Langkau ke kandungan utama

Resepi Masak Taucu. Menu Bajet Perlu Cuba!

Antara resepi masakan paling sempoi dan senang untuk dimasak ialah Ikan Masak Taucu. Dan alhamdulillah, saya diberikan kesempatan untuk masak menu dan resepi ini untuk anak-anak. Anak-anak saya memang suka menu ni sebab resepi ini hampir serupa dengan Ikan Masak Asam yang dah jadi makanan kesukaan dan trademark dalam famili.

Kalau anda dalam bajet, boleh cuba resepi ini sebab kos nak masak tak mahal. Macam sayalah, tak lebih, kurang daripada RM8 rasanya. Kalau benda dah ada, menu ni leh disediakan dengan kos kurang daripada RM5. Boleh makan bertambah dan banyak kali lak tu. Simpan esok lusa pun ok lagi .. tak basi sebab tak gunakan santan. Cubalah ... saya kongsikan resepi ni untuk anda cuba.

Resepi Masak Taucu. Menu Bajet Perlu Cuba!

Resepi Masak Taucu. Menu Bajet Perlu Cuba!

Bahan-Bahan

  • 5-6 ekor ikan, samada ikan Selar, Kembung, Kerisi, Tongkol, Cencaru, Nyok Nyok. Semua jenis ikan yang sedap digoreng.
  • Dua peket Taucu Bonda - 80 sen je
  • 4-5 biji cabai muda atau cili hijau
  • 1-2 cili api 
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Halia
  • 1 biji tomato
  • Air dua cawan
  • Sedikit minyak masak untuk tumis

Cara-Caranya

  1. Goreng ikan sehingga separuh garing. Dah masak, letakkan di tepi dulu.
  2. Tumis bawang besar yang dipotong kasar, bawang putih yang dirincik, dan juga seinci halia yang dah kena potong.
  3. Bila naik bau, masukkan taucu dengan air. Kacau sehingga sebati. Masukkan pula cabai muda yang dibelah tengah serta cili api yang ditumbuk.
  4. Masukkan sebiji tomato yang dibelah dua. Kalau takde tomato, gantikan dengan air asam jawa.
  5. Masukkan ikan setelah mendidih.
  6. Kacau sedikit. Rasa kuah. Kalau nak pedas, letakkan lagi cili api yang ditumbuk. Kalau kurang masam, tambah air asam jawa. Rasa masin, tambahkan air.
  7. Siap.
Resepi Masak Taucu. Menu Bajet Perlu Cuba!
Resepi ini ringkas, dan memang bajet. Lihat kos yang saya keluarkan untuk hasilkan menu resepi Ikan Masak Taucu ni ..
  • Taucu Bonda - RM1.60 (dua peket, sepeket 80sen)
  • Cabai muda - RM1.00 
  • Bawang besar + bawang putih + halia, lebih kurang 50 sen.
  • Tomato, beli 4 bijik baru RM1.20
  • Ikan Kembung, saya beli sekilo .. dalam RM3.

Haaa amacam? Tak sampai pun RM8 ... tu pun saya ambil kira kasar harga bawang dan halia yang terlibat. Cabai muda, kalau ada tanam dalam pasu .. lagi jimat. Cili api saya memang ditanam depan rumah.
Resepi Masak Taucu. Menu Bajet Perlu Cuba!
Dalam keadaan ekonomi sekarang, memang perlu berjimat .. agar boleh menabung untuk anak-anak dan masa depan. Kena ingat, dalam keadaan sukar pun mesti menabung. Jadi, resepi-resepi mudah dan bajet macam ni eloklah buat ...  :)

Semoga ada manfaatnya.


Komen

  1. betul kena berjimat cermat..

    BalasPadam
  2. Menarik ni...nanti boleh cuba

    BalasPadam
  3. Mypeberet..... hehe suka masakan simple gini.. sedapppp..

    BalasPadam
  4. wah tauchu memang ah ada tu...boleh masak ni.. :)

    BalasPadam
  5. ye betul memang sedap ikan masak taucu, cili hijau tu pastikan di buang biji secukupnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh saya tak buat lak macam tu .. bantai je makan ...

      Padam
  6. ada ke ikan kembung rm3 sekilo... seekor ada la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada .. tempat saya memang ada .. tiba musim,. leh jatuh rega sampai singgit sekilo. Al maklumlah, nelayan pantai banyak kat sini.

      Padam
  7. Boleh nak cuba juga resepi jimat ni Bro HH.

    BalasPadam
  8. Sedap masak taucu ni. Rasa masam-masam sikit.

    BalasPadam
  9. Boleh tambah duit tabung dengan menu macam ni. Sedap aje kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap ... ikan goreng sedikit garing .. :) pedas2 skit .. hmm sedappppp

      Padam
  10. kalaulah berani berumah tepi pantai... boleh rasa ikan segar yang murah :D

    BalasPadam
  11. memang budget sungguh...melastik lauk budget.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.