Tempat Sarapan Best di Lumut - Manjong

Apabila saya dan keluarga pergi memancing di perairan Lumut dan juga di Manjong ... dan menginap di Rockbund Fishing Chalet atau di D'Amir Chalet and Fishing Corner, kami tidak akan ke tempat lain untuk mencari sarapan pagi. Saya pasti akan memilih warung tepi muara sungai di Kampung Setiawan.

Warung ini memang popular, malah sentiasa penuh dengan orang ramai terutama waktu hujung minggu. Kebanyakkan yang datang makan bersarapan di sini adalah warga luar yang datang bercuti dari beberapa tempat penginapan serta hotel sekitar Lumut dan juga Manjong.

Tempat Sarapan Best di Lumut - Manjong

Ramai yang datang bersarapan di sini disebabkan oleh roti canai dan juga nasi lemak. Kalau anda nak tahu, ada 3-4 orang penebar roti canai di warung ini yang bertungkus-lumus untuk sediakan roti canai kepada pelanggan ... itupun ambil masa juga nak selesaikan permintaan.
Tempat Sarapan Best di Lumut - Manjong
Walaupun saya fikir dan rasa roti canai di warung ini tidaklah terbaik di Malaysia, tetapi boleh dikategorikan sedap juga terutama untuk penduduk dan pelancong luar. Lagipun, agak sukar nak cari roti canai yang sedap dan best di daerah ini .... huhuhu....

Roti Canai - Nasi Lemak - Tepek Pisang - Pulut Panggang

Selain bersarapan dengan roti canai dan juga nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang .. anda juga boleh dapatkan otak-otak, dan pulut panggang panas-panas di beberapa gerai pacak berhampiran warung. Fuhhhh memang laku keras ... lagi-lagi Tepek Pisang .. beratur orang nak beli.
Tempat Sarapan Best di Lumut - Manjong
Saya juga dapati kawasan sekitar warung penuh dengan orang bukan sekadar untuk bersarapan, tetapi juga untuk mendapatkan ikan, udang, ketam, serta kerangan segar yang dibawa naik oleh nelayan. Untuk info anda juga, warung tempat best sarapan ini juga terletak berhampiran dengan jeti nelayan tempatan. Macam-macam jenis ikan anda boleh beli, dan in Sha Allah ..harga yang ditawarkan lebih murah di sebalik ikan-ikannya yang segar dari laut.
Tempat Sarapan Best di Lumut - Manjong
Tempat ini mudah untuk anda jejaki sebab ia terletak di penghujung jalan ke jeti muara di Kampung Setiawan. Anda hanya perlu ikut arah penunjuk jalan ke Kampung Setiawan sahaja dari jalan besar Lumut-Ipoh. Ada simpang masuk ke Kampung Setiawan ... nampak je banyak kereta parking .. di situlah tempat ramai orang dok merasai sarapan best roti canai dan nasi lemak .. huhuhu...

[Tempahan Hotel Dengan Diskaun] Dapatkan hotel sekitar Lumut, Manjong, Teluk Batik dengan harga istimewa di sini - Diskaun Sehingga 60%

Alaaaa.... Google jer .. mudah ngat nak jumpa tempat ni...

2 comments.. read them below or add one

reezluv reezluv August 03, 2016
weekend ni nak ke Pangkor..ehehe..tp bukan nak mancing macam ko..jenjalan makan angin je

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.