Fuh. Memang rugilah blogger yang tak dapat nak hadirkan diri ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016) . Kenapa saya kata begitu? Se...
Fuh. Memang rugilah blogger yang tak dapat nak hadirkan diri ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016). Kenapa saya kata begitu? Sebab saya dah dapat tahu banyak penaja besar yang akan bersama dalam SBB2016 kali ini, dan paling mantap ialah hadiah cabutan bertuah juga sudah makin bertambah dan lebih menarik. Nak tak saya senaraikan penaja dan hadiah cabutan bertuah yang menunggu di SBB2016 ni? Hoho .... yo poyolah saya, macamlah majlis ni saya kendalikan.. haha.
Ahh, saya tak peduli. Saya nak beritahu juga. Bukan apa, kalau boleh saya mahu ramai blogger Malaysia untuk daftarkan diri dan hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 ni. Jadi, saya tulis post ini untuk berikan emosi teruja untuk ke majlis yang menghimpunkan blogger seantero Nusantara. Pedulikan status blogger anda.... di SBB2016 semua blogger dianggap sama, tak de blogger otai, blogger retis, blogger masuk paper, blogger kuar TV ... blogger baru, blogger lama semua boleh join tanpa sekatan.
Mari lihat senarai penaja yang telah disahkan oleh penganjur iaitu Denaihati Network. Ada 18 penaja hebat yang akan bantu dalam memeriahkan majlis ini.
SBB2016 bukan sekadar satu majlis untuk saling bertemu rakan blogger. Ia akan menjadi sebuah majlis di mana blogger akan dapat menimba ilmu. Ada speaker-speaker hebat yang akan berkongsi pelbagai ilmu untuk meningkatkan mutu dan kreativiti penulis blog. Malah, blogger akan dapat juga berjumpa dengan wakil-wakil penaja yang semestinya mempunyai agenda untuk blogger dalam bentuk kerjasama.
Hoho .. adakah ini merupakan majlis rasmi? Ohh tidak, walaupun ada kod pakaian yang harus dipatuhi, ia bukan satu majlis yang penuh dengan protokol yang tidak perlu. SBB2016 adalah sebuah majlis himpunan blogger dalam suasana santai, mesra dan in Sha Allah, meriah. Ramai je blogger-blogger yang huha huha yang sudah mendaftarkan diri untuk hadir SBB2016 ni, termasuklah saya sendiri .. hehehe...
Saya pernah hadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger sebelum ini, iaitu pada edisi tahun 2014. Walaupun saya tinggal di Penang, saya cuba dapatkan masa untuk hadir. Alhamdulillah, saya naik KTM dari Parit Buntar ke KL Sentral, naik keretapi malam ... Ekspress Rakyat, tiba di KL .. terus mandi di stesen, mekap sesikit, tak yah sikat rambut sebab saya dah prepare diri dengan rambut seinci tinggi .. haha.
SBB2016 kali ini akan dimeriahkan lagi dengan lebih banyak cabutan bertuah. Hadiah-hadiah cabutan bertuah pula dikhabarkan memang lumayan. Jika sebelum ini, terutama semasa SBB2014, hadiah cabutan bertuah paling best ialah iPhone, maka SBB2016 pula pasti lebih dari sekadar itu.
Berikut adalah senarai hadiah cabutan bertuah SBB2016 yang berkemungkinan akan dimenangi oleh saya ... hoho ... SBB2014 saya menang ooooo ....
Jadi, kepada rakan blogger samada Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand mahupun di mana sahaja yang masih belum daftar untuk hadirkan diri, bolehlah berbuat demikian sebelum 5 April 2016.
Ahh, saya tak peduli. Saya nak beritahu juga. Bukan apa, kalau boleh saya mahu ramai blogger Malaysia untuk daftarkan diri dan hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 ni. Jadi, saya tulis post ini untuk berikan emosi teruja untuk ke majlis yang menghimpunkan blogger seantero Nusantara. Pedulikan status blogger anda.... di SBB2016 semua blogger dianggap sama, tak de blogger otai, blogger retis, blogger masuk paper, blogger kuar TV ... blogger baru, blogger lama semua boleh join tanpa sekatan.
Senarai Penaja dan Hadiah Cabutan Bertuah SBB2016

- Amna Home
- Richworks Academy
- Oceanlife Marketing (Ephyra)
- Zeeta Magis Aura Mawar
- Aleeya’s Kitchen
- Les Copaque Production (Upin & Ipin)
- Asia Herbal Biotech Sdn Bhd
- Yeos Malaysia
- eQurban
- Jemaah Bisnis Denaihati
- Hadid Travel & Tours (Adi Putra)
- Firdaus Azizi Training & Consultancy
- AE Consultancy Services
- Sohaini Cookies
- Jus Bob Nanas
- CVS Production
- Kotak Lensa
- Jam Tawaf Denaihati
Belum daftar? Boleh daftar di sini - http://sbb.my
SBB2016 bukan sekadar satu majlis untuk saling bertemu rakan blogger. Ia akan menjadi sebuah majlis di mana blogger akan dapat menimba ilmu. Ada speaker-speaker hebat yang akan berkongsi pelbagai ilmu untuk meningkatkan mutu dan kreativiti penulis blog. Malah, blogger akan dapat juga berjumpa dengan wakil-wakil penaja yang semestinya mempunyai agenda untuk blogger dalam bentuk kerjasama.
Hoho .. adakah ini merupakan majlis rasmi? Ohh tidak, walaupun ada kod pakaian yang harus dipatuhi, ia bukan satu majlis yang penuh dengan protokol yang tidak perlu. SBB2016 adalah sebuah majlis himpunan blogger dalam suasana santai, mesra dan in Sha Allah, meriah. Ramai je blogger-blogger yang huha huha yang sudah mendaftarkan diri untuk hadir SBB2016 ni, termasuklah saya sendiri .. hehehe...
Saya pernah hadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger sebelum ini, iaitu pada edisi tahun 2014. Walaupun saya tinggal di Penang, saya cuba dapatkan masa untuk hadir. Alhamdulillah, saya naik KTM dari Parit Buntar ke KL Sentral, naik keretapi malam ... Ekspress Rakyat, tiba di KL .. terus mandi di stesen, mekap sesikit, tak yah sikat rambut sebab saya dah prepare diri dengan rambut seinci tinggi .. haha.
Boleh baca kisah saya tu di sini -SBB2014 di Saloma Bistro Kini Bermula
SBB2016 kali ini akan dimeriahkan lagi dengan lebih banyak cabutan bertuah. Hadiah-hadiah cabutan bertuah pula dikhabarkan memang lumayan. Jika sebelum ini, terutama semasa SBB2014, hadiah cabutan bertuah paling best ialah iPhone, maka SBB2016 pula pasti lebih dari sekadar itu.

- TV LED 32″
- Smartphone
- Tablet
- Hampers
- Jam tangan Tawaf Denaihati
[Lihat] 20 Gambar Blogger Hadir SBB2014
Jadi, kepada rakan blogger samada Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand mahupun di mana sahaja yang masih belum daftar untuk hadirkan diri, bolehlah berbuat demikian sebelum 5 April 2016.
Pendaftaran Online : http://sbb.my
Lokasi : Dewan Campbell, Kuala Lumpur
Tarikh : 16.4.16
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
COMMENTS