Percubaan Isteri Buat Milo Ais Kepal

Borong Online dari China
Isteri saya ni memang kaki eksperimen dalam bab-bab masakan ni. Kalau ada menu masakan yang dia berkenan tu, pasti dia akan buat sampai jadi. Macam-macam dah dia buat ... semuanya refer pada FB dan juga blog masakan. Lagi-lagi kalau makanan atau jenis minuman tu kegilaan saya dan anak-anak .. memang dia akan usahakan untuk buat sendiri sampai jadik!

Beruntung saya dapat isteri yang pandai masak. Raya baru ni, banyak juga biskut raya yang berjaya dibuat sendiri .. jadi, saya memang tak segan silu perkenalkan biskut raya pada orang .. sebab ia hasil tangan isteri. Walaupun ada biskut nampak macam tak menarik rupa bentuknya (maklumlah amatur) tetapi tang rasa .... memang the best ... serius ni.

Percubaan Isteri Buat Milo Ais Kepal

Percubaan Isteri Buat Milo Ais Kepal
Baru-baru ni, saya ada cerita tentang kisah Milo Ais Kepal Warong D'Bukit, Taiping .. ramai gak yang share post tu di FB, yelah .. benda tu unik (zaman sekarang) dan sebenarnya memang dah popular masa saya zaman kecik-kecik dulu. Kalau mereka yang lahir pada tahun 60an - 70an mesti ada kenangan pasal Ais Kepal. Dulu ais kepal simple-simple je ... ada rasa strawberi, ada sirap, ada jagung ... skrang dah moden sikit, letak chocolate chips, letak aiskrim, letak macam-macam supaya nampak lebih menarik, dan rasa lebih umphhh.
[post_ads]
Sebab Milo Ais Kepal tu best dan sedap.... saya suka, anak-anak pun suka, maka isteri saya terus lakukan eksperimen untuk hasilkan Milo Ais Kepal sendiri. Dengan menggunakan blender, isteri saya cuba dapatkan ais kepal yang penting untuk bahan utama membuat Milo Ais Kepal ni. Letak sirup coklat, pastu tambah Choc Chip, letak aiskrim perisa Vanilla ... dan tabur milo kat atas banyak-banyak ... walla .. jadilah Milo Ais Kepal versi buat sendiri di rumah.
Percubaan Isteri Buat Milo Ais Kepal
 
Fuhh .. puas makan, dua hari tak habis sebab isteri gunakan bekas besar. Anak-anak yang kedahagaan bila balik sekolah, memang terus cari Milo Ais Kepal ni ....

Thumbs up untuk isteri sebab berjaya. Sekali cuba je ..... terus jadi. Dan tips paling penting untuk rasa hebat tak terkalah Milo Ais Kepal ialah pada sirup coklat yang disimbah ke dalam ais kepal. Kalau letak banyak, memang terangkat rasanya, namun awas .. untuk pesakit kencing manis seperti saya, tidak digalakkan untuk ambil dalam portion lebih daripada 2 sudu .. huhu...
[post_ads_2]




Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

6 Comments

  1. memang sedap sebab cokelat yang ada rasa sejuk memang cun dibuat begitu.

    ReplyDelete
  2. Tertekan kat entri ni sebab macam bestt je buat ais kepal sendirikkk. hihi

    ReplyDelete
  3. aduuhh sedap nya ais kepal milo ni.. belum ada kesempatan untuk merasa lagi .. musim2 panas ni.. kena buat jugak ni... ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah ada resepi best untuk buat ais kepal milo ni. Kena perap dulu milo yang dimasak selama 3 jam, baru rasa padu.

      Delete
  4. Buat dalam version aiskrim 0.20 zaman dulu..lepas tu jual. Confirm laku. Hihihi..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.