Resepi Malas Roti Gulung Sardin House Husband untuk Minum Petang

Nak elak pembaziran punya pasal, saya terpaksa masak roti gulung sardin untuk makan petang. Apabila saya masak lauk sardin tin, kalau tak berapa nak laku; maka saya akan gunakan resepi malas roti gulung sardin untuk pastikan roti dan sardin tidak terbazir masuk dalam tong sampah.

Roti satu hal. Ada tarikh luput. Bila dah dekat tarikh luput, saya tengok tak berapa nak jalan .. maka saya akan ikhtiar untuk jadikan ia makanan yang menyelerakan. Biasa je berlaku di rumah, awal-awal je kena serbu ... tapi bila dah asyik makan benda yang sama, selera anak-anak pasti akan hilang.

Sardine dalam tin. Ada masa menu ni memang laku keras. Kadangkala, sentuh sedikit je. Jadi, bila tak bersentuh sangat, terpaksalah saya simpan dalam peti ais. Benda yang disimpan dalam peti ais ni, kata setengah orang .. ia merupakan 'singgahan' makanan berlebihan sebelum dimasukkan dalam tong sampah. Nak terus campak ... nampak jahat sangat, maka simpanlah dalam peti ais sampai jadi kematu dalam tu.

Resepi Malas Roti Gulung Sardin Untuk Minum Petang

Resepi Malas Roti Gulung Sardin
Dah nak dijadikan cerita, ada bahan-bahan ini dalam simpanan ... roti yang nak hampir tarikh luput dan juga lauk sardin yang tak berapa laku. Maka, dengan teknik kemalasan seorang house husband, saya buatlah resepi malas roti gulung sardin ... hoho.

Bahan-Bahan

  • Ikan sardin tin yang telah dimasak dengan jayanya. Nak buat pedas, tambah sos cili atau letakkan cili api yang dihiris halus.
  • Roti Gardenia atau Massimo atau High 5 yang hampir nak expired.
  • 2-3 biji telur
  • Marjerin
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat

  1. Pukul telur dengan sedikit garam sehingga mengembang.
  2. Sapukan majerin di kedua-dua bahagian roti.
  3. Letakkan inti sardin dihujung roti dan kemudian gulung.
  4. Di akhir gulungan, sapukan sedikit telur.
  5. Picit-picit gulungan dan kemudian celup dalam bancuhan telur.
  6. Goreng sehingga kuning.

Dah siap. Mudah je .. ye tak? Gunakan minyak yang banyak, dan pastikan minyak dah panas apabila mula menggoreng.

Hasilnya adalah seperti di bawah ini (gambar tanpa efek flash).
Resepi Malas Roti Gulung Sardin
Kenapa saya namakan resepi malas roti gulung sardin? Sebabnya ialah ...
  • Malas nak masak inti sardin baru.
  • Guna bahan-bahan 'lama' yang ada dalam peti sejuk je.
  • Malas nak penyekkan roti sebelum masukkan inti sardin.
  • Malas nak buat kuih lain .. hehehe

Moga boleh dijadikan rujukan untuk mana-mana house husband yang malas, dan juga surirumah yang malas nak fikir masak apa untuk hidangan petang. Oh ya, boleh juga dihidangkan untuk sarapan pagi.

Selamat mencuba.


5 comments.. read them below or add one

At-Tarmizi At-Tarmizi April 07, 2016
memang simple...time malas nanti boleh buat ni =)
aeinna Musa aeinna Musa April 07, 2016
rajin la tu kira..hihi
PeRdU cINta PeRdU cINta April 07, 2016
Mengelak pembaziran ni bro HH :)
Farahain ZFA Farahain ZFA April 07, 2016
wow , boleh cuba ni . ehhehe..
haiza haron haiza haron September 14, 2016
Recycle! boleh jadi idea topik ni, menu recycle. :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.