Cara Buka Akaun Paypal Terima Bayaran

Apa khabar hari ini? Harapnya sihat semuanya. Tahukah anda mengenai Paypal? Paypal merupakan satu laman web atau aplikasi dalam talian yang membolehkan anda jual, beli atau pindahkan wang anda dengan selamat ke serata dunia. Menerusi Paypal, anda boleh membeli sesuatu secara dalam talian dengan mudah, dan anda boleh menerima bayaran secara mudah apabila menjual secara dalam talian.

Perkara pertama yang mungkin bermain di benak fikiran anda mengenai PayPal. Adakah ianya selamat? Saya berani jamin, selama saya telah menggunakan servis PayPal untuk urusan beli belah dan terima bayaran, ia adalah 100 peratus selamat. Tak perlu bimbang. Ia merupakan antara cara pembayaran paling selamat pernah saya gunakan.

Cara Buka Akaun Paypal Terima Bayaran

Cara buka akaun Paypal Malaysia

Ia merupakan satu aplikasi yang diterima kebanyakkan pedagang dalam talian seluruh dunia. Jika anda ada bisnes online, dan mahukan barangan anda dijual untuk pasaran antarabangsa, maka penggunaan Paypal adalah digalakkan. Perkhidmatan ini telah tersedia sejak dari tahun 1999 lagi.

Manakala untuk proses membeli, anda boleh menggunakan akaun Paypal anda untuk beli produk dan perkhidmatan yang disediakan dari serata dunia.

Dengan Paypal, anda boleh beli dan terima bayaran menggunakan kad kredit, malah anda boleh pindahkan wang yang ada dalam akaun Paypal anda ke akaun Paypal orang lain dengan selamat dan mudah.

Tiada sebarang caj dikenakan untuk pembelian dan penjualan online menggunakan perkhidmatan ini, tetapi bagi tujuan untuk membolehkan anda mengeluarkan wang daripada akaun Paypal anda, akan ada sedikit caj dikenakan (who pay a 2.9% transaction fee on the total sale amount plus a $0.30 fee per transaction). Walaubagaimanapun, ada diskaun diberikan kepada pedagang atau penjual tertentu, dan kadarnya adalah lebih rendah daripada dinyatakan secara umum. Anda perlu semak kadar ini di laman web Paypal.

Ok. Saya ingin kongsikan kepada anda, untuk bagaimana cara nak buka akaun Paypal bagi terima bayaran. Dan sebagai pengguna am, perkhidmatan ini adalah percuma. Tiada bayaran dikenakan.

  • Pergi ke https://www.paypal.com/
  • Pilih jenis akaun yang anda mahu buka; samada - "Personal" atau "Business." 
  • Pilih negara (Malaysia) 
  • Masukkan alamat email anda dan pilih kata laluan. Klik Continue. 
  • Isikan maklumat yang diperlukan dan masukkan CAPTCHA yang disediakan. 
  • Sila sahkan (confirm) yang anda telah membaca segala PayPal User Agreement. Klik Agree dan butang Create Account.
Cara buka akaun Paypal Malaysia

Cara buka akaun Paypal Malaysia

Cara buka akaun Paypal Malaysia

Selesai. Mudah je kan?

Ok. Untuk menerima duit menerusi akaun Paypal atau dengan kata lain, akaun Paypal anda dah penuh dengan USD, dan anda mahu keluarkan ia .. maka sila gunakan akaun Maybank untuk mudahkan urusan dan diterima pakai seluruh dunia. Jika nak lagi mudah, anda boleh apply kad debit Maybank Paypal. Masukkan butiran kad debit atau kredit yang disediakan dalam akaun anda.

Saya menggunakan kad kredit CIMB dan kad debit Maybank untuk urusan dalam Paypal ini.

Verifikasi akan dilakukan, dan kemungkinan pihak bank akan menghubungi anda untuk pengesahan. Apabila kad anda telah diterima samada debit atau kad kredit, maka mudahlah nanti anda mahu berurusan menggunakan Paypal ini.

Bagi mereka yang mahu buat bayaran kepada anda menggunakan Paypal, mereka hanya perlu masukkan alamat email sahaja, tanpa perlu no akaun apa-apa. Dan anda akan terima notifikasi pembayaran atau penerimaan wang menerusi email. Dan mereka boleh pindahkan wang atau buat bayaran samada dengan cara terus (dari wang dalam akaun Paypal) atau menerusi kad kredit yang mereka anda - sangat sesuai bagi mereka yang ada blogshop atau blog niaga.


Saya harap entri ini akan beri pencerahan kepada mereka yang mahu buka akaun Paypal, samada persendirian mahupun untuk bisnes online mereka.

Semoga bermanfaat.






{ 44 comments.. read them below or add one }

Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy November 15, 2013
thanks tuto nie HH...mana tau satu hari nanti berguna utk saya...
MyCherita MyCherita November 15, 2013
saya dah buat akuan paypal.. tp belum pernah berurusan lagi guna paypal.. mungkin boleh rujuk dgn tuan ttg cara penggunaan nye nnt..insyallah...
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal November 15, 2013
Assalammualaikum...bro HH,

moga berguna buat mselim3 suatu hari nanti... paypal dah meluas penggunaannya dalam pembayaran atas talian..

mselim3
Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah November 15, 2013
pernah cuba buat paypal account tapi terhenti setgh jalan lol :p
zaza zehra zaza zehra November 15, 2013
ha... sudah tahu caranya..tkasih a.hh :)
kucha lana kucha lana November 15, 2013
gua dah ada ni..tp duit je yg xmasyuk..hu3
AhkakGojes AhkakGojes November 15, 2013
yeah..ahkak dah ada akaun paypal..dan memang sgt bermakna jika ada paypal..tp xbermakan klu paypal kosong jer...huhuhuhuhu
kamil salleh kamil salleh March 27, 2014
Informasi yang sangat baik bagi mereka yang mahu membuka akaun paypal untuk urusan secara online.
nibiru nibiru April 23, 2014
Hi nak tanya admin..if buyer use paypal utk byr, duit tu akan floating dulu ke until lt post brg die sbb sy check akaun paypal zero money
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 23, 2014
Bila pembayaran dilakukan oleh seseorang menerusi paypal, kita akan terima pemberitahuan tersebut samada untuk accept atau pulangkan balik. Jika dia kata dia bayar, kena check dulu ref pembayaran samada telah dibuat atau tidak.

Pembayaran pada pengalaman saya terus online, tak ada floating apa2 pun ... kena baca balik terms yang ada, mungkin terkena untuk pembayaran dengan nilai tinggi, contohnya lebih USD1000 ke ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 23, 2014
Setiap kali bayaran diterima menerusi Paypal, Paypal akan terus email saya dan beritahu ada duit masuk.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 23, 2014
In Sha Allah ... boleh sahaja. Tak ada masalah.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 23, 2014
Uiskkk ... kenapa sekerat jalan je?
Farah Zahida Farah Zahida May 03, 2014
Assalamualaikum.

Sy belum buat apa2 transaksi dalam akaun paypal sy kerana saya tak tahu cara nak pindahkan duit dari akaun rhb ke dalam paypal. Boleh buat 1 post cara nak pindahkan wang ke paypal ?

Terima kasih,
Eyma Balkish Eyma Balkish May 10, 2014
kenapa tak dapat penuh pembayaran? Ada issue refund..apa tu yer? tak pandai sangat mengenai paypal nie...Harap dapat membantu..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 11, 2014
In Sha Allah, nanti saya akan tulis berkenaan benda tu
cik kiera cik kiera August 01, 2014
Adakah Paypal ni selamat?
wan ayeep wan ayeep September 23, 2014
Terima kasih. Artikel ni sngat membantu.
hafiz hafiz October 30, 2014
tips buka akaun paypal yang bagus dan boleh di cuba
AnonymousAnonymous December 03, 2014
salam...saya sudah buka akaun paypal tp x ade kad utk paypal,blh x if withdraw by manually?
AnonymousAnonymous December 03, 2014
Kalau beli ebook tu, tentu dah tahu pasal ni ... dah boleh buat duit pun ...
AnonymousAnonymous December 03, 2014
Paypal adalah paling selamat.
♥ Mrs. Secretary ♥ ♥ Mrs. Secretary ♥ January 08, 2015
Thanks 4 sharing...mmg info yg sgt membantu buat Farah..=D
shazue shazshiko shazue shazshiko February 20, 2015
Aslmkum,sy nk tanya berkenaan dengan acc paypal ni..sy ada jual barang dekat mymudah,ada org luar beli barang yg sy jual tu,dia suruh sy bkak acc paypal dan telah buat bayaran melalui paypal..sy ada terima email mengatakan dia sudah membayar sejumlah duit kepada sy termasuk duit shipping..tp sy x dpt lagi duit tu,kerana pihak berkenaan menyuruh sy membayar agen shipping menggunakan duit sy dahulu sebanyak rm1200.
Yang jd persoalan sekarang,adakah ianya selamat.?.dan adakah sy akan dpt balik duit sy itu termasuk duit barang yg sy jual kepada dia?. Sy amat keliru..
AZENI AHMAD AZENI AHMAD March 10, 2015
Baru nak buka nie.
Thank you share.
Sangat membantu.
AnonymousAnonymous March 11, 2015
Hye askum.. nk tanya, perlu ada akaun maybank2u dulu ke baru blh bukak akaun paypal
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 11, 2015
Bukan akaun Maybank2u .. tetapi Maybankad .. untuk bolehkan duit dari Paypal dipindahkan ke dalam akaun.

Boleh juga gunakan RHB dan juga CIMB. Tetapi dua2 kad mesti ada VISA.
AnonymousAnonymous April 08, 2015
email paypal tue email address yg kita login ke..
blur seketika
AnonymousAnonymous April 13, 2015
saya terima refund tapi tak tahu macam mana nak buat untuk pindahkan ke akaun Maybank
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 13, 2015
Dah dapatkan panduan yang disyorkan di atas?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 13, 2015
Email untuk kita berurusan dengan Paypal
hazwan mohd hazwan mohd May 05, 2015
Sy pun dlm situasi yg sama...pendapat bro hasrul
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2015
Jika dah dapatkan ebook yang saya promosikan tu, mungkin masalah boleh diselesaikan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2015
Ok. Perkara pertama ialah anda menggunakan akaun personal untuk jual beli. Apabila jual beli begini, maka seharusnya anda gunakan akaun bisnes yang lebih selamat ...

Cuba buka akaun Paypal business, atau mohon pencerahan dari pihak Paypal sendiri.

Saya juga syorkan anda dapatkan panduan paypal untuk lebih faham mengenai masalah yang dihadapi.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2015
Rasanya saya ada email cara penyelesaiannya kan?
muhammadfikhri rashid muhammadfikhri rashid May 19, 2015
salam encik.ada org luar negara nak beli barang dari sy dan suruh buka acc paypal.dia kata telah membuat bayaran dan sy lihat pada aacc paypal tiada sebarang bayaran dibuat.sebalik nya terima email memalui spam.dan dia kata suruh pergi ke western union untuk terima pembayaran dari org tersebut dan kita perlu bayar sejumlah wanh untuk aktifkan pembayaran tersebut.setahu sy bila bayaran dibuat terus masuk ke acc paypal kan encik?
Zam Mad Zam Mad June 02, 2015
salam..sthu sya bnyak mjrty org luar yg sruh bka acn paypal mlalui mudah..tpi bla dah stell smua deal..kta plak yg kna byar dt dlu..2 mjrty bnyak afrika yg mnymar&bleh ke dorg dpat dt 2 dri acn kta..mjrty dorg mnymar nk bli brg kta..tpi kta msti kluar dt dlu..
jue macvictoria jue macvictoria June 08, 2015
Salam....encik muhammadfikri rashid...saya rasa saya pun dpt email yg sama..dari luar negeri yg mahu saya membuka acc paypal untuk dia buat bauaran..saya rasa ni scam...huhuhu
Husein Rider Husein Rider July 27, 2015
TERIMA KASEH dgn info ni. byk mmbantu
husna zahidi husna zahidi January 18, 2016
bro HH, selalu ambek masa berapa hari kalau payment nak masuk akaun paypal??
selepas je dapat notis kata payment dah dibuat?? atau dua tiga hari jugak??

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.