Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) SPNB

Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) SPNB. Program Rumah Mesra Rakyat Plus yang disediakan oleh SPNB adalah salah satu daripada program kesinambungan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M). Konsep asasnya adalah sama, cuma ia dikhususkan kepada golongan rakyat yang mempunyai tanah, tetapi gagal untuk memenuhi kriteria minima untuk permohonan RMR1M.

Program RMRPlus SPNB adalah program alternatif pemilikan rumah sendiri yang mensasarkan golongan yang tidak layak mendapat subsidi di bawah program RMR1M disebabkan pemohon melebihi syarat minimum program iaitu melebihi anggaran pendapatan kasar seisi rumah RM750 sehingga RM3,000 sebulan. Jika anda salah seorang yang gagal dalam permohonan tersebut, boleh cuba untuk mohon RMRPlus.

Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) SPNB

Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat Pus (RMRPlus) SPNB

Untuk permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) SPNB ini, pemohon hanya disyaratkan untuk memenuhi kriteria berikut:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Mempunyai tanah sendiri atau tanah yang telah diberikan kebenaran untuk membina rumah oleh pemilik tanah (contohnya tanah ayah/ibu, tanah keluarga)
  4. Syarat tanah adalah tertakluk kepada keluasan rekabentuk dan kaedah pembiayaan

6 Jenis Skema Rumah RMRPlus

Kategori rumah mesra rakyat plus SPNB
Konsep rumah menerusi program RMRPlus adalah rumah sesebuah satu (1) tingkat, dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Manakala bentuk pembiayaan untuk pembinaan rumah samada secara tunai atau menerusi pinjaman bank atau mana-mana institusi kewangan berlesen.

Para pemohon boleh memilih ciri-ciri skema am rumah RMRPlus daripada enam (6) pilihan sedia-ada iaitu dengan keluasan dari 1000kps ke 1200kps:
  1. Villa Mesra Indah (RM 108,888)
  2. Villa Mesra Simfoni (RM 108,888)
  3. Villa Mesra Andaman (RM 108,888)
  4. Villa Mesra Kasih (RM 126,666)
  5. Villa Mesra Perdana (RM 126,666)
  6. Villa Mesra Impian (RM 126,666)
Untuk memohon, anda boleh muat-turun borang permohonan RMRPlus SPNB di bawah. Borang ini adalah percuma, sila muat-turun atau cetak terus daripada kotak paparan di bawah (klik pada kotak kecil bucu dengan anak panah).


Jika paparan di atas tidak keluar, alternatifnya di sini - Borang RMRPlus SPNB 2016

Untuk memastikan pemohon tidak hadapi sebarang masalah permohonan, sila sediakan dokumen-dokumen di bawah ini dengan lengkap:
  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan geran tanah hakmilik (geran tanah untuk dirikan rumah)
  4. Surat kebenaran bina rumah dari tuan tanah (jika berkaitan)
Borang yang lengkap diisi perlulah dihantar menerusi serahan sendiri (digalakkan) ke mana-mana cawangan SPNB berdekatan seperti tertera di akhir post ini.

Bantuan Pembiayaan

Kepada mereka yang bekerja sendiri seperti Nelayan, Petani, Pekedai dan seumpamanya yang tidak mempunyai penyata gaji untuk permohonan pembiayaan pembinaan rumah, saya syorkan anda untuk mendapatkan dan memohon dana SPNB atau boleh cuba memohon menerusi SJKP (www.sjkp.com.my)

SPNB CAWANGAN PERLIS

No.10, Tingkat Atas, Jalan Dua,
Medan Sri Pulai,
01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-97688570 / 04-9768401

SPNB CAWANGAN KEDAH

No.28 & 29, Jalan Uj 2,
Taman Universiti Jaya, Semeling,
08100 Bedong, Kedah.Tel : 04-4500375 / 04-4500376

SPNB CAWANGAN PULAU PINANG

No 17 & 19, Jalan Limbungan Indah,
Taman Limbungan Indah,
12100 Butterworth, Pulau Pinang.Tel : 04-3322545 / 04-3323545

SPNB CAWANGAN PERAK

No.9 & 9a, Jalan Meru Bestari A6,
Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya,
30200 Ipoh, Perak.Tel : 05-5264188 / 05-5263876

SPNB CAWANGAN SELANGOR

Tingkat 8, Wisma PERKESO,
50400 Jalan Tun Razak,
Kuala Lumpur.MALAYSIA.Tel : 03-26185555 | SMS : 019-2104000

SPNB CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Lot 3518 & Lot 3519,
Lorong Lukut Makmur 1,
Taman Lukut Makmur,
71010 Port Dickson, Negeri Sembilan.Tel: 06-6516681 / 06-6516682

SPNB CAWANGAN MELAKA

No 76 & 78 Jalan Lp 2,
Taman Limbongan Permai,
75200 Melaka.Tel : 06-3369751 / 06-3369572

SPNB CAWANGAN JOHOR

Lot 6 & 7, Tingkat 13,
Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,
80000 Johor Bharu, Johor.Tel : 07-2259900 / 07-2259911

SPNB CAWANGAN PAHANG

No K2, Lot 4770 & Lot 4769,
Jalan Nusa Puteri Utama,
Taman Nusa Puteri,
26800 Rompin, Pahang.Tel : 09-4148555

SPNB CAWANGAN TERENGGANU

No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda,
Komplek Felda Wilayah Terengganu,
Mukim Kuala Nerus,
21060 Kuala Terengganu, Terengganu.Tel : 09-6660010 / 09-6660054

SPNB CAWANGAN KELANTAN

No. Pt2240, Taman Merbau Utama,
Batu Tinggi Bukit Merbau,
16810 Pasir Puteh, Kelantan.Tel : 09-7886546 / 09-7887545

SPNB CAWANGAN SARAWAK

Lot 13319, Sublot No 3,
Section 65 Ktld, Riveredge Commercial Centre,
Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050, Kuching, Sarawak.Tel : 082-230032 / 082-240032

SPNB CAWANGAN SABAH

Lot S01, S02 & S03,
Vista Seri Melalin,
Jalan Kompleks Jkr Tuaran,
89208 Tuaran, Sabah.Tel : 088-791610 / 088-791612

1 comment... add one now

raihanah raihanah October 12, 2016
bolehlah mencuba sapa2 yang memerlukan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.