Panel SBB2016 Baju Kotak Nyata Gugup

Saya memohon maaf banyak-banyak kepada semua peserta dan juga blogger yang hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016) di Dewan Kompleks Campbell, Kuala Lumpur pada 16 April 2016. Sebagai salah seorang panel, saya merasakan diri telah gagal untuk memberikan banyak manfaat di dalam perkongsian mini forum. Saya gugup ... walaupun sudah mencuba untuk kontrol macho dan kekacakkan, tetapi dalam hati tiada siapa yang tahu betapa gementar dan gemuruhnya jiwa. Ya, saya panel berbaju kotak yang nyata gugup.

Panel SBB2016 Berbaju Kotak Nyata Gugup

Saya hadir sebagai panel untuk mini forum SBB2016 dengan baju biru berkotak-kotak. Baju itu adalah baju kesayangan saya, dan baju itu juga yang telah menyerlahkan kekacakan saya selama ini walaupun rambut hanya panjang seinci. Tapi kacak tak bermakna apa-apa, andai sebagai salah seorang panel dalam mini forum SBB2016 gagal memberikan impak yang diharapkan ramai.

Saya tak pandai untuk berbicara secara khalayak. Yang saya tahu dan rasa bijak sangat adalah menulis menggunakan platform blog dan media online. Walaupun saya pernah menjadi wakil blok untuk pertandingan pantun peringkat kolej, tetapi ia bukan tanda saya boleh berkomunikasi dengan baik di depan orang ramai. Tangan dan jari jemari tetap berpeluh walaupun berada di dalam tempat yang berhawa dingin ... huhu.

Ini bukan pertama kali saya diberikan penghargaan dan kepercayaan untuk menyampaikan ilmu. Sebelum ini pun pernah dijemput sebagai salah seorang penceramah atas jemputan Kelab Keusahawanan UKM. Peluang tersebut diberikan kepada saya untuk bercakap soal bisnes atas talian (bisnes online) kepada ahli Kelab Keusahawanan yang ramainya daripada pelajar berbangsa Cina.

Boleh baca entri ini - Cara Blogger Mendapat Respect Masyarakat

Tapi itulah, biasanya kalau pegang mikrofon ... saya akan dendangkan lagu Memburu Rindu .. tetapi di SBB2016, saya perlu berkongsi pengalaman tentang bagaimana nak jana pendapatan menerusi blog sebagai blogger sepenuh masa. Terlalu banyak nak diceritakan, terlalu banyak tips nak saya kongsikan .. namun apakan daya, sehingga ke saat entri ini ditulis, saya masih ada perasaan darah gemuruh gementar yang sukar untuk dihilangkan. Apabila ia datang, semua yang mahu saya lontarkan menerusi suara ala-ala Saleem hilang begitu sahaja. Ini baru naik atas pentas bercerita kepada orang ramai yang kebanyakkannya kenal siapa saya ... huhuhu... kalau orang tak berapa nak kenal siapa Hasrul Hassan .. uh?

Masuk TV3 Pun Gugup Juga?

Ketika saya ditemuramah oleh wartawan Nona TV3 pun saya kekal gugup, walaupun ianya hanya sebuah rakaman tanpa nampak siapa khalayak yang harus saya berdepan. Saya mudah hilang fokus apabila berdepan dengan ramai orang, terutama sekali di kalangan audience yang nyata ada diantaranya lebih hebat dan lebih berpengalaman dari diri saya. Adakah apa yang ada pada diri saya berbaloi untuk mereka?

Rasa Kerdil

Naik ke pentas SBB2016 sebagai panel ... saya tidak merasa gah atau bangga, tetapi terasa begitu kerdil dan kecil apatah lagi apabila melihat dua lagi panel yang nyata lebih berjaya dari saya. Meskipun saya sangat berbesar hati atas jemputan dan kepercayaan diberikan oleh pihak Denaihati Network sebagai penganjur, namun jauh di sudut hati saya .... saya kalau boleh mahu menolak. Ya, saya mahu menolak untuk menjadi sebagai salah seorang panel dalam SBB2016 ..... ini kebenarannya.

Tapi, saya tidak berbuat demikian. Saya respect pengasas dan tim Denaihati Network. Tambah lagi, saya telah terhutang budi dengan penganjuran Majlis Sepetang Bersama Blogger sebelum ini. Majlis SBB2014 telah memberikan impak yang tersendiri terhadap diri saya sebagai blogger sepenuh masa. Apatah lagi, ia memberikan kesempatan untuk mengenali lebih dekat siapa pembaca blog saya yang nyata ramai menganggap saya sebagai Sifu Blogger mereka. Alhamdulillah, terima kasih.

Terima Kasih Denaihati Network dan SBB2016

Terima kasih Tuan Haji Amir Hassan, pengasas Denaihati Network. Terima kasih juga kepada Hadihaizil Din (Eizil), dan terima kasih kepada pengarah projek Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 iaitu Hisyamudin Fadhil (Kid) serta rakan di belakang tabir SBB2016. Terima kasih atas kesempatan diberikan. Terima kasih atas penghargaan serta kepercayaan. Terima kasih kerana memperkenalkan saya dan blog Hasrul Hassan kepada ratusan blogger hebat yang lain.

Ini satu pengalaman yang cukup berharga buat diri saya. Terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang sudi temankan saya ke SBB2016 walaupun mereka tidak berada di dalam dewan yang penuh meriah dan happening.

Terima kasih kepada semua yang sudi mendengar bebelan saya semasa SBB2016, dan terima kasih kerana ramai yang sudi menegur saya yang agak pemalu ini .. huhuhu..  kepada awek-awek .. jangan kecewa jika tidak dapat berselfie bersama, in Sha Allah ... andai umur panjang dan ada rezeki .. mungkin akan ada kesempatan lain.

Saya, Hasrul Hassan .. sesungguhnya lagi benar .. adalah panel SBB2016 yang nyata gugup walaupun berbaju kotak yang serlahkan kekacakan.


Kredit Gambar - Pendekar Berkuda Network, Pakar Komisen Klikjer - Mohd Fairiz

{ 12 comments.. read them below or add one }

Jueliza Jamani Jueliza Jamani April 20, 2016
takder la bro.. mungkin bro yang rasa mcm tu.. kami tengok bro sangat yakin tau..
sambal serai sambal serai April 21, 2016
Tak tau kewujudan SBB sebelum ni tapi seronok baca artikel ni :p
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah April 21, 2016
saya kalau diberi peluang untuk berada diatas pentas memang gugup juga..cuma kerjaya saya yang memerlukan saya berucap sahaja telah melatih saya bagaimana menguasai diri ketika berkomunikasi di depan orang..anyway tahniah sifu..you're the best
izzeyda izzeyda April 21, 2016
saya pun kalau diberikan peluang berada di atas pentas pun, pastinya gugup..
Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad April 21, 2016
tahniah tuan, biasalah ramai orang akan gugup
Hasrul Hassan Hasrul Hassan April 21, 2016
Hmm ... kena banyak blogwalking ni .. hehehe
Hasrul Hassan Hasrul Hassan April 21, 2016
Haha ... lepas ni saya harap dapat perbaiki diri, rugi peluang nak sampaikan sesuatu digagalkan hanya kerana kelemahan diri.
Puan Wawa Puan Wawa April 21, 2016
Tahniah Tuan HH, mabruk.")

Wawa suggest HH buat Video then post kat fb. pastu boleh tengok gugup ke tak..")
kamil salleh kamil salleh April 21, 2016
Tahnaih bro...HH, memang gugup bila berada di pentas, semua orang rasa begitu... lama-kelamaan atau kerap diundang berucap di pentas, mungkin perasaan gugup akan hilang sedikit demi sedikit.

Kalau saya tilak mentah-mentah.
Khir Khalid Khir Khalid April 23, 2016
Perkongsian tuan HH adalah bnyk manfaatnya... perkongsian yg telus buat kami blogger2 sebagai panduan. Walaupun tak lama waktu yg ada, tapi mmg bermanfaat... gugup ke tak tu tak de masalah sbb bila otai cakap, org kena dengat, baru ilmu tu berkat... t kasih atas perkongsian HH... :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.