Senarai 14 Peserta Clever Girl Malaysia 2017. Anak saya, si Zikri (10 tahun) memang teruja nak tonton Clever Girl Malaysia 2017. Kata dia, nak menjawab soalan-soalan yang ditanya dalam rancangan ni. Sejak rancangan ni diwujudkan, anak-anak saya terutama Zikri dan Maira akan berlumba untuk menjawab soalan dengan betul.

Rancangan Clever Girl menampilkan 14 orang wanita cantik yang telah melepasi tahap-tahap tertentu di peringkat uji bakat. Setiap gadis Clever Girl akan mewakili setiap negeri yang ada di Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

Senarai 14 Peserta Clever Girl 2017

Senarai 14 Peserta Clever Girl 2017
Peserta Clever Girl telah pun diketahui. Sesi uji bakat Clever Girl Malaysia telah berlangsung di enam lokasi sekitar Malaysia bermula 1 April 2016 – 7 May 2017 yang lalu.

Meh berkenalan secara ringkas dengan 14 peserta akhir Clever Girl Malaysia musim 2017 ini. Ada sesapa yang anda kenal dan berkenan di hati tak? Huhuhu ... boleh klik untuk paparan lebih jelas ye ..

Gambar Peserta Clever Girl Malaysia Musim Kedua

Senarai 14 Peserta Clever Girl 2017
Tak berapa nak jelas tentang nama, biodata ringkas mereka? Saya dah tulis semula di bawah ini.

Senarai Nama Peserta Clever Girl Malaysia 2017

Mereka terdiri daripada ...
  1. Hani Nazrina Binti Hanizar - Perlis, 21 TAHUN, Usahawan & Graduan Sains Aktuari
  2. Nurul Shazalina Zainudin - Kelantan, 30 TAHUN, Mahasiswi Perubatan
  3. Aliasuraiya Binti Mohd Isa - Melaka, 25 TAHUN, Eksekutif Operasi & Mahasiswi Pengajian Nautikal
  4. Fadila Zukaira Binti Mohd Nor - N. Sembilan, 24 TAHUN, Mahasiswi Pendidikan
  5. Nurul Ain Binti Aziz - Pahang, 27 TAHUN, Usahawan & Graduan Pembangunan Manusia
  6. Mas Syahmi Izzah Binti Izhar - Wilayah Persekutuan, 24 TAHUN, Mahasiswi Kejuruteraan Mekanikal
  7. Shazana Binti Kamarnzaman - Selangor, 24 TAHUN, Mahasiswi Perubatan
  8. Sara Amelia Binti Muhammad Bernard - Perak, 24 TAHUN, Asasi Psikologi Matematik & Ekonomi
  9. Nur Emyllia Binti Halmi - Terengganu, 28 TAHUN, Eksekutif Pemasaran & Graduan Sains Kimia
  10. Noor Syakirah Binti Mohd Azam - P. Pinang, 27 TAHUN, Usahawan & Graduan Sains Kejuruteraan
  11. Camellia Binti Onn - Sarawak, 28 TAHUN, Ahli Geologi
  12. Vishebannu A/P Krishnan - Johor, 22 TAHUN, Mahasiswi Perundangan
  13. Nur Ilyia Binti Badaruddin - Kedah, 27 TAHUN, Mahasiswi Perakaunan
  14. Syafiqah Binti Ishak - Sabah, 30 TAHUN, Usahawan & Mahasiswi Keusahawanan
Bagaimana mereka dicalon dan dipilih? Untuk menjadi peserta, mereka mestilah berumur dalam lingkungan 18 – 30 tahun, berpengetahuan luas dan mempunyai perwatakan menarik.

Bagaimana Pemilihan Clever Girl Dilakukan?

Selain daripada menghadiri ke sesi uji bakat Clever Girl Malaysia, para wanita yang celik media sosial boleh mencalonkan diri atau rakan lain melalui hashtag #clevergirlmy di Instagram dengan memuat naik sebuah video berdurasi 60 saat di Instagram dan ceritakan "mengapa anda adalah Clever Girl yang kami cari" berserta hashtag #clevergirlmy atau jika mencalonkan rakan boleh dilakukan melalui hashtag #clevergirlmy serta huraian "mengapa rakan anda adalah seorang Clever Girl".


Difahamkan pencarian wanita untuk Clever Girl Malaysia 2017 lebih ketat daripada siri sebelumnya apabila telah dikritik hebat oleh penonton. Anak saya pun kritik ... atas kerana soalan-soalan yang agak mudah untuk dijawab.
[Dah Baca?] Petua Mendapatkan Tubuh Cantik Dengan 3 Bahan Ini
Apapun, harapnya Clever Girl edisi 2017 ini lebih bijak daripada musim sebelum ini.

Rancangan ini akan mula ditayangkan di TV3 jam 9:00 malam setiap Jumaat bermula 4 Ogos 2017. Seronok nak tonton sebab leh tambah pengetahuan am selain tengok aksi wanita cantik .. kui kui kui ... :P


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang beruntung kalau wanita yang clever...

    lebih-lebih lagi clever dalam bab iman dan takwa

    hehehe

    BalasPadam
  2. boleh tahan soalan kali ni...tpi sygnya xleh jawab soalan tun dr ismail..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement