Tengah memikirkan lokasi menarik untuk percutian di musim cuti persekolahan? Mengapa tidak memilih untuk bercuti ke Pulau Pangkor. Antara yang menarik di Pulau Pangkor ialah pantainya. Ada banyak pantai menarik di Pulau Pangkor.

Jika nak ke Pulau Pangkor, pastikan dulu anda semak jadual perjalanan feri ke sana. Kalau saya nak ke Pulau Pangkor, saya akan menggunakan servis perkhidmatan feri di Marina Island. Ianya lebih cepat, lebih selesa dan in Sha Allah, lebih selamat. Kawasan parkir juga luas dan tidak jauh dari jeti Marina Island, jika dibandingkan dengan jeti feri di Lumut.

5 Pantai Menarik di Pulau Pangkor

Pantai Menarik di Pulau Pangkor
Ada beberapa pantai yang menarik di Pulau Pangkor. Jika tanya saya .. mana satu pantai pangkor yang paling best, saya akan kata .. Pantai Teluk Nipah. Ia memang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar. Selain pantainya yang panjang, di sini mudah nak cari tempat makan - samada makan pagi, makan tengahari atau makan malam. Petang-petang pun boleh layan keindahan dan angin bayu laut sambil makan lempeng pisang yang sedap.

Saya dan keluarga akan memilih chalet-chalet yang ada di Pantai Teluk Nipah jika ke Pulau Pangkor.

Di sini saya senaraikan beberapa pantai yang menarik di Pulau Pangkor. Jika anda ke destinasi percutian popular di Perak ini, jangan lupa untuk check-it-out pantai-pantai ini. Ala .. sewa je motor atau van pelancong di Pangkor ni .. pastu ronda keliling pulau.... sehari - dua hari boleh setel.. hehehe.

Pantai Pasir Bogak

Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor
Pantai Pasir Bogak terletak kira-kira 5 km dari Pekan Pangkor. Untuk ke pantai ini, pengunjung perlu mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan dari Jeti Pulau Pangkor. Panjang pantai ini lebih kurang 1.3 km dan terkenal dengan aktiviti berkelah, mandi-manda, sukan air, berbasikal dan memancing. Anda juga boleh berkhemah di pantai ini kerana adanya tapak perkhemahan. Tempat parkir juga disediakan selain gerai makan dan cenderamata. Anda juga boleh menyewa chalet yang ada di Pantai Pasir Bogak.
[post_ads]

Pantai Puteri Dewi

Pantai Puteri Dewi atau Pantai Emas Pulau Pangkor
Pantai Puteri Dewi yang juga dikenali sebagai Pantai Emas terletak 2 km dari Jeti Teluk Dalam, Pulau Pangkor. Ia dikenali sebagai Pantai Emas kerana keunikan pasir pantai yang kelihatan keemasan apabila matahari terbenam. Pangkor Island Beach Resort yang menguruskan kawasan pantai ini telah membina tempat-tempat penginapan di sepanjang pantai. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti 'snorkeling', 'scuba diving', memancing, berkelah, mandi-manda dan aktiviti sukan air.

Pantai ini dianggap sebagai pantai eksklusif dan anda hanya boleh menikmati keindahan pantai ini jika anda merupakan tetamu resort.

Pantai Pangkor Laut

Amerald Beach Pangkor Laut, Pulau Pangkor Perak
Tidak perlu diceritakan, Pangkor Laut memang cantik dan eksklusif. Ia menjadi antara destinasi popular di kalangan pelancong asing dan juga golongan rich and famous di Malaysia.

Saya tidak pernah lagi dapat kesempatan untuk ke Pangkor Laut .. namun kisah keindahan pantai-pantai yang ada di Pangkor Laut memang menjadi bualan pelancong yang datang ke sini. Resort yang paling popular di Pulau Pangkor terletak di Pangkor Laut iaitu Pangkor Laut Resort yang sering menjadi lokasi penggambaran filem samada tempatan mahupun antarabangsa.
Pangkor Laut Resort

Apa ada di Pangkor Laut?
  • Pangkor Laut adalah umpama pulau impian (Fantasy Island) Malaysia. Di pulau ini terdapat Pangkor Laut Resort iaitu tempat peranginan yang menjadi impian setiap pengunjung.
  • Pangkor Laut Resort mempunyai tiga pantai utama iaitu Emerald Bay yang sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan berhibur di bawah sinaran cahaya mentari, Coral Beach iaitu syurga untuk aktiviti ‘scuba diving’ yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan panorama terumbu karang dan hidupan air yang menarik dan Royal Bay iaitu pusat aktiviti belayar dan meluncur angin.
  • Di samping itu, kemudahan pengembaraan bot juga disediakan untuk pengunjung yang ingin ke pantai Emerald Bay.
  • Pangkor Laut Resort juga menyediakan penginapan chalet bertaraf antarabangsa yang dilengkapi kemudahan aktiviti sukan air, gimnasium, spa, pusat hiburan dan lain-lain lagi.
Untuk ke Pangkor Laut, anda boleh menaiki feri direct dari jeti Marina Island, atau mengambil bot sewaan khas yang disediakan oleh pihak Pangkor Laut Resort untuk para tetamu yang menginap.
[post_ads_2]

Pantai Teluk Nipah

5 Pantai Menarik di Pulau Pangkor
Pantai yang menjadi tumpuan pelancong tempatan, tidak kurang juga menjadi perhatian pelancong luar terutama dari Timur Tengah.

Teluk Nipah merupakan tempat perkelahan yang popular di Pulau Pangkor. ia mempunyai pemandangan laut yang cantik. Teluk Nipah mempunyai kemudahan awam dan tempat penginapan yang selesa. Pantai Teluk Nipah terletak kira-kira 5 km dari Jeti Pulau Pangkor dan berhadapan dengan Pulau Giam.

[Artikel Berkaitan] Kali Ketiga Menginap di Nipah Bay Villa

Pantai Teluk Nipah terkenal dengan pantai yang landai, pasir yang putih dan halus serta warna air laut yang kebiru-biruan. Aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah sukan air, berkhemah dan berkelah.
Destinasi Cuti Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
Lokasi Pantai-Pantai Menarik di Pulau Pangkor
Saya dan keluarga memang akan memilih lokasi ini jika bercuti ke Pulau Pangkor. Selain aktiviti sukan air, di sini ada aktiviti memberikan makan burung Enggang yang banyak terdapat di kawasan Pantai Teluk Nipah. Malah, ada di antaranya jinak dan tidak takut pada pengunjung.

Pantai Pulau Giam

Pulau Giam terletak kira-kira 5 km dari Pekan Pangkor dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Pulau ini terkenal dengan aktivit ‘snorkeling’. Para pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri pemandangan batu karang di dasar laut dan juga kepelbagaian spesis ikan yang menarik.

[Artikel Berkaitan] Rockbund Fishing Chalet, Marina Island Hanya Sesuai Untuk Kaki Pancing

Semoga info ringkas mengenai pantai-pantai yang ada di Pulau Pangkor ini berikan panduan untuk anda bercuti di Pulau Pangkor. Selain daripada pantai-pantai menarik, ada beberapa lokasi di Pulau Pangkor yang boleh anda lawati seperti Kota Belanda, Batu Bersurat, tempat pembuatan ikan masin, dan jeti nelayan Teluk Dalam.

Anda juga boleh menyaksikan 'Tembok Besar China' versi mini yang terdapat di Fu Lin Kong Temple. Saya dan keluarga pernah ke sini dan menyaksikan ikan gergasi Arapaima yang ada di kolam di situ. Serius .. besaaaarrr macam ikan raksasa !!

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Sama-sama .. harap dapat bantu ramai orang nak bercuti ke Pulau Pangkor nanti .. in Sha Allah

      Padam
  2. Pangkor Laut yang paling menarik hati!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best jika dapat pergi bercuti ke Pangkor Laut .. huhu

      Padam
  3. Dah pernah pi Pangkor..kalau nak pi lagi kena bermalam kat sana plak..

    BalasPadam
  4. Info yang menarik. Dah lama LeYa tak ke Pangkor Island. Macam best lak baca perkongsian abg HH... Ni nak pegi lagi ni

    BalasPadam
  5. mesti ramai time cuti ni...cantik juga ye pulau pangkor

    BalasPadam
  6. Wahhhh bestnya pulau pangkor. Dah lama tak ke sane. Last 2011 dulu.. banyak juga ye nama pantai2 kat sane. Hehehee tq sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm .. siapa yang tak tahu tu .. maknanya tak explore lagi la tu .. kih kih kih

      Padam
  7. cantiknya.... bila la dapat pergi ni..huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement