Jadual Feri Pulau Pangkor dari Jeti Marina Island. Jika anda seorang kaki cuti-cuti dalam Malaysia, tentu sedar bahawa terdapat dua jeti daripada Lumut dan Teluk Batik untuk ke Pulau Pangkor. Selain Jeti Lumut, ada satu lagi jeti feri untuk ke Pulau Pangkor. Jeti feri tersebut terletak di Marina Island, dan perjalanan feri daripada jeti Marina Island adalah lebih cepat daripada jeti Lumut.

Saya dan keluarga sudah beberapa kali ke Pulau Pangkor menerusi jeti feri Marina Island ini. Ia lebih selesa, lebih jimat masa, dan paling penting, parkir kenderaan tak susah.

Jadual Perjalanan dan Tambang Feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina Island

Jadual Perjalanan dan Tambang Feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina Island
Jika anda mahu ke Pulau Pangkor, saya lebih syorkan anda untuk menaiki feri daripada jeti Marina Island (Pulau Marina). Harga tiket feri pergi-balik adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Walaubagaimanapun, anda perlu mendaftar sebagai ahli Marina Island dengan kadar bayaran RM10 untuk setahun.

Katakan anda tidak mahu mendaftar, boleh sahaja anda minta tolong pada orang tempatan untuk belikan tiket, atau paling baik andai anda ada kawan yang mempunyai kad ahli. Semasa saya dan keluarga membeli tiket feri ke Pulau Pangkor, isteri saya beritahu .. tak perlu tunjukkan kad, memadai andai anda sebut nama dan nombor kad pengenalan pemegang kad ahli sahaja. Aha .. ini tips ye .. boleh cuba jika mahu .. :)

Harga Tambang Feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina Island

Jadual Perjalanan dan Tambang Feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina Island

Kelebihan Jeti Feri Marina Island

Jeti feri di Marina Island lebih selesa, dan mempunyai tempat parkir kereta yang lebih baik dan lebih sistematik. Malah, ia mempunyai kawasan meletak kenderaan yang agak luas dengan caj parkir yang berpatutan.
[Baca] Kolam Memancing Ikan Air Masin, Marina Island
Pun begitu, kenderaan anda akan terdedah dengan panas terik dan hujan, selain ada kemungkinan menjadi sasaran kepada pencuri dan perompak di waktu malam. Sebagai langkah keselamatan, jangan sesekali anda tinggalkan barangan berharga di dalam kereta, atau sesuatu yang boleh menyebabkan kecelakaan seperti tin aerosol atau pemetik api.
Jadual Perjalanan dan Tambang Feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina Island
Perjalanan menaiki feri ke Pulau Pangkor dari jeti Marina Island juga lebih cepat berbanding jika anda menaiki feri dari Jeti Lumut. Perjalanan ke Pulau Pangkor dari jeti feri Marina Island hanya mengambil masa 10 minit sahaja, berbanding jika anda ambil perkhidmatan feri dari Jeti Lumut yang puratanya mengambil masa 40 minit!
[Baca] Keseronokan Memancing di Rockbund Fishing Chalet, Berdekatan Jeti Marina Island
Saya juga dapati, feri dari Marina Island lebih selesa dan anda tidak perlu berebut-rebut seperti keadaan di Jeti Feri Lumut. Malah, untuk perkhidmatan bas .. anda ruangan untuk memudahkan menurunkan penumpang untuk ke jeti.

Pemandangan di jeti feri ini juga cantik dan mendamaikan. Ia sering dijadikan lokasi penggambaran untuk gambar perkahwinan. Dan paling best, di jeti feri Marina Island ini tiada kesesakan seperti selalu berlaku di Jeti Lumut.

Ok.

Saya kongsikan beberapa gambar kawasan Jeti Feri Marina Island, termasuklah informasi berkaitan jadual perjalanan feri ke Pulau Pangkor dari jeti ini. Mudah-mudahan ia dapat bantu anda sebagai panduan untuk bercuti dan memilih perkhidmatan feri ke Pulau Pangkor.

Informasi Berkaitan Jadual Perjalanan Feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina Island

Semoga informasi percutian dan tips bercuti ke Pulau Pangkor ini dapat dijadikan panduan dan rujukan berguna kepada semua. Selamat bercuti, dan selamat menikmati keindahan Pulau Pangkor, Perak.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

11 Komen

Lama tak pergi Pangkor. Las pegi hujung tahun 2015. Tahun ni tak sempat melancong. Tiap-tiap hujung bulan balik jengok mak di kelantan yang dah semakin uzur. InsyaAllah, jika diizinkan dan dilapangkan semula, akan pegi ke Pangkor. Nak try guna jeti sini.

Reply

dulu takyah daftar pun..kena daftar lak dah kat sini

Reply

Assalam.nk tmpg tnye.kalau nk pegi 10 org smua kene reg n baru bleh bli tiket ke?or cume sorg je reg lps tu blh tlg bli utk lg 9 tanpa perlu reg?

Reply

Boleh beli untuk 9 orang. Sebab saya pergi satu keluarga semua 5 orang, tak perlu semua register. Tapi ada had rasanya. Yang tu kena semak kat kaunter.

Reply

Kalau pergi masa penjaga kaunter baik hati, tak yah pun register, dia akan gunakan id dia je .. huhu.. :)

Reply

Terima kasih..
info yg bermanfaat.

Reply

Salam sejahtera, saya ingin dptkan kepastian yer, jikalau saya bukan ahli dan nak pergi ke sana tapi saya tak mahu mendaftar, maknanya harga tiket itu sememangnyer RM10 ke atau itu harga utk ahli sahaja, dan ini harga di Jeti Marina sahaja kan? Saudara ada info tak mengenai harga tiket feri di Jeti Lumut jikalau hendak ke P. Pangkor, sekian.

Reply

Wajib jadi ahli, ini bermakna .. kalau belum daftar, kena bayar RM20.

Harga tiket feri dari jetty lumut ada dua .. satu yang ekspress, satu lagi yang berhenti di dua tempat. Dah lama saya tak ikut jeti ni, jadi kurang pasti soal harga.

Reply

Salam nk tanya kalau sampai p.pangkor ada teksi x &brp tambang

Reply

Time raya ke 5, agak diaorang bukak tak untuk aktiviti kat sana?

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.