Langkau ke kandungan utama

Mahu Body Cantik Luar Dalam? Cuba Petua Tradisional Dengan 3 Bahan Ini

Body Cantik Luar Dalam Dengan 3 Bahan Ini. Orang perempuan memang perlu sentiasa kelihatan cantik dan menarik, terutama sekali buat para isteri. Isteri yang cantik akan menggembirakan suami, malah anak-anak juga suka bila Mama mereka sentiasa nampak cantik dan menarik. Tanyalah mana-mana wanita, siapa yang tak mahu body yang cantik luar dan dalam.

In Sha Allah, dalam blog post ini saya akan kongsikan satu tips dan petua mudah untuk mendapatkan body cantik, menarik luar dan dalam, hanya dengan menggunakan tiga bahan semulajadi. Tak perlu banyak belanja untuk beli produk kecantikan, sebab ada cara lain yang boleh anda buat di rumah.

Mahu Body Cantik Luar dan Dalam. Ikuti Tips dan Petua Dengan 3 Bahan Ini

Ok, sebenarnya tips dan petua ini telah dikongsikan oleh salah seorang usahawan wanita yang memang cantik rupawan, iaitu Puan Nureeman Ramli. Perkongsian tips beliau di laman Facebook telah mendapat reaksi yang sangat baik daripada Facebooker. Ianya telah dikongsi hampir 10K shares, dan mendapat lebih 2000 likes.
Guna bahan semulajadi untuk dapatkan tubuh cantik menarik
Berikut adalah perkongsian dari Puan Nureeman Ramli, untuk wanita yang mahukan body cantik luar dan dalam.... huhu... resepi tradisional body cantik luar dalam ini telah beliau peroleh dari seorang kenalan berbangsa Cina yang menurutnya memang mempunyai potongan badan yang cantik menawan.

Apa yang diperlukan adalah 3 bahan semulajadi ini iaitu Lemon, Halia dan Bawang Putih.

Cara Penyediaan

1. Potong halus 3 bahan berikut:
  • 3 biji lemon (jgn buang kulit) potong
  • 3 labu bawang putih bukan 3 ulas yer (buang kulit) potong
  • 2-3 inci halia (buang kulit) potong
2. Campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air
3. Rebus selama 6-8 jam (slow cooker)
Petua dan Tips Untuk Dapatkan Tubuh Body Cantik
4. Sejukkan dan blend (akan jadi pekat macam pati)
5. Tapis atau tak terpulang. sy tak tapis
6. Lepastu dah boleh minum

Cara Minum

Setiap pengambilan ambil 2 sudu campur madu 1 sudu. Ambil waktu pagi sebelum breakfast (perut kosong) dan waktu malam sebelum tidur, selebihnya simpan dalam peti ais dan amalkan setiap hari.

Kelebihan/Khasiat

  1. Nak kurus
  2. Perut kempis
  3. Buang toksin
  4. Buang air jadi lawas
  5. Untuk dalaman wanita
  6. Buang angin
  7. Badan ringan
Menurut Nureeman Ramli lagi, lemon yang dibeli mestilah lemon tempatan, dan elak beli daripada yang diimport kerana khuatir telah disembur dengan bahan kimia. Untuk elak rasa pahit, campurkan dengan madu asli.
Body Cantik Luar Dalam Dengan 3 Bahan Ini
Mungkin ada yang risau mengenai bau bawang, tapi menurut beliau, bau bawang akan hilang setelah dicampur dengan bahan-bahan lain. Tips ini juga boleh diamalkan untuk ibu yang breastfeeding. Apabila minum, badan akan terasa lebih ringan dan kemungkinan mereka yang mencubanya akan jadi ketagihan.

Ok tu ... kepada semua rakan pengunjung dan pembaca, anda bolehlah mencuba tips dan petua yang telah diberikan ini ye ... ini petua tradisional, in Sha Allah akan beri kesan yang baik .. nak body cantik, lentik, menawan luar dalam .. bolehlah amalkan.

Sumber: Body Cantik Luar Dalam Dengan 3 Bahan Semulajadi



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. best juga petua nie... saya pernah cuba tetapi terlupa buang biji lemon tu... Pahitnya tak tahu nak katalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perghhh .... memanglah ... kalau minum teh o ais limau .. tak buang pun gitu, sama gak fresh orange

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…