Langkau ke kandungan utama

Kecewa Sikap Peniaga Ambil Kesempatan Kerana GST

Kecewalah saya dengan sikap peniaga yang mahu ambil kesempatan terhadap perlaksanaan GST ini. Saya tidak faham mengapa peniaga sanggup memperdayakan pengguna di Malaysia, dengan beralasan menaikkan harga kerana GST.

Saya sebenarnya berbelah bahagi mengenai isu GST ini. Apabila GST diperkenalkan di Malaysia mulai 1 April 2015, kita mula nampak ada harga barang dan produk yang turun, ada pula harga barang dan produk yang naik. GST diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan negara di mana sistem percukaian ini disifatkan oleh pihak kerajaan sebagai lebih adil dan telus. Namun, apa yang berlaku bermula 1 April 2015 ialah, banyak rungutan dan kekecewaan dari rakyat yang nampak bahawa GST ini telah membebankan mereka.

Kecewa Sikap Peniaga Ambil Kesempatan Kerana GST

Kecewa Sikap Peniaga Ambil Kesempatan Kerana GST

Peniaga dengan sewenang-wenangnya naikkan harga dengan membuat penambahan kadar 6% pada belian barangan, terutama barangan keperluan dapur tanpa melakukan penolakan terhadap cukai yang dikenakan sebelum ini iaitu cukai perkhidmatan dan cukai jualan.

Ramai peniaga yang masih keliru dengan cara perlaksanaan sistem cukai GST ini. Sepatutnya apabila GST dikenakan, secara automatik barangan dan produk yang sebelum ini dikenakan cukai SST sebanyak 16% mestilah ditolak daripada harga barangan tersebut. Namun apa yang berlaku adalah kerja mudah peniaga dengan menambah terus 6% cukai GST pada harga barang sedia ada.

Kiraan Harga Baru GST dan Bagaimana Tahu Barang Dikenakan GST

Jika harga lama ada, lepas itu ditambah pula dengan GST sebanyak 6%, dah sah-sahlah harga jadi mahal, menjadikan harga berkali ganda naik. Sudahlah harga asal barangan dan produk dikenakan SST sebanyak 16%, pastu ditambah pula 6%.

Walhal pengiraan harga barang dan produk baru selepas GST sepatutnya begini:

Harga Barang/Produk - SST 16% + GST 6% = Harga Baru

Untuk peniaga yang menggunakan GST sebagai alasan untuk letakkan harga baru, mereka perlulah berdaftar dan mempunyai ID GST di dalam resit pembelian dan jualan. Jika tidak ada resit, dan tidak ada id GST ini, mereka tidak boleh meletakkan harga sesuka hati dengan menggunakan alasan barang dan produk dijual dikenakan GST.

Resit Jualan Perniagaan Dikenakan GST
Namun, saya akui ada barangan dan produk yang asalnya murah naik sedikit disebabkan dahulu tidak dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan, tetapi kini dikenakan cukai GST kerana sistem cukai yang baru ini dikenakan pada setiap peringkat urusan perniagaan dan jual beli.

GST Adalah Sistem Cukai Terbaik - Menurut Kerajaan

Jika dilihat atas kertas, sistem GST ini nampak bagus kerana kadar cukai dikenakan adalah sama rata dan seragam iaitu sebanyak 6 peratus, walhal dahulu ada variasi kadar cukai bergantung dengan jenis barang dan sebagainya. Sistem lama, cukai dikenakan antara 6 hingga 16 % - iaitu cukai perkhidmatan dan cukai jualan.

Rakyat Malaysia Panik Nampak GST Pada Resit

Kebanyakkan dari kita nampak panik dengan harga baru selepas GST kerana kadar cukai itu dinyatakan di dalam resit pembelian mahupun jualan. Jika dulu, kita tak nampak pun cukai itu dikenakan ke atas barang yang kita beli, atau perkhidmatan yang kita ambil kerana ianya tidak diwajibkan oleh kerajaan untuk dipaparkan kepada umum.

Nah. Siapa yang tidak panik bila segala kos tersembunyi dinyatakan secara terang-terang di dalam resit pembelian dan jualan. Ini saya sifatkan sebagai cukai yang telus.
Resit Jualan Perniagaan Dikenakan GST

Ketelusan inilah yang telah membuatkan ramai yang marah kerana sudah nampak harga barang itu mahal dek kerana cukai. Walhal harga lama untuk produk dan servis juga telah lama dikenakan cukai, cuma ia tidak nampak di mata pengguna sahaja.

Dulu, pernah juga heboh isu caj perkhidmatan dikenakan untuk restoren Nasi Kandar di mana ternampak di dalam resit bahawa cukai (tax) tersebut dinyatakan. Apabila ramai bersuara, cukai itu kini seperti hilang isunya walhal masih lagi dikenakan tanpa sedar!

Apa yang saya nampak, rakyat Malaysia kini lebih berinfo dan mula ambil tahu apa yang tertulis di resit jualan dan pembelian dibandingkan dengan sebelum ini. Serius, saya nampak itu yang sedang berlaku sekarang. Resit jualan menjadi bukti utama perlaksanaan cukai baru GST ini. Semua orang menilik resit. Dulu, tak pernah nak lihat dengan betul - dapat resit terus buang ke dalam tong sampah... hoho.
Resit Jualan Perniagaan Dikenakan GST

Cukai GST yang dikenakan ke atas barangan dan produk membuatkan kita semua mula ambil peduli mengenai hak-hak pengguna yang selama ini ramai tak ambil kesah. Malah, ramai rakyat Malaysia mula mahu tahu mengenai sistem cukai di negara kita.

Selama ini, kita tidak sedar pun yang banyak peniaga, usahawan, pemborong, peruncit, pengilang dan syarikat telah 'makan' duit dek kerana cukai yang tidak nampak di mata kita. Kita seolah redha dengan nilai dan harga akhir yang kita dapat. Kita tidak tahu pun bagaimana harga itu dikenakan ke atas kita sebagai pengguna.
Kecewa Sikap Peniaga Ambil Kesempatan Kerana GST

Penting sekali kita menjadi rakyat berilmu dengan mengetahui aspek-aspek penting di dalam kehidupan seharian. Ia penting supaya dapat elak diri agar tidak dizalimi dan ditindas oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Elakkan diri dari jadi mangsa kepada golongan peniaga dan syarikat perniagaan yang suka ambil kesempatan dengan perubahan sistem ekonomi negara.

Ini merupakan pendapat saya sahaja bersandarkan kepada pengetahuan yang cetek mengenai sistem percukaian dan perniagaan di Malaysia. Jika anda lebih tahu, saya alu-alukan untuk berkongsi pendapat di ruangan komen.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Balasan
    1. Tanpa NamaApril 08, 2015

      Masa sst dulu peniaga cekik pengguna gomen dapt skit tk cukup, bila gst gomen dgn peniaga cekik pengguna! Lagi banyak kena tax pengguna di malaysia memang malang kn! Ikut ckap menteri kalau taknak bayar gst duk bulan ha ha ha

      Padam
  2. Bolehkah kiranya dalam resit dimasukkan sekali dengan penolakan SST? Sekarang tumpuan hanya pada GST di resit. Berbeza dengan saya, semalam beli milo kotak di petronas RM2.26 selepas GST, tetapi pada pagi ini harga RM2.20 pula selepas GST. Mujurlah kurang harganya, namun menimbulkan sedikit kekeliruan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sistem baru pasti akan kacau bilau pada awalnya. Saya berharapkan sistem GST ini akan jadi ok selepas beberapa waktu.

      Cadangan yang sangat baik andai nampak SST itu ditolak di dalam resit.

      Padam
  3. Redah ajelah gst ni...hidup kene teruskan.kene plan bajet belanja kita btl2

    BalasPadam
  4. Contohnya prepaid telco pun ada peniaga tamak kenakan gst, walhal bukannya ada bayaran tambahan pun..

    BalasPadam
  5. mmg byk peniaga yg ambil kesempatan sbb GST. apa2 pun,thanks untuk tips yg berguna ni ^^

    BalasPadam
  6. Memandangkan saya juga antara dari kalangan peniaga tapi berskala kecil,

    Tempias yg kami dapat adalah - PENIAGA SEOLAH2 KEJAM SAMPAI TAK INGAT DUNIA!

    Jangan begitu wahai rakan2 sekalian...

    Jika anda dari kalangan peniaga, mungkin anda akan faham situasi GST dalam konteks perniagaan.

    Yang ambil kesempatan pasal GST saya taknak ulas sebab itu mmg salah (MAKI SEBAKUL pon bagus beb!)

    Yang betul2 jujur dan daftar sendiri GST kena maki hamun tak ingat dunia..siapa tahu...ada pelanggan kisah?Kami juga manusia biasa..mencari rezeki dari perniagaan.

    Carilah mana2 peniaga yg anda rapat @ kenal dan cuba selami apa yang mereka rasa dengan GST.

    Bak kata pepatah - KERANA NILA SE DOT, ROSAK SEBESEN BALDI KECIL... :(

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…