Antara sarapan paling mudah dan sedap bagi saya ialah Roti Bakar bersama Telur Separuh Masak. Menu resepi ni adalah paling simple untuk orang bujang, mahupun untuk sebuah keluarga kecil. Saya boleh katakan ia menu sarapan yang sihat dan lengkap.

Kalau di kedai makan, menu sarapan seperti ini mungkin berharga RM3 - RM5 satu set. Kalau makan di hotel, menu serupa mungkin anda kena bayar sehingga RM12 satu set. Aha .. jangan tak percaya ye .. baik buat sendiri, sebab tak susah pun.

Menu Breakfast Simple - Roti Bakar Telur Separuh Masak

Menu Breakfast Simple - Roti Bakar Telur Separuh Masak
Dulu, semasa saya bekerja di sebuah kedai makan di Ipoh, sarapan inilah yang menjadi menu utama kepada para pelanggan. Ramai pula yang suka dengan menu sarapan ni. Simple dan mudah nak sediakan, dan bila jual .. boleh dapat untung banyakkkk .. huhu...

Bahan-bahan nak sediakan menu breakfast simple ni cuma roti dipotong dan telur separuh masak. Agak-agak berapa kos nak sediakan sarapan macam ni?
Roti Gandum 100% - Roti Benggali
Saya selalu gunakan Roti Benggali yang dah siap dipotong. Roti Benggali ni bila dibakar, ia tidak menjadi keras dan bahagian tepi selalunya akan jadi rangup.

Bila nak bakar roti, saya akan sapukan mentega pada permukaan roti. Bila dah nampak garing di bahagian tepi, hidangkan atas pinggan. Kemudian, letakkan telur separuh masak. Fuh .. sedap ooo ... hahahaha ... dah terliur ke?

Kalau saya makan Roti Bakar Telur Separuh Masak ni, saya akan makan dengan kicap, tabur lada sulah putih sedikit, dan garam sikit. Makan time panas-panas tu .. memang menyelerakanlah.
Menu Breakfast Simple Boleh Untung Banyak
Sekarang, menu simple macam ni turut dijual di kedai makan untuk makan supper. Seperti awal saya sebut tadi, ia menu mudah nak dibuat dan memang untung banyak kalau dijual. Saya tak perlu nak catat berapa kos sebenar, tapi anda sendiri boleh agak ..

Macam ni je ...
Roti Bakar Telur Separuh Masak - Breakfast Simple
  • Roti - RM3.50 sebungkus ada lebih 12 potongan.
  • Telur - RM0.30 sebiji.
Anda tak gunakan minyak. Bakar pun boleh dibuat atas kuali biasa, nak lagi baik .. letak je atas kuali leper... ala .. tak pun guna je alat Pembakar Roti tu.
[Dah Baca?] Resepi Roti Gulung Sardin Gaya Seorang Pemalas
Buat isteri-isteri yang sedang baca ni, kalau rasa masa terhad nak sediakan breakfast, boleh cuba menu breakfast simple ni. Merasa juga si suami air tangan anda sebelum dia pergi kerja ... atau sebelum anda pergi kerja. Cuma tak boleh nak dibawa sebagai bekallah, sebab nanti roti bakar tu akan jadi liat .. huhu.... dan telur separuh masak kalau sejuk .. agak hanyir bau dia.

Amacam? Dari post ni ... anda dah tahu ...
  • Cara sediakan menu breakfast simple lagi jimat
  • Bisnes yang boleh buat untung
  • Tips menambat hati suami
Moga bermanfaat ye.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tu, senang dan cepat...yang pasti kenyang lama :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jimat banyak sebenarnya ni kalau hari2 leh layan roti telur ni .. kan kan ..

      Padam
  2. Saya selalu guna roti gardenia. Tapi nipis la sikit berbanding roti yang tuan Hasrul guna.
    Menu ini juga boleh didapati di White Coffee dan kedai-kedai terpilih. Mamak pun ada offer menu ni. RM3 satu set. Tapi telur yang diguna adalah telur gred D. kecik. Hihi

    BalasPadam
  3. Terima kasih bro HH.. Entri ni baru je bg idea nak breakfast apa pagi ni..kalau gambar telur separuh masak dlm blog ni boleh dijilat kan best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha ... jangan menjilat blog .. nanti kang ... kejung .. hahahaa

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement