Facebook berikan cuti bergaji selama 4 bulan kepada kakitangan yang baharu mendapat anak! Wahh .. bagus dasar baru yang dinyatakan oleh Facebook ini. Sebagai seorang House Husband, saya sangat sukakan dasar baru ini ... yang tak mungkin saya dapat .. haha

Menurut beberapa portal akhbar, kurang seminggu selepas Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan cuti dua bulan menjaga isteri bersalin, syarikat gergasi sosial media itu memperluaskan dasar cuti keluarga bersalin kepada semua kakitangan tetapnya di luar Amerika Syarikat.

Cuti Bergaji 4 Bulan Bapa Jaga Isteri Bersalin dan Bayi Baru

Menerusi dasar terbaru yang disifatkan sebagai mesra keluarga ini, cuti selama empat bulan cuti bergaji (PTO) akan ditawarkan kepada semua kakitangan yang baharu memperoleh bayi. Ia meliputi semua jantina dan tempat mereka berkerja bermula 1 Januari 2016.

Boleh Ambil Cuti Bila-Bila Masa Dalam Setahun Kelahiran Bayi Baru

Menerusi dasar ini, mana-mana ayah dan kakitangan (ibu) yang baru menerima cahayamata boleh mengambil cuti pada bila-bila masa atau dalam tempoh setahun kelahiran bayi mereka.

Pengumuman mengenai dasar baru Facebook ini telah dinyatakan menerusi Facebook oleh Lori Matloff Goler, pengurus Jabatan Sumber Manusia Facebook di Los Angeles, California.
Cuti bergaji 4 bulan ini digelar cuti keibubapaan bagi membolehkan semua kakitangan Facebook menikmati saat-saat penting sebagai seorang bapa dan ibu kepada anak yang baru dilahirkan.

Saya merasakan dasar baru yang dibuat oleh pihak pengurusan Facebook ini adalah sangat menarik bagi menguatkan institusi kekeluargaan, apatah lagi di Amerika Syarikat terdapat kajian bahawa ramai bapa yang mengeluh kerana kehilangan masa bersama keluarga terutama ketika baru menerima cahayamata akibat daripada tekanan kerja dan sebagainya.

Mungkin, dasar ini boleh diketengahkan untuk pekerja di Malaysia ... yang mana institusi kekeluargaan di Malaysia juga sedang menampakkan tanda-tanda kerapuhan.

Apa kata anda?



Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

2 Komen

cuti 4 bulan... wow... lama tu... anak umo 4 bulan br keje semula.... sekali fikir mmg best dua kali fikir mesti mood malas nak keje....

Reply

Ada baiknya juga..beri banyak ruang untuk habiskan masa dengan anak sedia ada dan yang baru lahir...cuma sekiranya dalam satu pejabat itu lebih dari seorang yang bersalin atau isteri bersalin...perlu ada giliran bercuti bagi mengelakkan kerja tertangguh..

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.