Pakai Tatu Haram, Dapatkan Servis Buang Tatu Percuma

Kongsi:

Bagaimana cara nak membuang tatu di badan? Cara dapatkan servis membuang tatu percuma. Jenis tatu yang perlu dibuang oleh mualaf.

Servis membuang tatu secara percuma. Anda ada tatu (tattoo) di badan, dan berkeinginan untuk membuangnya? Atau anda kenal seseorang yang telah menyatakan hasrat untuk membuang tatu? Jika anda seorang yang beragama Islam, anda diharamkan untuk mempunyai tatu di badan, terutama sekali yang berbentuk haiwan, manusia atau objek bentuk berhala. Amalan bertatu di badan adalah merupakan amalan masyarakat jahiliyah sebelum kedatangan Islam.

Untuk seseorang yang memang beragama Islam, memang dilarang untuk memakai tatu. Tetapi untuk seorang mualaf, yang baru sahaja memeluk agama Islam, ia bukan sesuatu yang wajib dilakukan, malah ramai alim ulama yang mengatakan ia sekadar harus. Ia ada dikaitkan dengan teknik, cara, serta kos yang terbabit untuk membuang tatu daripada badan.

Cara Buang Tatu di Badan

Servis Buang Tatu Percuma Gunakan Teknik Laser
Ada banyak cara untuk membuat tatu di badan ni. Ada cara tradisional dan ada teknik moden. Kos untuk rawatan membuang tatu di badan juga ada yang murah dan ada yang mahal. Malah, ada juga syarikat dan organisasi yang sediakan khidmat membuang tatu secara percuma ini, asalkan memenuhi syarat ditetapkan.

Hmm .. sekarang dah ada banyak syarikat dan organisasi yang menawarkan servis membuang tatu di badan secara percuma. Malah, teknologi yang digunakan untuk membuang tatu di badan adalah menggunakan teknologi rawatan terkini yang lebih baik, tidak menyakitkan dan lebih berkesan. Paling bagus ialah, ia tidak meninggalkan kesan parut yang ketara.

Teknik atau cara membuang tatu di badan paling terkini ialah dengan menggunakan teknik laser.
[post_ads]
Jika lebih 20 tahun dahulu, seandainya seseorang mahu membuang tatu .. dia perlu menggunakan rawatan dengan asid yang sangat menyakitkan, tetapi sekarang sudah ada rawatan membuang tatu yang lebih moden. Cara membuang tatu menggunakan asid, bukan hanya menyakitkan malah ia memberikan parut yang hodoh. Walaupun ianya teknik rawatan paling murah tetapi sebenarnya ia boleh memudaratkan seandainya dilakukan oleh mereka yang tiada kelayakan profesional.

Cara buang tatu di badan, selain menggunakan asid, ialah rawatan menggunakan sinar infra-merah. Cara atau teknik membuang tatu ini adalah jauh lebih murah daripada rawatan membuang tatu menggunakan laser. Ia juga kurang meninggalkan kesan parut jika dibandingkan dengan rawatan menggunakan teknik dermabrasion dan teknik pembedahan tradisional.

Larangan Bertatu Dalam Islam

Tatu adalah haram dalam Islam
Dalam Islam, larangan untuk bertatu ini ada dinyatakan secara khusus dalam sebuah hadis. Nas yang dijadikan sandaran bagi pengharaman tatu itu, pertamanya datang daripada hadis Rasulullah S.A.W daripada Abdullah bin Umar:

"Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah." (H.R al-Bukhari).

Walaupun di dalam hadis di atas dinyatakan larangan haram kepada kaum wanita, namun ia tidak menjadi harus untuk dilakukan oleh kaum lelaki. Ia bukan amalan dalam Islam, dan tidak seharusnya dipraktikkan walaupun ada yang kata membuat tatu di badan adalah satu trend masakini.

Bertatu Dalam Budaya Sesetengah Kepercayaan

Dalam sesetengah budaya di dunia, amalam bertatu mungkin satu yang menjadi kebiasaan, malah ada yang menjadikan amalan memakai tatu sebagai salah satu bentuk penghargaan kepada tuan punya badan. Tatu dilukis pada badan dengan pelbagai bentuk, antaranya bentuk bermotifkan haiwan, tumbuh-tumbuhan, abjab, nombor, dan juga objek berbentuk seperti logo, lambang, dan patung berhala.
Bentuk tatu masyarakat Iban di Borneo Malaysia
Misalnya di Malaysia, amalan bertatu adalah satu amalan biasa dalam budaya masyarakat Iban. Jadinya, apabila seseorang dari bangsa atau kaum Iban, memeluk agama Islam, adalah menjadi satu keharusan baginya untuk membuang tatu. Namun begitu, jika tatu itu berbentuk objek seperti bentuk berhala, bentuk haiwan atau manusia, maka tatu tersebut sebaiknya dibuang; asalkan ia tidak memberi mudarat pada kesihatan.

Bukan apa, takut nanti ia menjadi satu fitnah buat dirinya terutama datang daripada mereka yang tidak tahu bahawa pemilik tatu baru sahaja bergelar mualaf. Jadi, ramai mualaf yang mengambil langkah untuk menyorok tatu supaya terhindar daripada cemuhan dan fitnah ini.

Servis Membuang Tatu Secara Percuma Gunakan Teknik Laser

Cara Dapatkan Servis Buang Tatu Percuma
Di Malaysia, kesedaran seorang mualaf untuk membuang tatu di badan sudah semakin meningkat. Menurut Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), ramai mualaf sebelum memeluk agama Islam secara rasmi, menyatakan hasrat untuk membuang tatu namun menghadapi kekangan kerana kosnya yang agak tinggi.

Alhamdulillah, sekarang ini sudah ada yang ingin membantu golongan mualaf yang mahu membuang tatu. Servis membuang tatu disediakan secara percuma. Salah satu syarikat yang ada menyediakan khidmat membuang tatu secara percuma ini adalah Pusat Kecantikan dan Spa, Estetika Medispa.
[post_ads_2]
Menerusi kerjasama Perkim, syarikat ini menawarkan perkhidmatan membuang tatu secara percuma kepada individu mualaf sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Estetika Medispa, Dr. Abdul Haq Ab. Wasa berkata, berdasarkan harga pasaran, caj yang dikenakan sehingga RM1,000 bagi setiap sesi serta proses pembuangan tatu memerlukan banyak sesi mengikut saiz dan warnanya.

Rawatan yang disediakan oleh Estetika Medispa untuk membuang tatu adalah menggunakan teknik pancaran laser. Rawatan ini lebih selamat dan lebih berkesan kerana ia memecahkan pigmen warna sekali gus memudarkan tatu berkenaan. Rawatan ini yang diberikan secara percuma oleh Estetika Medispa untuk golongan mualaf di Malaysia memakan masa antara 15 minit hingga 45 minit bagi setiap sesi.

Bagaimana Cara Nak Dapatkan Servis Buang Tatu Percuma?

Jika anda seorang mualaf dan berdaftar dengan Perkim atau kenal dengan sesiapa sahaja yang bergelar mualaf, ada hasrat untuk membuang tatu di badan; maka bolehlah mendapatkan servis membuang tatu percuma ini menerusi lapan cawangan Estetika Medispa antaranya di Kuala Nerus, Kemaman, Shah Alam, Bangi, Klang, Pulau Pinang, Kuantan dan Kota Bahru.

Boleh juga menghubungi talian 017-934 8974 untuk khidmat nasihat dan butiran lanjut.

COMMENTS

BLOGGER: 2
Loading...
Panduan Iklan Adwords
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,73,Abah Blogger,38,Advertorial,131,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,39,advertorial 2015,7,ARTIKEL KEHIDUPAN,7,ARTIKEL KEKELUARGAAN,7,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,148,Bicara Minda,72,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,76,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,56,Buat Duit Online,370,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,44,Contest 2014,16,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,diskaun saman PDRM,2,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,817,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,356,FAKTA MENARIK,106,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,26,Giveaway,9,Hari Raya,57,Hartanah,60,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,House Husband,599,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,59,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,36,Info GST,14,Informasi,553,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,9,Inspirasi,16,Inspiration,4,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,46,Kekeluargaan,149,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,100,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,58,KISAH KELUARGA,49,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,22,KONGSI PETUA,2,KTM,17,Lawak Blogger,38,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,392,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,11,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,433,Panduan Adsense,19,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,4,PDRM,1,Pelaburan,29,Pendapat,31,Penghargaan Dari Bloggers,8,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,92,Percutian Keluarga,14,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,18,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,57,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,533,Semesti,2,SENI,3,Shopping,133,Shopping Online,4,Sihat Cantik,8,SIHAT SOKMO,17,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Menarik,209,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,116,Tips Blogging,325,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,83,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,53,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,117,Work From Home,11,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog: Pakai Tatu Haram, Dapatkan Servis Buang Tatu Percuma
Pakai Tatu Haram, Dapatkan Servis Buang Tatu Percuma
Bagaimana cara nak membuang tatu di badan? Cara dapatkan servis membuang tatu percuma. Jenis tatu yang perlu dibuang oleh mualaf.
https://2.bp.blogspot.com/-iHcsD4V7Ovc/Wmg1VTgUVUI/AAAAAAAAquE/Ngi8bnIDZBM8Q9wsAYAiP2E9vYBtWrnPwCLcBGAs/s1600/cara-buang-tatu-percuma.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-iHcsD4V7Ovc/Wmg1VTgUVUI/AAAAAAAAquE/Ngi8bnIDZBM8Q9wsAYAiP2E9vYBtWrnPwCLcBGAs/s72-c/cara-buang-tatu-percuma.jpg
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog
https://www.hasrulhassan.com/2018/01/pakai-tatu-haram-dapatkan-servis-buang.html
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/2018/01/pakai-tatu-haram-dapatkan-servis-buang.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Muatkan Semua Post Tidak ditemui sebarang post PAPAR SEMUA Seterusnya Balas Batal balas Padam Oleh Utama LAMAN POST Papar Semua PILIHAN KHAS UNTUK ANDA TAG ARKIB SEARCH SEMUA POST Tidak ditemui sebarang post berkaitan Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis sebentar tadi 1 minit lalu $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Semalam $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy