Fuh. Memang rugilah blogger yang tak dapat nak hadirkan diri ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016). Kenapa saya kata begitu? Sebab saya dah dapat tahu banyak penaja besar yang akan bersama dalam SBB2016 kali ini, dan paling mantap ialah hadiah cabutan bertuah juga sudah makin bertambah dan lebih menarik. Nak tak saya senaraikan penaja dan hadiah cabutan bertuah yang menunggu di SBB2016 ni? Hoho .... yo poyolah saya, macamlah majlis ni saya kendalikan.. haha.

Ahh, saya tak peduli. Saya nak beritahu juga. Bukan apa, kalau boleh saya mahu ramai blogger Malaysia untuk daftarkan diri dan hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 ni. Jadi, saya tulis post ini untuk berikan emosi teruja untuk ke majlis yang menghimpunkan blogger seantero Nusantara. Pedulikan status blogger anda.... di SBB2016 semua blogger dianggap sama, tak de blogger otai, blogger retis, blogger masuk paper, blogger kuar TV ... blogger baru, blogger lama semua boleh join tanpa sekatan.

Senarai Penaja dan Hadiah Cabutan Bertuah SBB2016

Senarai Penaja dan Hadiah Cabutan Bertuah SBB2016
Mari lihat senarai penaja yang telah disahkan oleh penganjur iaitu Denaihati Network. Ada 18 penaja hebat yang akan bantu dalam memeriahkan majlis ini.
  1. Amna Home
  2. Richworks Academy
  3. Oceanlife Marketing (Ephyra)
  4. Zeeta Magis Aura Mawar
  5. Aleeya’s Kitchen
  6. Les Copaque Production (Upin & Ipin)
  7. Asia Herbal Biotech Sdn Bhd
  8. Yeos Malaysia
  9. eQurban
  10. Jemaah Bisnis Denaihati
  11. Hadid Travel & Tours (Adi Putra)
  12. Firdaus Azizi Training & Consultancy
  13. AE Consultancy Services
  14. Sohaini Cookies
  15. Jus Bob Nanas
  16. CVS Production
  17. Kotak Lensa
  18. Jam Tawaf Denaihati
Fuh... bukan calang-calang penaja yang berikan sokongan untuk SBB kali ni. Jadi, memang rugilah kalau ada blogger yang tak boleh nak hadirkan diri. Pendaftaran hanya RM30 seorang, dan anda akan dapat sehelai t-shirt eksklusif nanti. In Sha Allah, anda akan dapat beberapa cenderahati yang datangnya dari senarai penaja-penaja SBB2016 di atas.

Belum daftar? Boleh daftar di sini - http://sbb.my

Senarai Penaja dan Hadiah Cabutan Bertuah SBB2016
SBB2016 bukan sekadar satu majlis untuk saling bertemu rakan blogger. Ia akan menjadi sebuah majlis di mana blogger akan dapat menimba ilmu. Ada speaker-speaker hebat yang akan berkongsi pelbagai ilmu untuk meningkatkan mutu dan kreativiti penulis blog. Malah, blogger akan dapat juga berjumpa dengan wakil-wakil penaja yang semestinya mempunyai agenda untuk blogger dalam bentuk kerjasama.

Hoho .. adakah ini merupakan majlis rasmi? Ohh tidak, walaupun ada kod pakaian yang harus dipatuhi, ia bukan satu majlis yang penuh dengan protokol yang tidak perlu. SBB2016 adalah sebuah majlis himpunan blogger dalam suasana santai, mesra dan in Sha Allah, meriah. Ramai je blogger-blogger yang huha huha yang sudah mendaftarkan diri untuk hadir SBB2016 ni, termasuklah saya sendiri .. hehehe...

Saya pernah hadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger sebelum ini, iaitu pada edisi tahun 2014. Walaupun saya tinggal di Penang, saya cuba dapatkan masa untuk hadir. Alhamdulillah, saya naik KTM dari Parit Buntar ke KL Sentral, naik keretapi malam ... Ekspress Rakyat, tiba di KL .. terus mandi di stesen, mekap sesikit, tak yah sikat rambut sebab saya dah prepare diri dengan rambut seinci tinggi .. haha.

Boleh baca kisah saya tu di sini -SBB2014 di Saloma Bistro Kini Bermula

SBB2016 kali ini akan dimeriahkan lagi dengan lebih banyak cabutan bertuah. Hadiah-hadiah cabutan bertuah pula dikhabarkan memang lumayan. Jika sebelum ini, terutama semasa SBB2014, hadiah cabutan bertuah paling best ialah iPhone, maka SBB2016 pula pasti lebih dari sekadar itu.
Senarai Penaja dan Hadiah Cabutan Bertuah SBB2016
Berikut adalah senarai hadiah cabutan bertuah SBB2016 yang berkemungkinan akan dimenangi oleh saya ... hoho ... SBB2014 saya menang ooooo ....
  • TV LED 32″
  • Smartphone
  • Tablet
  • Hampers
  • Jam tangan Tawaf Denaihati
Dan in Sha Allah, pihak penganjur iaitu Denaihati Network akan tambah lebih lagi. Dengarnya ada hadiah percutian nak diberikan ... hoho.. menarik tak?

[Lihat] 20 Gambar Blogger Hadir SBB2014

Jadi, kepada rakan blogger samada Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand mahupun di mana sahaja yang masih belum daftar untuk hadirkan diri, bolehlah berbuat demikian sebelum 5 April 2016.

Pendaftaran Online : http://sbb.my
Lokasi : Dewan Campbell, Kuala Lumpur
Tarikh : 16.4.16
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang



13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Gua pegi kali ni....
    Gua pergi ini kali...
    Kali ini gua pergi...
    Ini kali gua pergi...

    Ok kan pantun nih...

    kih kih kih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa .. kang tak jadi .. nangis .. huhuhu ..
      Apapun, harap dapat berjumpa nanti, jangan terkejut kalau-kalau nampak dari jauh ada jejaka kacak melambaikan tangan ..

      Padam
  2. saya teringin nak pergi tapi keadaan kesihatan ibu mentua xmengizinkan g sana...

    BalasPadam
  3. Hmm... Biarlah rugi kerana komitmen lain lebih byk menanti... Semoga majlis nnt diberkatiNya...

    BalasPadam
  4. salam HH..hehe sy newbie..follower pon ada berape kerat jer..hahha malu lah nk join.. tapi nak join..hehe boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhh .. masa pertama kali saya datang, tak ramai pun kenal saya. Masa tu follower pun sikit gak .. uhh ramai je la newbie yang datang. Best weihh dapat jumpa orang yang ada minat sama ni

      Padam
  5. Salam semua..jemput join my segmen :

    http://azirafreesia.blogspot.my/2016/03/segmen-jom-tambah-followers.html

    BalasPadam
  6. Memang seronok dapat pergi SBB 2016 ni. Penajanya hebat-hebat.

    BalasPadam
  7. siap ada tv tuh..ohoh..pikir dua kali kalau dapat nak bawak camne..ahaha..mau aku jual je tepi jalan :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement