10 October 2017

Tahniah Yeop Mazri dan Mia Namia - Dua Blogger Disatukan


Tahniah buat kedua rakan blogger Khairil Mazri aka Yeop Mazri dan Faizatul Nurhanis aka Mia Namia di atas pernikahan dan majlis perkahwinan mereka pada 7 Oktober 2017 di Dewan MBSA Kamunting, Shah Alam, Selangor. Saya dan keluarga adalah antara diundang ke majlis tersebut, namun alangkah malangnya saya ada urusan keluarga yang perlu diuruskan.

Apapun, saya mendapat tahu ramai juga rakan-rakan blogger kedua mempelai yang telah hadir ke majlis persandingan mereka. Malah, ada rakan blogger yang turut memeriahkan majlis akad nikah Yeop Mazri dengan Mia Namia pada hari sebelumnya.

Tahniah Yeop Mazri dan Mia Namia - Dua Blogger Disatukan

Sebelum mereka disatukan, memang terdapat desas-desus di kalangan rakan blogger group Best Blogger Network yang mengatakan mereka sedang bercinta, tetapi masing-masing empunya diri menafikannya.

Uhh memang pandai sorok status dan hubungan. Satu tindakan yang bijak dalam menjaga perhubungan. Yelah, jodoh ini adalah ketentuan Tuhan, manusia cuma merancang.

Ramai juga rakan blogger yang tak tahu bahawa Yeop Mazri dan Mia Namia telah mula dikenen-kenen oleh rakan-rakan blogger lain sejak dari tahun 2016 lagi. Mungkin sebab ada kenampakkan chemistry di antara keduanya.

Pertama Kali Pertemuan

Buat pengetahuan, kedua mereka pertama kali bertemu dan berkenalan semasa Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB2014). Ketika di SBB2014, Mia agak menonjol kerana kelincahannya di dalam majlis tersebut selain antara blogger yang paling aktif mengambil gambar dengan kamera DSLRnya.
[Lihat] 20+ Gambar dan Foto Blogger di SBB2014
Pada SBB2014 itulah, saya pertama kali bertemu Mia. Sekali tu bertemu, terus jadi mesra...seolah dah lama berkenalan. Ya, dalam dunia blogger memang kami kenal tapi tu pertama kali bertemu.

Manakala Yeop Mazri, saya mula jumpa semasa satu event anjuran RTAM untuk mempromosikan pakej pelancongan Homestay dengan KTM. Saya yang jemput Yeop secara peribadi untuk hadir salah satu event yang dibuat di Lenggong, Perak.

Pertama kali saya jumpa Yeop, memang saya agak terkejut ... uhhh Yeop sangat ramah, bagai peluru kalau bercakap .. ada je benda yang dia nak sembang sampaikan saya tak terlayan dibuatnya .. haha. Lepas tu, sayalah yang jemput Yeop Mazri secara peribadi untuk hadir ke SBB2014.

Aha .. alhamdulillah, Yeop datang dan di situlah Yeop bertemu dengan Mia. Tak sangka, pertemuan dua mata mereka berakhir di atas jinjang pelamin.

Selepas dari SBB2014, saya kerap juga bertemu dengan dua blogger ni samada dalam event berkaitan blogger atau secara kebetulan. Mereka berdua adalah antara blogger yang agak aktif dalam Best Blogger Network yang diterajui oleh rakan blogger Kamil Salleh.

Dua orang blogger bernikah dan berkahwin bukan perkara baru. Ramai je di kalangan rakan blogger yang telah bertemu pertama kali dalam event tertentu akhirnya mendirikan rumahtangga bahagia.

Tahniah

Tahniah dan syabas buat kedua-dua rakan blogger yang telah saya kenal (dalam dunia blog) sejak dari 2010 lagi. Saya dan isteri doakan keduanya akan kekal bahagia buat selamanya, serta dikurniakan zuriat yang baik-baik, soleh dan taat pada perintah Allah S.W.T.  In Sha Allah, moga juga pintu rezeki buat mereka berdua semakin luas.

Berikut saya kongsikan beberapa gambar majlis perkahwinan Yeop Mazri dan Mia Namia, disumbangkan oleh beberapa rakan blogger yang hadir ke majlis mereka di dewan MBSA Kamunting, Shah Alam.

Tahniah Yeop Mazril dan Mia Namia - Dua Blogger Disatukan
Tahniah Yeop Mazril dan Mia Namia - Dua Blogger Disatukan

Kredit: CahayaDiana.com, AkmaOmar.com, Denaihati.com

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

22 Komen

Tahniah buat pasangan Yeop Mazril & Mia Namia

alhamdulillah..selamat disatukan..moga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat..

pengantin blogger❤
Tahniah untuk mereka berdua. Smga bhgia hingga akhir hayat.

jodoh blogging..rare hehehe

Tahniah.. sesungguhnya jodoh pertemuan di tgn Allah..
Jodoh sesama blogger..

semoga jodoh mereka berdua berpanjangan dan moga bahagia hingga ke anak cucu :D

Senyap-senyap tulis entri... alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kerana menulis entri untuk kami berdua.

Tahniah Yeop dan Mia. Kita doa dari jauh

Jodoh sesama blogger memang best..

Yalah..

Masing masing saling faham kerjaya yang penuh onak dan duri..

Atas rasa persahabatan blogger saya mendoakan kedua mempelai mendapat sakinah,rahmah dan maudah sehingga ke jannah..

Aamiin

terima kasih banyak untuk doa nya .... :)

Tahniah la. Memang perasan juga masa sbb aritu. Semoga Allah memberikan mereka kebahagiaan dunia dan akhirat.

Tahniah buat pasangan mempelai. Selamat pengantin baru

Bestnya, teringin nak jumpa senpai senpai bloggers. Saya tak berapa aktif sangat, sebab takde idea sangat nak up apa.

Tahniah buat pasangan pengantin. Semoga bahagia, dilimpahi rezeki, dan diberi kesihatan :)

In Sha Allah, semoga mereka berdua kekal bahagia

Sama-sama Namia ... :) seronok tgk Namia dah nikah kahwin ngan Yeop ni.

Hahaah.. dah rancang dah dalam grup wasap BBN.

Tahniah yeop/mazri dan mia!

Kalau ada resepsi lagi jangan lupa ajak Pisyek.

Hehehe.

Latest Post: Review DataKL Hosting Setelah Hampir 10 Tahun Menggunakannya

tahniah... perkenalan yang indah pengakhirannya...

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon