Bijak Temuduga

RockBund Fishing Chalet Hanya Sesuai Untuk Kaki Pancing

Review Rockbund Fishing Chalet, Lumut

Nama RockBund Fishing Chalet adalah satu nama tempat penginapan yang tidak asing bagi pemancing terutama untuk kaki pancing kawasan utara, lebih-lebih lagi di Perak. Ia merupakan satu tempat penginapan yang telah diberikan jenama baru, dan dengan pengurusan yang baru. Dahulunya, ia dikenali sebagai Coral Fishing Resort dan popular kerana konsep penginapan berbentuk kabin.

Baru-baru ini, saya berpeluang untuk menginap selama 2 hari 1 malam di RockBund Fishing Chalet. Setelah membaca beberapa review ringkas oleh rakan blogger lain termasuklah dari ProjekTravel, saya ambil keputusan untuk mencuba penginapan yang banyak diberikan review pada skala sederhana di beberapa laman web seperti TripAdvisor, Agoda.com, dan Booking.com ini.

RockBund Fishing Chalet Destinasi Sesuai Untuk Kaki Pancing

RockBund Hanya Sesuai Untuk Kaki Pancing

Harga Penginapan

Harga penginapan yang saya dapat untuk penginapan 2 hari 1 malam ialah RM330 termasuk GST. Harga ini saya peroleh menerusi tempahan di Agoda.com; setelah membuat perbandingan menerusi TripAdvisor dan juga Booking.com; termasuklah menggunakan aplikasi Trivago.com. Hotel ini diberikan penarafan 2 bintang, dan ada yang memberikannya penarafan 3 bintang.

Harga terendah yang boleh anda dapat ialah RM283 untuk sehari semalam menerusi Agoda untuk hari-hari tertentu. Harga ini mungkin tidak termasuk caj lain dan GST. Dan harga penginapan yang paling mahal ada ditawarkan ialah RM400 untuk penginapan 2 hari satu malam (semalaman).

Berbaloikah Menginap di Rockbund Fishing Chalet?

Adakah harga penginapan yang saya bayar berbaloi dengan masa menginap selama 2 hari satu malam di RockBund Fishing Chalet ini? Saya harap anda akan dapat jawapan ini dengan membaca secara keseluruhan kisah saya ...

Untuk kaki pancing seperti saya (walaupun bukan tegar), Rockbund adalah satu tempat yang sangat baik. Ia merupakan lokasi memancing yang boleh dianggap ideal kerana ia mengunjur ke laut, dan merupakan satu kawasan yang berada di bahagian kepala teluk - dimana ikan-ikan kategori game fish atau bernilai tinggi sering memasuki bahagian teluk.
RockBund Hanya Sesuai Untuk Kaki Pancing
Saya juga difahamkan bahawa kawasan perairan di sekitar Rockbund mempunyai terumbu karang aktif. Maka, secara logiknya ikan-ikan yang menjadikan terumbu karang sebagai habitat akan banyak terdapat di kawasan ini.

Saya datang sekeluarga dari Parit Buntar, menggunakan laluan Taiping - Pantai Remis. Jarak masa perjalanan adalah selama 2 jam setengah termasuk berhenti dan keadaan jalan basah akibat hujan.

Dapatkan Harga Terbaik Penginapan di Rockbund Fishing Chalet - Agoda

Kami tiba betul-betul jam 3:00 petang, dan staff di receptionist terus mengecam saya sebagai Hasrul sebaik sahaja memasuki ruang kabin pendaftaran. Tidak sukar mencari lokasi Rockbund Fishing Chalet ini kerana ia berdekatan dengan jeti feri ke Pulau Pangkor di Marina Island, Lumut. Anda hanya perlu ikuti papan tanda arah kecil yang menunju ke chalet ini bermula dari Pintu Gerbang Marina Island.

Keadaan Dalam Kabin serta Bilik

Saya dan keluarga menginap di bilik 821, iaitu kabin kedua dari pintu masuk Rockbund Fishing Chalet ini. Chalet berbentuk kabin ini boleh memuatkan sehingga 4 orang dewasa, dengan variasi 1 katil Queen, dan 2 katil single atau 4 katil single.
Keadaan bilik di Rockbund Fishing Chalet
Keadaan bilik di Rockbund Fishing Chalet
Ada dua bilik dan satu bilik air disediakan bagi setiap chalet. Ruang bilik diasingkan dengan ruang tamu di tengah-tengah. Bilik air dikongsi dan juga terletak di tengah kabin. Tiada sinki luar atau mini bar disediakan secara khusus. Namun, ada disediakan 4 buah kerusi santai untuk berehat di ruang tamu atau dibawa keluar kabin untuk menikmati pemandangan yang cantik terutama ketika matahari terbenam.

Kemudahan yang ada di dalam chalet untuk RM300 sehari semalam tidak banyak, malah anda tidak dapat menikmati siaran TV satelit walaupun ada piring satelit tersergam megah di atas bumbung kabin. Tiada peti sejuk disediakan, malah anda hanya diberikan satu cerek elektrik dan cawan polesterin untuk kemudahan 'mini bar' yang diletakkan dalam deskripsi tempahan hotel.
Keadaan bilik di Rockbund Fishing Chalet
Walaubagaimanapun, gula, kopi dan teh ada disediakan dalam satu bungkusan plastik kecil untuk kemudahan tetamu yang menginap beserta dengan 4 botol air mineral.

Kekurangan Kemudahan Dalam Bilik
  • Tiada TV (Perlu sewa)
  • Tiada gelas/cawan proper disediakan.
  • Tiada sudu
  • Tiada peti sejuk mini
  • Mini bar kurang sempurna
  • Tiada telefon
  • Wifi lemah
  • Tuala kecil tidak disediakan
Tandas pula agak bersih dan luas. Ada kemudahan mandian (shower) air panas dan sinki di dalam bilik air. Untuk keperluan seperti sabun mandi atau shampoo yang selalunya tersedia percuma di hotel bertaraf 2 bintang, ianya hanya tersedia dalam bentuk 'press to use' atau refill.

Bilik lengkap dengan penghawa dingin yang berkeadaan cukup baik, dengan tuala mandi disediakan di setiap bilik. Setiap bilik ada tingkap yang mengundang satu pemandangan yang indah kawasan teluk yang kadangkala disapa bayu angin yang mendamaikan.

Keadaan katil, bantal, tilam, tuala, selimut sangat memuaskan dan bersih.

Berkelah Depan Kabin Chalet

Selesai sahaja saya, isteri dan anak-anak melepaskan lelah penat dalam kenderaan; kami ambil peluang untuk berkelah makan tengahari di depan chalet. Walaupun agak runsing dengan teriakan burung gagak yang berada di atas kepala kami, ia satu pengalaman yang menarik untuk anak-anak dapat berkelah di bawah pokok, di tepian 'pantai' dan di depan kabin tempat menginap di Rockbund Fishing Chalet.
Berkelah di depan kabin Rockbund Fishing Chalet

Bawa Bekal Dari Rumah

Isteri saya sempat memasak dan menyediakan makanan sebelum kami bertolak. Ia memang menjadi satu rutin kalau mahu ke mana-mana destinasi percutian singkat - weekend getaway kami sekeluarga. Mana boleh lawan masakan isteri saya ... memang terbaik !! ... Pasti tak boleh tandingi dengan mana-mana menu yang ada di restoran, walaupun menu tersebut hanya ikan atau ayam goreng.

Dan ketika isteri sedang sibuk menyiapkan makanan untuk perkelahan makan tengahari, saya pula gigih menyediakan pancing untuk menduga apa yang ada di perairan Rockbund Fishing Chalet ini. Saya hanya perlu berjalan beberapa tapak sahaja untuk ke pelantar memancing yang disediakan. Saya sempat memasang satu joran pancing sahaja ketika ini.

Apa Menarik di Luar Kabin Chalet?

Pelantar memancing ini disediakan dan dikongsi untuk dua buah kabin. Sebanyak 4 tempat meletak rod/batang pancing disediakan di atas pelantar. Keluasan pelantar ini, pada fikiran saya boleh memuatkan sehingga 6 orang pemancing dewasa dalam satu-satu masa.

Kemudahan Di Luar Kabin
  • Tong sampah besar
  • Meja dan kerusi santai
  • Lampu koridor
  • Pelantar memancing yang selesa
  • Lampu pelantar memancing
Selesai sahaja menjamu selera makanan tengahari, saya dan anak-anak pun pergilah memeriksa joran yang telah tersiap sedia dengan umpan udang hidup yang saya beli sebelum ke tempat penginapan kami. Uhh alangkah terkejutnya saya, dalam masa kurang setengah jam berada di chalet berkenaan, saya sudah pun berjaya menaikkan seekor ikan Kerapu Singa seberat setengah kilogram.
Hasil tangkapan di Rockbund Chalet, Lumut Perak
Dengan permulaan yang baik, saya menjangkakan akan dapat menaikkan lebih banyak ikan dari pelantar ikan yang disediakan. Alhamdulillah, 15 minit selepas itu, saya berjaya menaikkan ikan Gerapuh (GT) kecik bersaiz pasar.

Anak saya juga mendapat beberapa tangkapan lain yang agak bagus, antaranya ikan Kerapu Botol, selain saya berjaya menaikkan ikan Tetanda. Ada ikan lain yang turut dinaikkan iaitu ikan Blow Fish dan juga Tetuka. Dan pada satu masa, saya hampir berjaya menaikkan seekor sotong yang bersaiz besar. Sotong yang sudah tersangkut di mata kail terlepas dengan sekali semburan dakwat hitam yang hampir mengenai diri saya.
Rockbund Fishing Chalet, Lumut, Perak, Malaysia
Rockbund Fishing Chalet, Lumut, Perak, Malaysia
Dalam beberapa situasi yang agak mencemaskan, ada 3 kali sentapan kuat yang gagal menaikkan ikan. Ketiga-tiganya membuatkan tali pancing 20 paun putus. Kecewa tetapi dapat juga merasa bagaimana batang joran melentik 90 darjah .. satu pengalaman yang memang akan kami ingat sampai bila-bila...

Tangkapan hasil memancing di Rockbund pada saya agak memuaskan walaupun kami tersasar waktu sebenar yang baik untuk memancing di teluk seperti di perairan Rockbund Fishing Chalet ini. Mungkin saya dan anak-anak akan kembali menduga potensi sebenar kawasan ini khusus untuk kaki pancing.
Hasil Tangkapan di Rockbund Fishing Chalet
Oh ya, harga RM330 semalam yang saya peroleh adalah termasuk dengan pakej sarapan untuk 4 orang. Dan jujurnya, menu sarapan yang disediakan agak mengecewakan, tidak banyak pilihan yang ada.

Sarapan
  • Nasi Goreng
  • Sosej
  • Telur Goreng
  • Roti Bakar
  • 1 jenis buah
  • Minuman sejuk serta panas
Hall of Fame Rockbund Fishing Chalet, Lumut, Perak
Rockbund Fishing Chalet pada pandangan saya, sesuai untuk keluarga kaki pancing. Jika tidak terdapat dalam keluarga anda merupakan kaki pancing, saya tidak syorkan anda menginap di sini walaupun tempat ini bersuasana sangat damai dan indah. Dan tidak sesuai untuk kanak-kanak yang baru nak belajar berjalan dan explore .. sebab tebing berbatu, tinggi dan tidak berpagar. Tiada kolam renang disediakan, dan ia bukan tempat yang sesuai untuk mandi manda - tiada pantai.

Kelebihan
  • Rockbund jauh dari kesibukan bandar
  • Suasana mendamaikan
  • Bertentangan dengan Pulau Pangkor
  • Eksklusif dan terpencil
  • Boleh lihat matahari terbenam dari kabin
  • Kawasan luas untuk riadah petang
  • Ada tempat permainan kanak-kanak (indoor)
Sunset at Rockbund Fishing Chalet, Lumut, Perak, Malaysia
Oh ya, untuk pengetahuan ... jika anda mahukan TV, anda boleh menyewa dengan kadar RM80 seunit. Begitu juga untuk kemudahan lain seperti basikal bagi tujuan riadah petang serta kelengkapan untuk BBQ.

Dapatkan Harga Terbaik Penginapan di Rockbund Fishing Chalet - Agoda
 
Ada apa-apa yang anda mahu tahu atau tanya mengenai penginapan weekend getaway saya dan keluarga kali ini - bolehlah komen di bawah ini atau email saya menerusi ruangan contact.



COMMENTS

BLOGGER: 26
Loading...
Nama

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,42,Advertorial,112,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,7,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,3,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,360,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,7,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,24,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,278,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,18,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,46,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,49,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,64,Holiday Tips,2,Homestay,1,Hotel,10,House Husband,631,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,579,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,29,Kekeluargaan,64,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,76,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,242,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,13,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,306,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,12,Pendapat,34,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,47,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,23,petua kehidupan,7,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,49,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,475,Semesti,2,SENI,3,Shopping,101,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,11,Tempat Menarik,167,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,87,Tips Blogging,308,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,50,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,33,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,100,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE: RockBund Fishing Chalet Hanya Sesuai Untuk Kaki Pancing
RockBund Fishing Chalet Hanya Sesuai Untuk Kaki Pancing
Review Rockbund Fishing Chalet, Lumut
http://1.bp.blogspot.com/-jo5EHX6mJ7E/VkrqiIPLfrI/AAAAAAAADYc/fDOlWalk5LQ/s1600/RockBund-Fishing-Chalet-Lumut.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-jo5EHX6mJ7E/VkrqiIPLfrI/AAAAAAAADYc/fDOlWalk5LQ/s72-c/RockBund-Fishing-Chalet-Lumut.jpg
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE
http://www.hasrulhassan.com/2015/11/rockbund-hanya-sesuai-untuk-kaki-pancing.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2015/11/rockbund-hanya-sesuai-untuk-kaki-pancing.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy