Jika Nak Tengok Wanita Cantik, Tengoklah Yang Sudah Mempunyai Anak

Nak Tengok Wanita Cantik, Tengok Wanita Yang Sudah Mempunyai Anak. Saya terjumpa satu artikel yang menarik untuk dikongsi dengan anda semua. Ia berkenaan wanita cantik. Bila tanya wanita tentang apa tafsiran mereka mengenai wanita cantik, mereka akan berikan bermacam-macam 'sampel'; sama juga bila ditanya lelaki. Lelaki depan cakap lain, tapi dalam hati berikan jawapan lain. Namun, setuju tak kalau saya cakap, jika nak tengok wanita yang betul-betul cantik, tengok wanita yang sudah mempunyai anak... huhu.

Orait, bila ditanya saya, siapakah wanita cantik dalam kalangan public figure di dalam senarai saya, saya akan senaraikan nama wanita-wanita ini - Fasha Sandha, Rozita Che Wan, Nora Danish, Furyna Amir (Pengasas Aurawhite), Amiza Amiruddin (Pengasas Ephyra), Azura Abbas (Pengasas Camellya Gold) dan ramai lagi. Semuanya sudah berkahwin, dan mempunyai anak. Malah, ada di antaranya itu sudah hampir malah ada yang mencecah umur lebih 40 tahun!

Jika Nak Tengok Wanita Cantik, Tengoklah Yang Sudah Mempunyai Anak

Menurut satu artikel yang saya baca dari FB Republic Hawa, ia menyenaraikan sebab kenapa jika nak tengok wanita cantik, perlu tengok wanita yang sudah ada anak. Yelah, kalau belum kahwin, belum ada anak .. memang mudah dan senang untuk tampil cantik menawan. Wanita yang bujang dan belum ada anak, masih belum ada cabaran yang berat, dan belum ada tangggungjawab yang banyak perlu digalas.

Berikut adalah artikel yang saya maksudkan. Baca memolek dehh .. huhuhu..... pastu nak komen apa-apa, tulis je di ruangan yang telah disediakan di akhir artikel ini. Orait, saya kongsikan di bawah ini ye ...

Wanita Kalau Cantik Masa Bujang - Itu Normal; Cantik Lepas Ada Anak - Salute!

Wanita Kalau Cantik Masa Bujang - Itu Normal; Cantik Lepas Ada Anak - Salute!
Wanita kalau cantik masa bujang tu normal. Tanggungan tiada. Anak tiada. Paling2 headache fikir boifren atau headache fikir next vacation destination...

Kalau nak tengok wanita atau perempuan tu betul cantik atau tidak. Tengok yang dah ada anak. Yang dah jadi mama atau ibu ....

Sebab apa..? Ok... Let me tell you.

A mother

  • Badan pernah jadi expand mengalahkan gajah bunting, hidung jadi macam gobuk, paha macam kaki gajah, perut bermacam design mengalahkan kain batik. Tetapi masih boleh menten slim lepas beranak.
  • Beside hectic work schedule. Stress tahap gaban. Masalah dunia yang sentiasa tidak adil. Pulang rumah... Masih boleh layan anak dengan penuh kasih sayang.
  • Kepala pusing. Headache. Demam teruk. Tetapi masih boleh bangun tengah malam buat susu anak.
  • Penat macammana pun tapi masih boleh alert time tido. Terpaksa tido-tido ayam... Tido pun tak boleh bebas. Sebab takut baby kena onsit.
  • Multitasking. Boleh buat double triple job untuk isi perut-perut kecil di rumah.
  • Beside all the stress from work/friends/colleague/etc... But can still appear beautiful nice and sweet gitu...
  • Anak-anak terurus walau pun sibuk urusan ofis/house chores...

Sebenarnya jadi mami bukan susah apa pun. Get pregnant and after 9 months... There you are... Congratulation! You are a mom! But thats not it... Di situ la kehidupan bermula...

[Baca] Wanita Ini - Bekas Jururawat Dedah Rahsia Cantik Walaupun Sudah Beranak-Pinak

Membesar Anak Tidak Susah Tetapi Mencabar

Part raising a child tu yang mencabar. Sebenarnya tak susah pun. Mencabar yes... But that is what we call life... Sebab I believe setiap anak ada rezeki masing-masing.. So jangan takut untuk jadi seorang ibu. Penat memang penat. But it's all worth it.
Wanita yang belum kahwin tiada masalah untuk mencantikkan diri

Belum ada anak. Cantik dan menawan dan terurus dan macam-macam lagi... Semua orang boleh buat. Tapi untuk tampil cantik dan kemas saja pun bila sudah ada anak, belum tentu orang boleh buat.

To Gorgeous Mother out there & To all the single mother out there. SALUTE

... Orait, dah habis baca? Betul tak apa yang dikongsikan oleh FB Republic Hawa ni? Memang bukan mudah nak menjadi seorang wanita kekal cantik menawan, yang mempunyai anak-anak ni.

Buat si suami yang mempunyai isteri yang kelihatan cantik menawan, kemas untuk anda, hargailah mereka sebaiknya.

1 comment... add one now

Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar July 25, 2016
hehehe..saya sokong post ni..wanita yang ada anak ni, dalam kepala dia fikir macam-macam..semua dia sumbat dalam minda ni..jadinya, kalau mereka mampu kekal cantik, mereka memang hebat! hehehe..

www.ceritaejoy.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.