Masalah stereng Axia yang dikatakan auto-lock, dan beg udara tak berfungsi yang saya terbitkan di entri berikut - Perodua Axia Ada Masalah Stereng-Lock dan Beg Udara? didakwa terjawab dengan ulasan yang telah diberikan oleh seorang jurutera Perodua.

Bagaimanapun, seorang jurutera Perodua bernama Mohd Shukri Ismail telah memberi penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku kepada kereta berkenaan. Jelas Mohd Shukri, kereta yang terlibat (refer pada post saya sebelum ini) tidak memiliki ciri ABS atau anti-lock braking system (system brek anti-kunci) dan menyebabkan kemalangan berkenaan berlaku.

Masalah Stereng-Lock dan Beg Udara Axia Terjawab, Ikuti Ulasan Jurutera Perodua Ini

Masalah Stereng-Lock Axia Terjawab, Ikuti Ulasan Jurutera Perodua Ini
Video yang dimaksudkan adalah video di bawah ini, yang menjelaskan fungsi sistem brek ABS pada motor dan kereta. Dengan penerangan menerusi video di bawah ini, jurutera Perodua ini didakwa menjawab isu, punca masalah kereta Perodua Axia yang terkunci stereng

Video Menerangkan Fungsi ABS

Ulasan oleh Mohd Syukri, jurutera Perodua mengenai masalah stereng-lock dan beg udara pada Axia:
Saya terpanggil untuk menjelaskan tentang isu stereng Axia terkunci sehingga menyebabkan kemalangan.

Saya ialah seorang pekerja Perodua dan saya selalu berurusan dengan perkara-perkara berkaitan teknikal. Dengan latar belakang kejuruteraan sedikit sebanyak saya faham konsep sistem keselamatan sesebuah kenderaan.

Untuk kes yang viral baru-baru ini, boleh saya simpulkan kereta yang terlibat tidak memiliki ciri ABS atau anti-lock braking system (system brek anti-kunci).

Apabila kereta yang tidak memiliki ABS membrek secara mengejut, secara automatik tayar hadapan akan terkunci lalu menyebabkan kereta mengelongsor ke hadapan tanpa boleh dikawal.

Ini menyebabkan stereng seolah-olah terkunci disebabkan kedudukan tayar hadapan yang telah terkunci pergerakannya.

Jika berada di selekoh boleh menyebabkan kereta terbabas ke pembahagi jalan. Tiada apa yang boleh dibuat oleh pemandu untuk mengawal kenderaan semula.

Bagaimana Dengan Isu Beg Udara Perodua Axia?

Dalam ruangan komen, Mohd Syukri juga menambah dengan ulasan berikut .. sebagai penyelesaian kepada satu lagi isu iaitu beg udara yang tidak berfungsi ...
Kalau seat belt tak pakai mmg takkan berfungsi . Satu lagi kalau angle pelanggaran lebih 40 degree dari bhg depan airbag takkan function. Speed mesti 40 ke 60km/h jg faktor airbag akn function.
Dalam ruangan komen juga .. penjelasan berikut diberikan ...setelah ditanya mengenai siasatan oleh Perodua.
So far hasil siasatan takde menjurus kpd masalah teknikal. Kalau ada Perodua akan buat recall pd semua batch kenderaan yg terlibat. Mcm dulu kes Myvi steering EPS ada masalah. Yg dpt detect 3 unit je, perodua terus panggil balik semua Myvi yg terlibat dlm 40k unit.
Ok. Walaupun ada di antara anda yang kurang berpuas-hati dengan jawapan yang diberikan, saya harap apa yang dijelaskan dapat sedikit sebanyak pengetahuan kita mengenai ABS, stereng-lock dan seumpamanya. Ia bukan untuk pemandu dan pemilik Perodua Axia sahaja .. malah untuk semua kenderaan.

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ulasan jurutera tu bdasarkan brek abs. Owner axia yg kemalangan melaporkan stereng terkunci tiba2,menyebabkan dia hilang kawalan dn menekan brek.Malangnya brek juga x bfungsi dn melanggar divider.Airbag pula x bfungsi.Punca kemalangan adalah stereng terkunci secara tiba2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada betulnya... katanya stereng terkunci lepas tu di brek pon tak berfungsi... lainlah klu dia kata dia brek emergency dan stereng tak berfungsi (mungkin sbb tiada ABS). berbeza 2 keadaan tersebut.

      Delete
  2. Penjelasan mcm tak bape betul je. Kalau takde Anti-lock Braking System, bila brek mengejut, tayar akan terkunci dlm axle nya, mmg kereta slide, tp bukannya stereng yg terkunci. Kalau mcm tu lah jadi nya, mmg sangat bahaya lah kereta axia ni. Takkan engineer jawab mcm tu kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kena tgk dari awal sampai habis video tu... sbb engineer tu minta rujuk video tu. Dalam video tu dia tunjukkan bagaimana stereng terlock yang ada kaitan dengan kenderaan ada ABS dengan tak ada ABS.

      Dan kena fahami maksud ini - Stereng terkunci = tayar depan terkunci.

      Delete
  3. masalah immobilizer pada perodua yg tiba2 hilang fungsi menyebabkn ecu baca yg kereta ini dicuri dan enjin dimatikan..apabila enjin di matikan (shut down) stereng akn jadi berat dan brek akn kurg fungsi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement