Kalau anda baca post saya sebelum ini mengenai Set Tupperware Serve Ware yang isteri saya baru beli warna pink tu, set tu sebenarnya dibeli menerusi set level Tupperware. Kalau anda agen atau stokis Tupperware tentu tahu. Tapi untuk orang biasa, macam saya .. tentu tak tahu.

Jadinya, apabila saya tak berapa tahu apakah itu set level Tupperware, maka saya pun agak tertanya-tanyalah kenapalah isteri saya asyik nak beli Tupperware je. Harga pula tu .. ehh murah tak macam seperti dalam katalog tu. Isteri saya kata dia beli set Level Tupperware!

Set Level Tupperware, Set Eksklusif Buruan Peminat

Set Level Tupperware, Set Eksklusif Buruan Peminat
Level Set Promosi Bulan Julai - Ogos 2017
Isteri saya adalah ahli Tupperware. Jadinya, setiap pembelian boleh dapat 25% discount shopping. Pun begitu, isteri saya bukan kaki jual Tupperware ni, selalunya beli untuk diri sendiri je. Kalau ada pun, cuma bantu kawan-kawan yang bukan ahli untuk beli set Tupperware dengan harga discount shopping yang ditawarkan.

Untung pada isteri saya bila tolong kawan-kawan ni, dia akan dapat point. Tapi selalunya, isteri saya akan ambil kelebihan nilai pembelian keseluruhan untuk dapatkan set-set Tupperware tertentu dengan harga jauh lebih murah daripada apa yang tertera dalam katalog Tupperware.

Ala .. tolong kawan-kawan office je. Bila mereka tengok katalog Tupperware, mereka berkenan, mereka akan pesan pada isteri saya untuk belikan. Jadi, isteri saya kumpulkan mereka yang minat nak beli satu-satu set Tupperware tu, dan kemudian borong beli dari stokis yang ada di sini.

Tak ambik untung apa-apa buat masa ni.

Kalau ada yang tak tahu, katalog Tupperware bukan free ye. Ahli atau agen nak dapatkan katalog ni kena beli .. kalau tak silap harganya adalah RM1, kalau beli banyak .. leh dapat murah. Tu sebab ada stokis yang berikan ia secara percuma kepada pelanggan-pelanggan tegar mereka. Mereka borong katalog ni sebagai salah satu sales force Tupperware. Uhh beli katalog pun leh dijadikan sebagai sebahagian sales terkumpul ye.



Apa Itu Set Level Tupperware?

Orait, saya nak cerita pasal Set Level Tupperware tadi .... bab paling suka dan antara target ramai ahli yang menjadi sale force Tupperware.

Pertamanya, set Level Tupperware adalah set-set Tupperware yang dianggap eksklusif, sukar nak jumpa dan terhad. Ia selalunya lebih cantik, lebih menarik dan rekaannya tak terdapat pada set-set biasa Tupperware yang dijual. Kalau tak silap, Tupperware keluarkan set ni sebulan sekali sahaja atau satu set untuk setiap katalog Tupperware baru.

Set sebegini, apabila ada agen atau stokis yang jual, pasti akan berebut peminat-peminat Tupperware nak beli. Harganya ... berbeza pada agen atau stokis yang nak menjual set tersebut. Ya, set Tupperware ini bukan dibuka jualan untuk semua ahli, ada syaratnya kalau tak silap.

Contoh Set Level Tupperware Eksklusif

Cuba lihat contoh-contoh set Level Tupperware di bawah ...
Set Level Tupperware, Set Eksklusif Buruan Peminat dan Sale Force Tupperware
Contoh set esklusif Tupperware Level Set
Anda dah tengok gambar kan? Set Level Tupperware di atas saya ambil dari katalog lama, yang katalog baru untuk Julai - Ogos 2017, anda boleh tengok video katalog di sini - Video Katalog TUPPERWARE Sale Force Ogos 2017

Bagaimana Nak Beli Set Level Tupperware?

Jadi, set ni ada 3 level, iaitu set untuk level 1, set Tupperware level 2 dan level Hostess. Contohnya untuk beli Tupperware yang diiklan dalam katalog untuk level 1 tu (lihat contoh pertama di atas(pink)) anda perlu beli produk Tupperware lain dengan jumlah keseluruhan RM520 ditambah dengan syarat lain (jika ada). Untuk set level 2 pula mesti dengan pembelian RM950, dan untuk level Hostess mesti dengan pembelian RM730.

Kalau ikutkan, ahli biasa macam isteri saya memang tak mampulah kan .. huhuhu ...
[Khas Untuk Anda] Cash Vouchers di Fave by Groupon
Jadi, apabila ada agen tegar atau stokis tawarkan jualan set-set level ni, pastilah ia jadi rebutan ramai termasuklah isteri saya.

Ini adalah kerana agen atau stokis tersebut dah capai jualan yang ditetapkan untuk dapatkan harga bagi setiap set-set Level tersebut. Jadi, bila dah ada set tersebut, malas nak simpan stok maka mereka akan jual set-set Level ini pada ahli atau pelanggan lain, harganya pula ikut agen atau stokis. Ada yang gunakan harga di dalam katalog, ada pula yang mark-up sedikit.

Matematik atau formula set Level Tupperware ini macam ni (ikut contoh di atas (pink) ye):
  • Jenis Level - Syarat Belian - Harga Beli
  • Level 1 - RM520 - Serendah RM20.00 *anda boleh dari beli level 1 sahaja
  • Level 2 - RM950 - Serendah RM29.00 *anda boleh beli set dari Level 1+Level 2+Hostess
  • Hostess - RM730 - Harga pada katalog discounts 25% *hanya dapat beli level 1 dan Hostess sahaja.
Syarat belian ialah mengikut nilai pada katalog yang mempromosikan set Level Tupperware ini. Sebagai ahli bayar seperti biasa iaitu dengan diskaun 25%. Sebagai contoh...  jika jumlah jualan/belian tu RM950, bayar cuma RM712.50 sahaja.

Jadi jenuh juga ekk nak beli set Level Tupperware dengan ikut syarat ditetapkan tu.

Aha .. itulah sebabnya bila ada ahli atau agen mahupun stokis buat jualan set ini, ramai yang berebut nak beli. Macam isteri sayalah, kerana dia ada hubungan baik dengan agen Tupperware yang aktif, dia tak perlu pun nak buat belian/jualan hingga RM950 untuk dapatkan set Level Tupperware warna pink tu (Serve Ware).

Isteri saya dapat beli set Level Set Tupperware dengan harga cuma RMXX je tanpa perlu ikut syarat tu. Untung tak? Itulah sebabnya saya sebagai suami senyum senyum je bila isteri saya beli set Tupperware baru.

Lagipun set Level ni mudah nak jual balik ... aha .. ada penggemar dia memandangkan ia set eksklusif yang jarang dijual semula. Hanya penggemar tegar jenama Tupperware je yang faham  .. huhu.

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Jenama Tupperware dah lama tetapi masih lagi berkualiti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka dengan jaminan seumur hidup tu.. rosak je leh tukar .. tu yang best ttg Tuperware ni

      Padam
  2. set Level ne exclusive.
    kalau ejen, dorg kdg2 dpt scra percuma dri stokis.
    dulu jadi co-ejen bawah ex-bf mcm2 dpt dia bagi.hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula .. saya pun tgh nak faham mengenai set level ni dari isteri saya. Dia pembeli tegar jenama Tupperware, pastu ada banyak sumber dia nak dapatkan apa yang dia nak...

      Padam
  3. peh..nasib la buka peminat tupperware sgt..hehe

    BalasPadam
  4. tupperware jenama yang dipercayai dari dulu lagi...kualiti tip top!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula .. setakat ini ... saya sendiri memang puas hati dengan Tupperware.

      Padam
  5. Teringin juga nak ada set lengkap dari Tupperware. Set yang ada sekarang tak sepenuhnya... ;)

    BalasPadam
  6. Dah macam agen Tupperware dah ni. Saya terbalik. Suami yang kuat shopping Tupperware.

    BalasPadam
  7. jenama Tupperware memang terbaik..

    harga boleh tahan namun setanding dengan kualiti yang ditawarkan.

    BalasPadam
  8. Cantiknyaa alahai.. exclusive gitu,.. patut la mak suka buat collection... cer kalau hilang.. mau kena kejar pakai parang keliling rumah.. hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement