Traveloka Banner

Panduan 14 Strategi & Cara Berjimat Cermat Supaya Boleh Simpan RM1K Sebulan

Nak ada simpanan RM1000 setiap bulan tak? Bagaimana jika saya beritahu ada satu panduan yang akan tunjukkan 14 strategi dan cara terbaik untuk berjimat cermat. Ia merupakan strategi dalam cara kita menguruskan kewangan dan juga cara hidup.

Jika anda seorang yang berada di dalam kesempitan kewangan, walaupun gaji anda 4 angka sebulan ... maka tentu ada sesuatu yang tidak kena di dalam pengurusan kewangan anda. Panduan 14 strategi berjimat-cermat ini akan bantu anda untuk merasai ketenagan dan tidak lagi merasa kesempitan kewangan.

Strategi Untuk Berjimat Cermat dan Menyimpan RM1,000 Sebulan

Strategi Untuk Berjimat Cermat dan Menyimpan RM1,000 Sebulan
Zaman sekarang semuanya duit. Bukan sedikit duit, tetapi banyak duit. Walaupun Malaysia telah Merdeka 60 tahun (sehingga 2017), namun masih ramai di kalangan rakyat Malaysia tak kira bangsa dan latar ekonomi merasa perit dengan keadaan kewangan yang ada.

Walaupun pihak kerajaan pernah janjikan kepada rakyat, apabila GST diperkenalkan .. harga kebanyakan barangan dan produk untuk isi rumah akan menjadi lebih murah, namun hakikatnya ianya tidak berlaku seperti digembar-gemburkan.

Ramai yang rasa keadaan kewangan makin tersepit dan terhimpit. Gaji bulanan yang diterima masih belum mampu untuk membolehkan sesebuah keluarga mahupun individu untuk merasa tenang. Kerisauan sentiasa ada. Risau andai gaji yang ada tidak cukup menampung belanja kehidupan.

Pun begitu, walaupun wujud golongan yang ada masalah ini, ada juga segelintir daripada kita yang berjaya mengharungi waktu-waktu sukar ini. Malah, mereka mampu untuk berbelanja tanpa risau, ada tabungan kecemasan .. dan paling hebat, ada yang mempunyai modal kewangan untuk membeli rumah idaman walaupuan ia cuma sebuah rumah RMR Plus.
[Dah Baca?] Cara-Cara Saya Buat Duit Secara Online - Hanya Dari Rumah
Apakah rahsia mereka? Bagaimana mereka boleh survive dalam keadaan yang ramai orang dok sebut .. tertekan, sempit dan terhimpit ini?

Jika anda follow ramai pakar pengurusan kewangan dan motivasi, kebanyakkan dari mereka akan memberitahu bahawa salah satu cara dan kaedah untuk atasi segala belenggu masalah kewangan ini adalah dengan cara berjimat-cermat.

Panduan 14 Strategi & Cara Berjimat Cermat Supaya Boleh Simpan RM1K Sebulan

Strategi Untuk Berjimat Cermat dan Menyimpan RM1,000 Sebulan
Kaedah, cara serta strategi berjimat-cermat memang telah dibuktikan dalam banyak aspek pengurusan kewangan.

Berikut adalah 14 strategi untuk berjimat-cermat:

  1. Strategi Berjimat-Cermat di Rumah
  2. Strategi Berjimat-Cermat Ketika Berbelanja
  3. Strategi Berjimat- Cermat Makanan Harian
  4. Strategi Berjimat- Cermat dalam Hal Pendidikan
  5. Strategi Berjimat-Cermat dalam Majlis
  6. Strategi Berjimat-Cermat dalam Aspek Penggunaan Kenderaan
  7. Strategi Berjimat- Cermat untuk Kesihatan
  8. Strategi Berjimat-Cermat di Pejabat
  9. Strategi Berjimat-Cermat dalam Hiburan
  10. Strategi Berjimat Cermat untuk Pelajar Universiti
  11. Strategi Berjimat-Cermat dalam Komunikasi dan Gajet
  12. Strategi Berjimat-Cermat dalam Aktiviti Bercuti
  13. Strategi Berjimat-Cermat di Waktu Perayaan
  14. Strategi Berjimat-Cermat Pindah Rumah Baru

Banyak kan strategi untuk lebihkan apa yang kurang? Mungkin daripada 14 ini tidak semua sesuai untuk anda dan saya. Namun, ilmu yang macam ni memang kena amal bersungguh-sungguh jika mahu lihat hasilnya.

Saya nak terangkan satu persatu memang panjanglah, tapi saya ada dan pernah kongsikan beberapa tips berjimat-cermat ini secara am di dalam blog ini, terutama bab berjimat-cermat di rumah, berjimat ketika berbelanja, berjimat makanan harian, berjimat dalam hal pendidikan serta kesihatan, berjimat dalam gajet, dan juga berjimat-cermat semasa cuti perayaan.


Hasilnya, anda boleh lihat sendiri dan baca beberapa post sebelum ini .. saya dan keluarga boleh pergi bercuti menginap di hotel mewah, boleh menginap dua hotel dalam masa lima hari, boleh pergi bercuti dari utara hingga ke selatan, makan minum sana-sini .. shopping online .. dan banyak lagi.

Walaupun ada ketika aktiviti-aktiviti tersebut tak dapat dibuat, namun hasil berjimat untuk perkara ini, isteri saya boleh buat tabungan untuk anak-anak dalam SSPN-i Plus dan juga Tabung Haji.

Mungkin anda nak ikuti jejak langkah saya dan isteri dalam berjimat-cermat ini, maka itu .. saya syorkan anda baca panduan 14 strategi berjimat-cermat yang boleh anda muat-turun di SINI.

Panduan ini dalam bentuk ebook (format pdf), anda boleh simpan dan baca menerusi komputer, laptop, tablet mahupun telefon pintar anda. Ia satu pembacaan penuh manfaat bagi membantu anda urus kewangan dengan baik.

Adakalanya anda rasa perkara yang dinyatakan dalam ebook ini macam perkara biasa sahaja. Tetapi, rupa-rupanya perkara itulah yang kita tidak boleh terlepas pandang dalam mengurus dan mengawal perbelanjaan dengan lebih berkesan. Malah ianya berbaloi untuk menjimatkan wang, masa dan tenaga anda.

Tip-tip dalam e-book ini adalah satu tindakan yang bijak dan mendorong anda agar lebih menghargai setiap masa, tenaga dan wang ringgit yang dibelanjakan serta lebih kreatif untuk menjalani kehidupan secara sederhana dan teratur.

Paling best, ia secara tidak langsung akan tunjukkan cara bagaimana nak ada simpanan sebanyak RM1,000 sebulan. Uhh RM1,000 sebulan dapat simpan, 12 bulan dah ada RM12,000 .. banyak boleh dilakukan tu.

Nak tahu lagi, terus ke laman berikut di SINI.

Semoga ada manfaat untuk anda, in Sha Allah.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

3 Comments

  1. Tak rugi anda dapat tahu ilmu ini, ianya ilmu evergreen .. in Sha Allah, anak-anak jika dididik dgn tips diberikan pun akan dapat manfaat.

    ReplyDelete
  2. dah lama tak singgah blog tuan.

    ReplyDelete
  3. Sangat berguna tips ni. Lagi2 sekarang bukan sahaja kena berjimat, duit yang dapat disimpan itu dikembangkan dalam bentuk simpanan/pelaburan (selalunya, untuk anak dan keluarga lah)

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.