Langkau ke kandungan utama

Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terkini 2016

Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terkini 2016. Saya merupakan salah seorang bekas pelajar sekolah berasrama penuh (SBP). Memang seronok belajar di SBP. Suasana pembelajaran yang kondusif serta dikelilingi oleh tenaga pengajar yang mantap membuatkan saya mempunyai rasa keinginan tinggi untuk berjaya di dalam pelajaran.

Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan tingkatan satu sehingga lima di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) dengan keputusan yang agak baik. Dengan keputusan tersebut, saya berjaya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi di USM dalam bidang pengkhususan Kejuruteraan Perisian (Sains Komputer). Saya merupakan antara 7 orang pelajar Melayu lelaki yang mengambil bidang pengkhususan ini di Pusat Pengajian Sains Komputer, USM Minden, Penang.

Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terkini 2016

Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terkini 2016
Jumlah SBP semasa saya belajar di tingkatan satu dahulu jauh berbeza dengan sekarang. Mengikut senarai terkini Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat 68 buah sekolah SBP di seluruh Malaysia dan jumlah ini tidak termasuk dengan sekolah bawah kendalian MARA iaitu MRSM.

Berikut adalah senarai terkini SBP kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia, beserta URL laman web sekolah terbabit.

BILNEGERISBPALIRANLAMAN WEB
1PERLISSMS TUANKU SYED PUTRASainssmstsp2015.blogspot.my
2KEDAHSEK MEN SULTAN ABD HALIMSainswww.smsah.edu.my
3SMS SULTAN MOHAMAD JIWASainswww.sciencekedah.edu.my
4SMS POKOK SENASainswww.smsps.edu.my
5SBPI KUBANG PASUAgamawww.sbpikp.com.my
6SMS KUBANG PASUSainswww.smskp.edu.my
7P.PINANGSMS T.SYED SHEH SHAHABUDINSainswww.smstsss.net
8SMS KEPALA BATASSainswww.smskb.edu.my
9PERAKTHE MALAY COLLEGE KUALA KANGSARSainswww.mckk.edu.my
10SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMANSainswww.staripoh.edu.my
11SMS RAJA TUN AZLAN SHAHSainswww.seratas.edu.my
12SMS TELUK INTANSainswww.semesti.com.my
13SBPI GOPENGAgamawww.igop.edu.my
14SMS BAGAN DATOHSainswww.sabda.edu.my
15SMS TAPAHSainswww.sesta.edu.my
16K.LUMPURSMS ALAM SHAHSainshttp://asiskl.org
17SMS SERI PUTERISainshttp://seseri.edu.my
18SMS SELANGORSainswww.smss.edu.my
19PUTRAJAYASEKOLAH SULTAN ALAM SHAHSainswww.sas.edu.my
20SELANGORSEKOLAH SERI PUTERISainswww.seriputeri.edu.my
21SMAP KAJANGAgamasmapkajang.edu.my
22SMS KUALA SELANGORSainswww.kusess.edu.my
23SMS HULU SELANGORSainswww.semashur.edu.my
24SBPI RAWANGUlul Albabwww.sbpirawang.com
25SBPI SABAK BERNAMAgamawww.sbpisb.edu.my
26SBPI GOMBAKAgamawww.sbpigombak.edu.my
27SMS BANTINGSainsbasis.edu.my
28N.SEMBILANSEKOLAH DATO' ABDUL RAZAKSainswww.sdaronline.edu.my
29KOLEJ TUNKU KURSHIAHSainswww.tkc.edu.my/newtkc
30SMS TUANKU MUNAWIRSainswww.saser.edu.my
31SMS TUANKU JAAFARSainswww.smstj.edu.my
32SMAP LABUAgamawww.smaplofficial.blogspot.com
33SBPI JEMPOLAgamawww.sbpijempol.edu.my
34SMS REMBAUSainssmsainsrembau.blogspot.com
35SMS PEREMPUAN SEREMBANSainshttp://www.sgs.edu.my
36MELAKASMS MUZAFFAR SHAHSainswww.mee2141.edu.my
37SBPI SELANDARAgamasbpiselandarmel.blogspot.com
38JOHORSEKOLAH TUN FATIMAHSainswww.stf.edu.my
39SMS MUARSainssamura.ppictusm.com
40SMS JOHORSainswww.sciencejohor.com
41SMS KOTA TINGGISainswww.sakti.edu.my
42SMS SULTAN ISKANDARAgamasmssi.blogspot.my
43SMS SEMBRONGSainssmsainssembrong.blogspot.com
44SMS BATU PAHATSainswww.smsbatupahat.com
45PAHANGSMS SULTAN HAJI AHMAD SHAHSainswww.semsas.edu.my
46SMS TENGKU ABDULLAHSainswww.semesta.edu.my
47SEKOLAH SAINS SULTAN AHMAD SHAH, PEKANSainswww.shahpekan.edu.my
48SBPI TEMERLOHAgamawww.insoftemerloh.wix.com/sbpit
49SBPI TUN ABDUL RAZAKAgamainstar-pekan.blogspot.com
50SBPI KUANTANAgamawww.myintek.info
51SMAP BENTONGUlul Albabsuarasuperb.blogspot.com
52T'GANUSMS SULTAN MAHMUDSainswww.sesma.edupage.org
53SMS DUNGUNSainswww.smsdonline.edu.my
54SMS KUALA TERENGGANUSainswww.sester.edublogs.org
55SMS HULU TERENGGANUSainssahuttea5045.blogspot.com
56SBPI BATU RAKITUlul Albabwww.sbpibaturakit.net
57SMS SETIUSainswww.sais.edupage.org
58KELANTANSMS TM FARIS PETRASainswww.smstmfp.edu.my
59SMS MACHANGSainswww.smach.edu.my
60SMS JELISainssmsainsjeli.blogspot.com
61SMS PASIR PUTEHSainssmsppscipp.wordpress.com
62SMS GUA MUSANGSains
63SABAHSMS SABAHSainswww.smesh.edu.my
64SMS LAHAD DATUSainssemsald.blogspot.com
65LABUANSMS LABUANSainswww.smslabuan.edu.my
66SARAWAKSMS MIRISainswww.smsainsmiri@blogspot.com
67SMS KUCHINGSainswww.sainsku.com.my
68SMS KUCHING UTARASainssmskuchingutara.blogspot.com

Diharapnya perkongsian saya mengenai senarai sekolah SBP terkini ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan sebagai rujukan asas untuk memilih sekolah-sekolah menengah terbaik Malaysia.

Jika anda adalah ibu bapa yang mahukan anak-anak masuk ke SBP mulai tingkatan satu pada tahun 2016, boleh rujuk kepada artikel saya - Permohonan Online ke Tingkatan Satu SBP 2016

Kesan Belajar di SBP

Seronoknya bila dah habis belajar di SBP, hubungan dengan rakan-rakan sekolah kekal akrab sehingga kini walaupun semua sudah mempunyai keluarga dan kehidupan sendiri. Alhamdulillah, saya antara bekas pelajar SEMESTI yang agak aktif, bersama dengan isteri saya menyertai beberapa aktiviti bersama sekolah.

Antara aktiviti terbaru yang saya sertai adalah program Ihya Ramadhan 2015 di mana saya merupakan salah seorang daripada AJK perlaksana program di bawah Alumni SEMESTI (Asti).

Adakah anda merupakan salah seorang bekas pelajar SBP? Jika ya, kongsikan kisah ringkas anda di ruangan komen artikel ini.

Sumber: SBP Tingkatan 1 2016


Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …