Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014

Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014 dan gambar perasmian pelancaran brosur rail tourism - tourail sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk menghadiri pelancaran satu pakej menarik pelancongan dengan keretapi dan Inap Desa (homestay). Pakej ini merupakan satu pakej yang dinamakan Rail Tourism, dan antara tarikan terbaru pelancongan di Malaysia. Baru? Hmm sebenarnya dah lama.... cuma mungkin kurang diketahui umum.

Rail Tourism sebenarnya telah ada sejak 2012 lagi, malah ia pernah dilancarkan sebelum ini di Singapura (kalau tak silap). Dan bagi diri saya, saya sememangnya sebelum ini ada bercadang mahu mencuba pakej Rail Tourism ini... dan tanpa disangka, pucuk dicita ulam mendatang.

Rail Tourism merupakan inisiatif pelancongan serba menarik yang telah dibawakan oleh RTAM (Railway Tourism Association Malaysia). Pakej yang ditawarkan merupakan pelancongan menggunakan perkhidmatan KTM (Keretapi Tanah Melayu) dan dipadatkan dengan aktiviti di Inap Desa (homestay) terpilih. Jadi, ia satu pakej pelancongan yang unik kerana menggabungkan dua entiti yang hanya boleh didapati di Malaysia.
Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014

Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014

Pada 10 Januari 2014, pihak penganjur iaitu RTAM dengan kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta Keretapi Tanah Melayu (KTM) telah melancarkan Brosur Tourail VMY2014 (Tourail Brochure).

Pelancaran tersebut telah dilakukan di dua tempat, yang pertama di KL Sentral pada jam 4:30 petang manakala pelancaran perdana diadakan di KTM Ipoh pada jam 8:00 malam. Kalau tidak silap, hampir 500 orang hadir termasuklah media, pelancong asing serta tempatan dan juga blogger.

Dari KL Sentral, tetamu yang hadir kemudiannya dibawa menaiki ETS (Electric Train Service) menuju ke Stesen Keretapi Ipoh. Sebanyak 6 gerabak ETS disediakan. Di mana saya? Saya berada di gerabak yang menempatkan penduduk kampung dari Padang Rengas, Kuala Kangsar beserta pelancong dari Somalia dan juga Indonesia.

Perjalanan ETS dari KL Sentral ke Ipoh hanya mengambil masa 2 jam dengan purata kelajuan antara 100-140 km/jam. Memang laju, dan berbeza keadaan jika menaiki tren biasa. Tren tiba di Stesen KTM Ipoh jam 8 malam dengan disambut oleh kakitangan Motac (Ministry of Tourism and Cultural) dan Kerajaan Negeri Perak.
Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014
Pelancaran di Ipoh, Perak memang gamat, mana tidaknya, ada persembahan artis terkenal seperti Najwa Latif, Mus May, Sheda dan Ronnie Hyperact. Walaupun ada ketika gerimis mengundang, dataran KTM Ipoh tetap ramai dengan pengunjung. Sesekali keriuhan kedengaran dengan celoteh Azwan Ali di pentas utama.

Gambar Sekitar Pelancaran Brosur Tourail di KL Sentral


Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014
Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014
Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014
Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014
Menteri Pelancongan Malaysia Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014
Pramugari dan Pramugara ETS
Majlis ini telah dilancarkan serta dirasmikan oleh YB Dato' Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Dianjurkan oleh RTAM dan Motac, pelancaran ini turut disertai oleh Kerajaan Negeri Perak, sebagai memeriahkan lagi majlis memandangkan kebanyakkan destinasi homestay dalam program kali ini adalah dalam negeri Perak - Homestay Gopeng, Homestay Bukit Gantang dan Homestay Kg. Beng.

Maklumat Lanjut Pakej Tourail VMY2014

Untuk mengetahui mengenai Pakej Tourail - Rail Tourism sempena VMY2014 ini, anda boleh rujuk informasi di bawah ini.

RTAM (secretariat.rtam@gmail.com)

Nantikan pula entri pengalaman saya menetap 3 hari 2 malam di homestay. Di mana? Tunggu ehh ...


Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,117,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,366,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,291,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,52,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,81,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,277,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,338,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,54,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,487,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,93,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
ltr
item
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014
Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014
Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014 dan gambar perasmian pelancaran brosur rail tourism - tourail sempena Tahun Melawat Malaysia 2014
http://1.bp.blogspot.com/-7Yry9D4N2ks/Us6EmB2EaPI/AAAAAAAAzSM/CFNvbW7Jjpc/s1600/railway-tourism-vmy2014.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-7Yry9D4N2ks/Us6EmB2EaPI/AAAAAAAAzSM/CFNvbW7Jjpc/s72-c/railway-tourism-vmy2014.jpg
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2014/01/pelancaran-pakej-rail-tourism-vmy2014.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2014/01/pelancaran-pakej-rail-tourism-vmy2014.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy