Milo Ais Kepal Warong D'Bukit .. Fuh Layan ..

Baru-baru ini, selepas pulang dari memancing di Chalet Amir Kampung Baru, saya dan keluarga telah singgah di sebuah warong tepi jalan, yang heboh diperkatakan ramai mengenai Milo Ais Kepal, Laksa Pulas, Choco Shake yang merupakan menu istimewa di situ. Warong yang saya maksudkan ialah Warong Kg Chengal Jantan atau lebih dikenali sebagai Warong D'Bukit.

Lokasi warong ini adalah di Changkat Ibol, Taiping, Perak. Untuk ke sini, anda perlu masuk ke simpang Changkat Ibol, in Sha Allah akan mudah terjumpa warong ini yang terletak di tepi jalan, dan semestinya berada di atas bukit.

Milo Ais Kepal Warong D'Bukit .. Fuh Layan ..

Lokasi Milo Ais Kepal Warung D'Bukit, Changkat Ibol, Taiping
Ramai yang memuji menu hidangan yang ada di warong ini. Ia bukan sekadar unik, tetapi menu seperti Laksa Putar, ABC dan paling istimewa Milo Ais Kepal dan Choco Shake adalah antara yang terbaik. 

Milo Ais Kepal ... Rasanya Memang Kaw ..

Saya dan isteri, serta anak-anak sempat merasa Milo Ais Kepal ... dan juga Choco Shake. Fuhh .. jenuh juga nak ngabihkan satu Milo Kepal. Sedap sebab ia ada taburan milo di atas, selain di dalamnya ada air milo berserta aiskrim vanilla yang 'disimbah' dengan coklat cair.
Milo Ais Kepal
Warong ini agak luas juga ... dan mempunyai kawasan parking tersendiri yang letaknya bersebelahan Warong D'Bukit. Kalau anda nak parking kereta, anda perlu masuk ke jalan disediakan .. agak sedikit menongkah tetapi in Sha Allah ... boleh lepas.
Warong Kg Chengal Jantan juga popular Warong D'Bukit
Sebenarnya ada banyak menu lain yang menarik di Warong D'Bukit ini. Warong Kampung Chengal Jantan ini saya nampak seperti tidak lekang dengan pelanggan. Ramai yang datang sebab mahu melepaskan dahaga dengan ABC, Milo Ais Kepal dan Choco Shake .. selain menikmati laksa, bihun sup, mee rebus yang turut disediakan ... saya nak senaraikan pun, tak sempat nak ambil gambar sebab dok leka hadap Milo Ais Kepal.

Harga pula boleh dikatakan berpatutan.... al maklumlah, harga orang kampung je. Itu sebab ramai yang sukaaaa ... yehhaaa...

Gambar Menu Lain di Warong D'Bukit, Changkat Ibol

Lagi beberapa gambar menu best Warong Kg Chengal Jantan atau Warong D'Bukit, Changkat Ibol, Tapiong yang saya peroleh dari Facebook ...

Choco Shake Warong D'Bukit, Changkat Ibol
Mee Rebus, Milo Kepal, ABC di D'Bukit Changkat Ibol, Taiping

Kalau anda gunakan jalan lama ke Lumut, mahupun ke Ipoh, in Sha Allah akan jumpa simpang masuk ke Changkat Ibol ni. Tak susah .. ada je dalam Google Map tu. Paling penting jumpa simpang nak masuk ke Changkat Ibol, Taiping ... pastu .. jalan je ... pasti jumpa warong ni.

4 comments.. read them below or add one

Hasrul Hassan Hasrul Hassan August 02, 2016
Memang sedapppp ... huhuh
Ummi Zarra Ummi Zarra August 03, 2016
Ya Allah sedapnya tengok.... Nak pergi jauh pula. Haishhhh terkeliurrrrrrrr.
TunSha Ayunie TunSha Ayunie August 17, 2016
Milo ais kepal.. hmmm perkara baru buat saya :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.