kepada format Ebook (pdf)  kerana lebih murah dan menguntungkan.

Panduan Tulis dan Terbitkan Ebook - Kindle

Menurut sahabat saya, Tuan Sham yang telah menulis Panduan Kindle Direct Publishing, orang Malaysia boleh je nak jual ebook di platform Amazon ini. Malah beliau galakkan lebih ramai penulis bebas terutama di kalangan penulis blog yang ada pengalaman tertentu untuk menulis ebook dan menjualnya di Amazon.
[post_ads]
Pun begitu, ada sedikit kelemahan pada Amazon, terutama untuk rakyat Malaysia yang mahu jual ebook di situ .. iaitu pada kadar TAX US yang sangat tinggi dikenakan iaitu 30% akan ditolak daripada royalti. Tahu kenapa? Sebabnya Malaysia tidak ada agreement pengecualian cukai berganda dengan Amerika ni.

Namun, usahlah dukacita. Menurut tuan Syam lagi, hasilnya masih lumayan dengan anggaran USD1 = RM3.80. Nilai USD lemah sekarang kerana masalah politik. Namun ia masih tinggi.

Royalti penulis buku Malaysia maksimum hanya 15% yang ditawarkan penerbit Malaysia. Pasaran terhad di Malaysia sahaja. Itupun banyak penerbit yang berhutang royalti dengan penulis mereka. Jadi, kenapa tidak menggunakan KDP untuk membolehkan anda pasarkan ebook ke serata dunia, dan nikmati royalti yang lebih tinggi!

Pasaran Amazon melibat kan lebih 11 buah negara!

Saya kagum dengan pengalaman yang ada pada Tuan Syam ni, ebook yang beliau terbitkan terjual di beberapa negara. Terutamanya di Amerika dan UK. Pasaran Amazon pula adalah lebih ke 11 buah negara.
[post_ads_2]
Menurut Tuan Syam lagi .. "Actually ramai penulis berbangsa Cina telah lama explore benda ni. Mereka diam-diam buat pendapatan pasif sedangkan bangsa lain sedang bergaduh dan layu dalam politik sendiri."

Jika anda nak tahu, ebook yang ditulis dan diterbitkan oleh Tuan Syam pada tahun 2009 masih lagi memberikan royalti kepada beliau setiap bulan. Best bukan? Saya terus cemburu akan kejayaan Tuan Syam ni. Alangkah bagusnya jika saya boleh ikut jejak yang sama .. huhu.

Hmm .. bercakap nak ikut jejak Tuan Syam ni, beliau telah dengan senang hati menyediakan satu panduan khas untuk mereka yang mahu ikut jejak langkahnya. Menariknya, anda boleh buat ebook tanpa perlu ada kemahiran menulis. Malah, akui Tuan Syam, beliau sendiri terbitkan ebook tanpa menulisnya. Errkkk .. betul pelik ni.

Beliau kongsikan dalam Pakej Panduan Kindle.

Caranya:
  1. Cari penulis di Fiverr
  2. Bayar servis ghostwriting. Kos sekitar USD15-50 mengikut panjang ebook.
  3. Convert kepada format epub/pdf
  4. Upload ke dalam KDP
  5. Setkan harga dan promosi percuma untuk mengumpul rating
  6. Itu je. Nikmati royalti daripada jualan.
Uhh nampak mudah je kan? Sebab bab paling susah pun hanyalah mencari penulis yang bagus untuk pengisian di dalam ebook tersebut.

Oh ya, salah satu faktor yang difikirkan paling penting jika nak menerima pendapatan pasif menjual ebook di Amazon ialah kajian untuk pengisian ebook berkenaan. Topik apa yang nak ditulis. Mencari dan faham apakah jenis topik yang digemari.

Ini bermaksud anda perlu membuat kajian terlebih dahulu berkaitan ebook bestseller.

Rasa down ke? Come on, inilah satu cabaran.. ingat senang ke nak jana income dan pendapatan secara pasif ni? Mesti ada usaha, dan mesti kena belajar. Mana ada jalan mudah. Okay, berita baiknya, ii yang akan anda belajar dalam pakej Kindle disediakan oleh Tuan Syam. Berminat? Layari - https://goo.gl/q4S2DP

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. menarik.Duduk2 saja duit masuk.Masyukk.

    BalasPadam
  2. wahhh .. boleh ni sambil sambil nak cari income lebih untuk support study .. semoga mendapat manfaat .. btw visit https://www.ketamkecil.com/makanan-kesuburan-untuk-wanita-untuk-pasangan-yang-dah-lama-nak-anak/ for health tips

    BalasPadam
  3. Sangat menarik sebenarnya artikel ini.pasif income...ya ITU yg kita mahukan....

    BalasPadam
  4. Ebook tu dah tak jual ke? Website tak boleh masuk.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement